View: 953|Reply: 13
|
[Dunia]
Rusia mahu tamatkan order dunia yang didominasi oleh AS
[Copy link]
|
|
Rusia mahu tamatkan order dunia AS
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... kan-order-dunia-as/
Oleh KOSMO!
13 April 2022, 8:00 am
Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berucap pada sidang akhbar selepas perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Armenia di Moscow, pada 8 April lalu. - AFP
MOSCOW – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menyatakan bahawa operasi ketenteraan khas di Ukraine bertujuan untuk menamatkan order atau aturan dunia yang didominasi oleh Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita RT, kelmarin.
Beliau berkata, Washington sudah sekian lama mengukuhkan penguasaan dengan melaksanakan peraturan sendiri dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Beliau merujuk kepada percubaan AS untuk melaksanakan ‘order antarabangsa berdasarkan peraturan sendiri’ yang mendapat tentangan kuat daripada Moscow dan China.
“Operasi ketenteraan khas Rusia bertujuan untuk menamatkan perluasan tidak tahu malu oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan usaha AS serta Barat yang mahukan penguasaan penuh di pentas dunia.
“Penguasaan ini dibina dengan melanggar undang-undang antarabangsa dan melaksanakan undang-undang sendiri,” ujar Lavrov.
Tambah beliau, Rusia adalah antara negara yang tidak akan tunduk kepada kehendak Washington.
Rusia tidak mempunyai masalah untuk menjadi sebahagian daripada komuniti antarabangsa yang setara tetapi tidak akan memberikan kuasa atau kawalan penuh kepada Barat.
Lavrov turut mengecam Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell kerana kelihatan seperti menggalakkan lebih banyak pertempuran di Ukraine.
Borrell baru-baru ini mengumumkan akan menyalurkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Kiev. Lavrov menganggap keputusan itu sebagai keterlaluan.
“Apabila seorang ketua diplomatik (Borrell) mengatakan bahawa konflik tertentu hanya boleh diselesaikan melalui tindakan ketenteraan, keputusan itu bersifat peribadi.
“Sama ada beliau bercakap sedemikian tanpa berfikir panjang atau membuat kenyataan tanpa sebarang perbincangan, namun apa yang dinyatakan adalah sesuatu yang melampaui batas,” kata Lavrov.
Katanya, Rusia percaya peranan EU beralih semasa krisis di Ukraine. Sebelum ini blok tersebut tidak bertindak sebagai organisasi ketenteraan yang ‘berjuang secara kolektif menentang ancaman yang direka-reka’.
“Ini adalah hasil tekanan AS yang mendesak EU supaya bekerjasama lebih rapat dengan NATO,” kata Lavrov. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg si AS ni sapa taktau, diorang buat semua btol kalau org lain buat boley jadi salah. PBB pon mana ada fungsi pon, hanya take action kalau diorang nak je,
apa2 pon kalau 3 negara dunia ni berperang mmg boleh jadi world war 3 lah. laa pon AS dah ketaq ruble russia sandarkan pada emas mmg lemah dah la dollar. |
|
|
|
|
|
|
|
How does it feel
When you treat me like you do
And you've laid your hands upon me
And told me who you are?
I thought I was mistaken
And I thought I heard your words
Tell me, how do I feel?
Tell me now, how do I feel?
|
|
|
|
|
|
|
|
selayaknyalah AS dicerca ummah seantero galaksi bima sakti dan sekutunya |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itu ikut suka hati nak bomb... Sebab tidak dapat apa dia mahu |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
eloklah lagi amerika yg dominasi drpd komunis |
|
|
|
|
|
|
|
usa dah lama dah tak mendominasi dunia since trump rasenye. tu yg trump gigih jadi kawan baik kim jong un takut kene bom atom ngan SK |
|
|
|
|
|
|
|
yg beria dok ngutuk amerika tu dah sedia ke nak kena kontrol dgn blok komunis pasni??..kalo china overtake US as superpower, laut china selatan tu bye2 jelah,bila2 masa prc kumunis boleh ambik |
|
|
|
|
|
|
|
Korang snggup ek duk bwh pemerintahan komunis mcm korea utara. Hebakkk lah koranggg |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak rasa maksud dia 100% komunis cam NK tu, mgkn negara sosialis...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pn selamat maju jaya untuk RUssia, kalao betul usaha tu, berjaya lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
suka lagi ai amerika dari russia .putin tu dah la girlfriend dia murtad .geng dia china pulak buli negara asia tengara. |
|
|
|
|
|
|
|
Old World Order to New World Order |
|
|
|
|
|
|
| |
|