View: 841|Reply: 8
|
16 Rakyat Malaysia Dipaksa Jadi Scammer Di Kemboja- Tak Diberi Makan, Didera, Tak Dibayar Gaji
[Copy link]
|
|
SEPANG: Kehidupan 16 rakyat Malaysia yang dipaksa bekerja sebagai 'scammer' di Kemboja dikawal anggota sindiket yang bersenjata api serta tidak disediakan tempat tinggal dan makanan.
Peguam yang mewakili semua mangsa, Heng Zhi Li, berkata kumpulan berkenaan berlepas ke Kemboja sejak September tahun lalu secara berperingkat dan dibiayai sindiket dipercayai dari China yang menyediakan tiket penerbangan.
Mangsa berusia antara 19 hingga 45 tahun serta berasal dari Selangor, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang.
Foto: Berita Harian
"Mangsa memaklumkan mereka takut untuk melarikan diri kerana ada dalam kalangan mereka dipukul, ditampar dan didera dengan kejutan elektrik," katanya kepada media di klia2 hari ini.
Beliau yang berlepas ke Kemboja pada Sabtu lalu turut mengiringi kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat, Tan Jie Sen.
Zhi Li berkata, mangsa dijanjikan gaji lumayan RM7,000 namun tidak pernah menerima gaji. Sebaliknya hanya diberikan kad tunai untuk membeli makanan dan barangan di bangunan berkenaan dengan dikawal anggota sindiket.
Semua mangsa mendapat permit kerja daripada Kerajaan Kemboja yang dipercayai dipalsukan sindiket berkenaan.
"Keluarga seorang daripada mangsa sebelum ini sudah membayar wang tebusan RM18,000 bagi membebaskan mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa tidak juga dibebaskan sehinggalah dia dapat pulang bersama-sama rakan yang lain hari ini," katanya.
Usaha membawa pulang kumpulan berkenaan bermula selepas pihaknya membuat siasatan selama tiga bulan sejak Januari lalu susulan aduan kakak seorang mangsa yang mendapat maklumat mengenai keadaan mereka di Kemboja daripada adiknya.
Pihaknya bekerjasama dengan semua ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan butiran lengkap dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi mengesan koordinat bangunan berserta gambar bangunan didiami mangsa.
Semua butiran lengkap itu diserahkan kepada MAPO dua minggu lalu dan hasilnya mereka dikesan dan diselamatkan pihak berkuasa Kemboja pada 4 April lalu.
Sementara itu, usaha untuk menemubual mangsa gagal berikutan mereka keletihan dan perlu memberi keterangan sebaik tiba di klia2 sebelum pulang bersama-sama ahli keluarga dan rakan yang menyambut mereka.
MCA memaklumkan pihaknya tidak membenarkan mangsa ditemui bual dan akan mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
bbrapa tahun dulu ada sorang ni ckp, kalo nak kerja bank, kerja lah di kemboja, undang2 dia agak ketinggalan, takde money laundering, takde akta2 tertentu,
lg pn gadis kemboja suka lelaki luar,
dia cakap ada kawan dia dpt kerja bank kt kemboja, dah duduk sana terus, tak nak balik, sebab dah dapat awek kemboja,
ntah betul ke tidak ni,
lg pn katanya ada tempat nama sihanouk ville, ada casino, dan juga pusat para mafia asia tenggara mencuci duit, launder money, katanya tempat pengedar dadah simpan duit antara nya cambodia, |
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan dorg gi sana nak buat latihan jadi macau scam |
|
|
|
|
|
|
|
Org kemboja sibuk dtg sini cari kerja, korang pulak serah diri cari keje kt sana.tk ke rasa pelik.dh le janji gaji tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 13-4-2022 10:43 AM
bbrapa tahun dulu ada sorang ni ckp, kalo nak kerja bank, kerja lah di kemboja, undang2 dia agak ke ...
Mcm pnh baca kat lyn kopitiam |
|
|
|
|
|
|
|
Sehat2 je...kate didera dan x bagi makan.
Ade kolig sorg g posting sana. Kawen org sana. Bila balik sini cerai bini yg kat sini..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam ada thread cite plot twist. Ntah mana satu yg betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
errmm , ko pn rasa sangsi kan?
tak silap kat sana takde akta money laundering,
so boleh la scam orang kt sana, kalo kena tangkap pn tak berat hukuman,
tak silap boleh deposit je duit dlm bank, tanpa byk tanya, kt malaysia ko deposit 25k keatas orang tanya, mana ko dpt duit ni?
ntah2 dia kalah judi, minta family antar duit, atau nak joli duit dah abis
ha tu la ramai chinese pergi sana, kawin orang sana, kt sini kan diorang mcm malu dgn perempuan, kt sana bukan main hero,
pernah follow geng chinese gi thailand ada sorang ni umur dah hampir 50 , tak kawen lagi, so kitorang igt dia ni jenis nerda , malu dgn pompuan,
sekali jejak kaki kt siam kau, pompuan kiri dan kanan, gelak pn besar, mgkn dia mgkn jenis nak pompuan mulakan dulu kot, bayar pn bayar la...
uncle di kerja bhgn auditor,
takpe la kasi dia release steam ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|