CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2402|Reply: 33

[Tempatan] Berita Kuala Pilah. Guru tertipu dgn Macau Scam, melayang duit dari personal loan RM200,000 plus saving RM65,225. Baki terkini tinggal RM78

[Copy link]
Post time 12-4-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 13-4-2022 10:25 AM

Guru rugi lebih RM200,000 terpedaya Macau Scam
    Oleh NOR AINNA HAMZAH
    12 April 2022, 3:41 pm

SEREMBAN: Bimbang namanya mempunyai kes jenayah membabitkan pengubahan wang haram, seorang guru di Kuala Pilah, dekat sini terjerat dengan sindiket Macau Scam.

Wanita berusia 43 tahun sanggup membuat pinjaman sebanyak RM200,000 bagi membuat pembayaran kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut selain wang simpanannya berjumlah RM65,225.50 lesap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, pada Jun tahun lalu, mangsa menerima panggilan daripada pihak insurans mengenai pengesahan tuntutan yang dilakukannya.

“Mangsa menafikan berurusan dengan insurans tersebut dan memaklumkan tidak pernah buat sebarang tuntutan. Pihak insurans memaklumkan mereka akan membuat laporan polis berkaitan hal berkenaan dan mangsa hanya berdiam diri.

“Pada hari sama, mangsa menerima panggilan dari seorang individu yang mendakwa sebagai Sarjan Razlan dari Balai Polis Ampangan Jaya. Individu terbabit memaklumkan maklumat peribadi milik mangsa iaitu nama dan nombor kad pengenalan terlibat dengan kes pengubahan wang haram di bawah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Keesokan harinya, menurut Aibee, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai Inspektor Wati.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan perlu membuat pindahan duit ke akaun bank milik sendiri sebagai dana bayaran untuk selesaikan kes tersebut.

“Mangsa diminta memberi akaun bank yang jarang digunakan untuk dijadikan tempat kumpul dana bayaran ini. Selama hampir lima bulan iaitu sepanjang bulan Jun hingga awal Oktober, mangsa berhubung dengan mereka kerana mangsa diarahkan untuk lapor diri melalui aplikasi WhatsApp.

“Selepas itu, hampir lima bulan iaitu bermula 29 Oktober tahun lalu sehingga 26 Mac lalu, mangsa melakukan sembilan transaksi pindahan atau memasukkan tunai ke dalam sebuah akaun miliknya sendiri berjumlah RM265,225.50,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak RM200,000 diperoleh daripada pinjaman yang dibuat oleh pengadu sendiri melalui dua buah bank sepertimana diarahkan ahli sindiket.

“Pada 8 April lalu, semasa mangsa membuat semakan akaun banknya didapati baki wangnya hanya tinggal sebanyak RM78.

“Mangsa membuat semakan lanjut di Bank Rakyat Kuala Pilah pada 11 April lalu dan mendapati wangnya telah dipindahkan ke akaun yang tidak dikenalinya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Pilah semalam,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

sumber: utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu tak baca berita ke? Sia2 je kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:15 PM | Show all posts
Tolonglah buat hukuman gantung sampai mati untuk scammer
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:24 PM | Show all posts

Cikgu Pula Jadi Mangsa, RM300 Ribu Lesap Ditipu Inspektor Macau Scam

SEREMBAN: Bimbang namanya mempunyai kes jenayah membabitkan pengubahan wang haram, seorang guru di Kuala Pilah, dekat sini terjerat dengan sindiket Macau Scam.


Wanita berusia 43 tahun sanggup membuat pinjaman sebanyak RM200,000 bagi membuat pembayaran kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut selain wang simpanannya berjumlah RM65,225.50 lesap.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, pada Jun tahun lalu, mangsa menerima panggilan daripada pihak insurans mengenai pengesahan tuntutan yang dilakukannya.


Foto: Google




“Mangsa menafikan berurusan dengan insurans tersebut dan memaklumkan tidak pernah buat sebarang tuntutan. Pihak insurans memaklumkan mereka akan membuat laporan polis berkaitan hal berkenaan dan mangsa hanya berdiam diri.


“Pada hari sama, mangsa menerima panggilan dari seorang individu yang mendakwa sebagai Sarjan Razlan dari Balai Polis Ampangan Jaya. Individu terbabit memaklumkan maklumat peribadi milik mangsa iaitu nama dan nombor kad pengenalan terlibat dengan kes pengubahan wang haram di bawah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.


Keesokan harinya, menurut Aibee, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai Inspektor Wati.


Menurutnya, mangsa dimaklumkan perlu membuat pindahan duit ke akaun bank milik sendiri sebagai dana bayaran untuk selesaikan kes tersebut.


“Mangsa diminta memberi akaun bank yang jarang digunakan untuk dijadikan tempat kumpul dana bayaran ini. Selama hampir lima bulan iaitu sepanjang bulan Jun hingga awal Oktober, mangsa berhubung dengan mereka kerana mangsa diarahkan untuk lapor diri melalui aplikasi WhatsApp.


“Selepas itu, hampir lima bulan iaitu bermula 29 Oktober tahun lalu sehingga 26 Mac lalu, mangsa melakukan sembilan transaksi pindahan atau memasukkan tunai ke dalam sebuah akaun miliknya sendiri berjumlah RM265,225.50,” katanya.


Menurut beliau, sebanyak RM200,000 diperoleh daripada pinjaman yang dibuat oleh pengadu sendiri melalui dua buah bank sepertimana diarahkan ahli sindiket.


“Pada 8 April lalu, semasa mangsa membuat semakan akaun banknya didapati baki wangnya hanya tinggal sebanyak RM78.


“Mangsa membuat semakan lanjut di Bank Rakyat Kuala Pilah pada 11 April lalu dan mendapati wangnya telah dipindahkan ke akaun yang tidak dikenalinya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Pilah semalam,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:25 PM | Show all posts
orang pandai2 ya jadi mangsa. aku pelik la camane boleh kena tipu, bijak betoi makau ni pedajal orang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tuuu siap buat loan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bebaru ni aku ada dpt gak macau call scam katanya dr pihak insurans......kononnya hari tu aku masuk hospital pastu x byr bil camtu katanya
aku terus ckp kt scammer tu, ha ah..si Tipah (bukan nama sebenar akak) mmg masuk hospital hr tu..tp udah Innalillah ms operate.
terus scammer matikan phone
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon: orang pandai2 ya jadi mangsa.  ...

rakyat malaysia ni kebanyakan penakut belaka, modal air liur dah boleh buat duit kaw2. Kadang tu ada yg tamak, nak cepat kaya la tertipu dgn peraduan gores menang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu PJ ke apa nih??
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 12-4-2022 09:25 AM
orang pandai2 ya jadi mangsa. aku pelik la camane boleh kena tipu, bijak betoi makau ni pedajal oran ...

Sebab macau scammers ini sah2 bijak belaka juga acik. Tak silap pernah baca di CI ini bagaimana mereka rekrut lepasan U.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:16 PM | Show all posts
Itzy replied at 12-4-2022 06:10 PM
rakyat malaysia ni kebanyakan penakut belaka, modal air liur dah boleh buat duit kaw2. Kadang tu ad ...

Dulu2 zmn noob I pernah hampir tertipu dgn gores & menang...nasib baik ajak my bff pergi sekali...dia la yg perasan something wrong dgn the whole scene...i ckp xnak beli apa2, nak gores je...tapi kena beli pulak set periuk rm2k utk dpt hadiah...at that time kira mahal la tapi iols kata xde duit...then si cine tu pujuk kot ada cc boleh swipe..bila i xnak then tetiba keluar mamat sorg dr belakang weols mcm menjerit menang hadiah gitu...iols x perasan tapi my bff la bersungguh ajak balik...dlm kereta dia kata semua berlakon penipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 11:48 PM | Show all posts
hebat penangan scammer
sampaikan mangsa sanggup buat loan
rasanya sekarang loan mudah
rekod finance cantik
dlm 2-3 hari je loan akan masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 10:28 AM | Show all posts
ada sesetengah org
bila dpt call dari Scammer
terus bagi bunyi flash tandas
scammer letak call
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:30 AM | Show all posts
Edited by fifie_olin at 13-4-2022 10:31 AM

ke jadahnya buat loantmbh lagi beban idop
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:33 AM | Show all posts
Loan 200k adoii abis terduduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 10:35 AM | Show all posts


berita sama
tajuk je gempaq sikit



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Macau scam ni dipayungi pihak tertentu. Ikutkan bkn payah sgt pun nak trace pusat operasi macau scam ni. Semua komunikasi under control kerajaan.

Ko tulis isu sensitip in psl sultan, ha esk da dpt tngkp ????
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:43 AM | Show all posts
kesiannyaaaa. tp mcm mana laa blh kena tipu. kan dh byk berita pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 12-4-2022 10:16 PM
Dulu2 zmn noob I pernah hampir tertipu dgn gores & menang...nasib baik ajak my bff pergi sekali... ...

Haha..my husband pun hampir terpedaya bila ada cina sorg lagi menjerit kata dah menang apa ntah masa tu ..kereta kot..masa tu br kuar shopping brg dapur dari tesco ke mana ntah..my husband mcm excited masa tu bila dorg jerit keriangan..iols terkedu..masa tu iols xde berkecimpung lg dlm forum cari ni..iols kata biar betik dorg ni bohong la..terus iols tarik husband masuk kete ckp dorg tipu je tu..fuh syukur sgt terselamat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg ni kan kenapa takut sgt kalau betul xde buat kesalahan pegi la sendiri ke balai check..main2 call wasap2 ni bukan SOP polis..segala urusan official adalah melalui surat menyurat (cukai, saman, tuntutan insurans,). Kalau polis nk tangkap penjenayah, dia terus tahan reman utk siasatan. Kalau calling2 ni mau penjenayah lari dulu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.143477 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list