CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 1

Berang Tak Diberikan Kunci Rumah, Suami Naik Mahkamah Sebab Tampar Isteri

[Copy link]
Post time 12-4-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Hanya kerana berang tidak diberikan kunci rumah, seorang operator kilang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya, minggu lalu.


Tertuduh, S. Aghasitia Lingam, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah memukul isteri sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap isteri, K. Kaliamma, 31, dengan cara menampar muka mangsa kira-kira pukul 9 malam di Taman Kerjasama, Bukit Beruang, 8 April lalu.




Foto: Utusan




Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.


Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.


Tertuduh juga didakwa telah mengugut mangsa secara jenayah menggunakan perkataan bunuh dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Difahamkan kejadian berlaku selepas mangsa enggan memberikan kunci rumah kepada tertuduh yang didakwa mempunyai masalah sosial berkaitan dadah.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan.


Tertuduh yang diwakili Peguam daripada Biro Bantuan Guaman merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai operator kilang dan perlu menanggung keluarga termasuk dua anak yang masih kecil.


Selepas mendengar rayuan kedua pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 beserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.


Mazana kemudian turut menetapkan tarikh 25 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadah dgn mabuk tinggal masa je tu nak kne pkul sampai meninggal..
Menjadi betul dadah sekarang ni..
Nak hidup pun ckup makan, dadah berleluasa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033491 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list