View: 776|Reply: 13
|
[Tempatan]
Dua cedera dilanggar kereta lawan arus
[Copy link]
|
|
Dua cedera dilanggar kereta lawan arus
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -kereta-lawan-arus/
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
12 April 2022, 9:16 am
Tangkap layar suspek dan kereta yang dipandunya melawan arus sehingga melanggar dua penunggang motosikal di SKVE semalam
KUALA LANGAT – Dua penunggang motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki secara melawan arus di Kilometer (KM) 30.1 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.49 petang itu, kedua-dua mangsa cedera di kaki dan tangan telah dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.
Turut ditahan adalah pemandu kereta tersebut berusia 42 tahun yang menerima rawatan di hospital sama kerana cedera di kepala kira-kira pukul 4 petang hari sama.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan ke Bandar Saujana Putra dari Banting.
Katanya, penunggang itu kemudiannya memberhentikan motosikalnya di hadapan Perodua Bezza yang berhenti di lorong kecemasan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tanjung 12 SKVE.
“Bagaimanpun, secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak semula lalu melanggar sisi bahagian hadapan motosikal tersebut sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh serta cedera di kaki dan tangan.
“Pemandu kereta itu terus bergerak melawan arus di lorong kecemasan dan melanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC 135,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pelanggaran itu seterusnya menyebabkan penunggangnya tercampak di jalan dan cedera di kedua-dua tangan dan kaki.
Tambah Ahmad Ridhwan, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut telah dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan.
“Justeru, mana-mana saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.
Terdahulu, tular aksi lawan arus dilakukan kereta berkenaan menerusi video berdurasi dua minit 30saat di laman sosial Facebook. -KOSMO! ONLINE.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mabuk nie |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kerajaan kenakan hukum gantung orang mcm ni. Makin menjadi-jadi pulak. Ada kad OKU pun gantung juga kalau melawan arus. |
|
|
|
|
|
|
|
Perbandingan negara yang mempunyai pensusuk 32juta dengan 65juta penduduk..
image upload
|
|
|
|
|
|
|
|
Perbandingan negara yang mempunyai pensusuk 32juta dengan 65juta penduduk..
image upload
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 12-4-2022 09:38 AM
Ada orang kata mabuk
i bukak video ni . betullah org tu salah. tapi maki hamun macamlah driver tu dengar. video tak sesuai ditonton kanak2. mmg org malaysia kalau dah panic memaki hamun centu ke |
|
|
|
|
|
|
|
U baru semalam jejak Malaysia ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 12-4-2022 09:49 AM
Harap kerajaan kenakan hukum gantung orang mcm ni. Makin menjadi-jadi pulak. Ada kad OKU pun gantun ...
patut yg OKU ni tak dibenarkan memandu kenderaan sendiri sbb takot menyebabkan kemalangan... contoh dah byk ... kt penang yg pompuan cina OKU tu.. bawa keta lawan arus smpi mati org.
tambah2 OKU yg lembam, tak sepatutnya bole dpt lesen keta... dah lembam kan... mesti tak bole nak pikir pertimbangan baik buruk! |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 12-4-2022 10:22 AM
U baru semalam jejak Malaysia ke?
hahahaahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi kes camni.dah la bezza susah nak dapat stok
|
|
|
|
|
|
|
|
duduk estet diam2 jela
kat area sini mmg bajet babi betul bangsa ni |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa C rupanya
spt biasa kad OKU
waktu siang kes lawan arus
waktu malam kes mabuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|