View: 3477|Reply: 69
|
[Tempatan]
Subsidi bersasar untuk jemaah haji. Korang setuju tak? Dah confirm!! RM10980 utk B40 Lain2 RM12980
[Copy link]
|
|
Edited by adm7 at 24-4-2022 12:04 PM
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata penstrukturan bayaran haji itu boleh membantu bakal jemaah haji, terutama golongan B40 untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun kurang berkemampuan.
Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu memandangkan ia perlu mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak.
"Secara kasarnya ada jemaah haji muassasah, ada jemaah haji pakej swasta. Jemaah haji pakej swasta ini adalah mereka yang berkemampuan yang tidak perlu bantuan kewangan manakala golongan jemaah haji muassasah ada pelbagai kategori termasuk golongan berpendapatan rendah.
"Memang kami mengambil kira perkara ini dan kami mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk ahli ekonomi, akademik, ejen pelancongan dan juga kerajaan sama ada perlu membuat satu lagi struktur bayaran haji yang berbentuk bersasar untuk melihat dari segi kemampuan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk 'Memahami Isu Kos, Bantuan dan Bayaran Haji' di sini malam ini.
Dalam program itu, Syed Saleh turut menafikan peningkatan kos menunaikan haji bagi jemaah muassasah pada tahun ini disebabkan masalah kewangan dihadapi TH memandangkan pihaknya telah mengumumkan agihan keuntungan kepada pendeposit sekali gus menunjukkan kedudukan kewangannya berada dalam keadaan baik.
Beliau berkata peningkatan kos menunaikan haji tidak berkait dengan kedudukan kewangan TH, sebaliknya ia lebih kepada faktor inflasi, percukaian dan perkhidmatan lain di Arab Saudi.
Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata kos haji adalah adalah kos keseluruhan untuk jemaah mengerjakan ibadah itu merangkumi bayaran haji dan bantuan kewangan haji, dan ia dipecahkan kepada kos langsung dan tidak langsung.
"Kos langsung adalah kos perlu dibayar bagi mengerjakan haji seperti penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan bas serta perkhidmatan disediakan Arab Saudi manakala kos tidak langsung adalah perkhidmatan dan kemudahan disediakan TH secara percuma kepada jemaah seperti penerbitan buku, kursus haji, bayaran petugas serta perkhidmatan kesihatan dan lain-lain.
"Bantuan kewangan haji adalah bayaran ditanggung oleh TH untuk seorang jemaah manakala bagi bayaran haji pula adalah bayaran perlu ditanggung jemaah untuk menunaikan ibadah itu," katanya.
Ditanya mengenai jangkaan jumlah kos dan bayaran haji untuk tahun ini, Syed Saleh berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menurutnya, ketika ini TH sedang menunggu kerajaan Arab Saudi untuk mengumumkan jumlah kuota bilangan jemaah Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan ibadah itu pada musim ini.
Pada 9 April lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji 1443Hijrah/2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.
Kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.
Antara kriteria ditetapkan adalah jemaah perlu berumur di bawah 65 tahun dan telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan Kementerian Kesihatan Arab Saudi selain wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Untuk rekod, tahun lalu Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji. – BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-4-2022 09:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tabung haji patut kaji juga tempoh masa yang sesuai untuk jemaah haji di tanah suci. Mungkin boleh pendekkan masa tapi pastikan jemaah haji dapat tunaikan se mua rukun haji. TH boleh bagi pilihan siapa yang nak lanjutkan masa perlu tambah duit sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
harap harap masuk syurga nanti tiada subsidi bersasar lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kan rukun haji tu wajib bagi yang mampu shj... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi motivasi kekap di b40..banyak bantuan so hidup lebih selesa. Tak payah stress2 jadi t20...
Tabung haji patut fikir menambahkan dividen pendeposit yg nak pegi haji bukan sibuk nak subsidi .nie niat nk pi haji ,simpanan pun hanya $1300 (minima nak daftar pegi haji) dah bertahun tu lah deposit bertambah2 sikit sebb dividen tahunan so tak nampak kesungguhan nak menunaikan rukun Islam ke5 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.
Pastu bila orang komen tentang B40- mereka marah pulak. Semua nak harapkan bantuan eg pelajar yang pergi ke Mesir. Bila takda biasiswa, nak bayar yuran - sibuk minta derma.
Memanglah orang Malaysia ni pemurah tetapi kesal dengan sikap mereka yang selesa sgt dengan bantuan2 ni. Ada satu kes ni, minta derma RM65K untuk operate anak dan a few RM lagi untuk maintenance selepas operate. Padahal grandparents kanak2 tersebut kaya, miliki kilang. Parents bekerja. Takkanlah tak boleh buat personal loan untuk anak. Ni harapkan bantuan orang ramai. Ni lah sikap mereka, mereka tau yang rakyat Msia ni pemurah. Cepat kesin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wakil rakyat mca tg piai tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
nak wat ibadah pon nak bersasar ke....apo lah |
|
|
|
|
|
|
|
Tabung Haji buat keuntungan investment dari pendeposit T20 dan M40, tapi bila nak bagi subsidi haji nak bagi dekat B40 je. logik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm... byk sgt perkara2 yg perlu di"tukar", diperbaiki dan diganti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semuanya nk bersasar. tapi most of the time. Jauh tersasar.
Statement mcm ni menunjukkan yg Kej dah tak nak bagi subsidi lagi. The reason kita semua simpan di tabung haji, sbb kos yg lebih murah. Tak kira lah samada golongan B40, M40, T20.
Kalau asyik nk bersasar saja. Baik TH di swastakan. Sapa nk pi haji, bagi pinjam loan. Jadikan TH sbg tukang booking flight shj. |
|
|
|
|
|
|
|
kan..
kalo macam ni lagi menimbulkan kemarahan / ketidakadilan bagi pendeposit lain
|
|
|
|
|
|
|
|
hikmah org melayu merasa jadi M40/T20 baru dia tau apa yang kaum lain dah lama rasa
ini baru kes 'rob' the rich feed the poor, belum lagi race based subsidies yg dia tak merasa. Yang itu tah macam mana lah meroyan nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua nya b40 je la yg dpt kan... |
|
|
|
|
|
|
|
B40 juga dapat mysalam rm50 jika kena kovid kan |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lemak b40 ni..
Baik suke jd malas xcarik duit.. tunggu bantuan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg paling byk bayar cukai M40 sebb ramai
Cukai di kutip x byk dr T20 sbb depa sikit
B40 x kena cukai. Bantuan semua dia dpt. Dr data talipon sampai dpt rumah sebijik.
Ini kalau nk buat haji nk bagi b40 shj M40 pakat2 keluar duit dr TH. Kita tgk depa dpt bagi susidi ke tidak.
Bukan dengki atau sakit hati. Tapi kadang2 tu bila Kej kata mcm tu mmg akan jadi dengki dan sakit hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai gak m40 dengki dgn b40 dalam forum ni. Haha. Tp T20 ramai m40 jilat.
Hapus kan je semua subsidi dkt malaysia. Fair and square |
|
|
|
|
|
|
|
bab2 bersasar ni payah nk caya kat gomen. last2 nti tersasar terus. huuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|