CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 3

Boris Johnson Didenda Langgar Perintah Berkurung Takkan Letak Jawatan

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Menteri Kewangan, Rishi Sunak, masing-masing didenda kerana melanggar undang-undang perintah berkurung COVID-19, dalam skandal "artygate" pada 19 Jun 2020.


Namun, mereka yang turut memohon maaf bagaimanapun enggan meletakkan jawatan walaupun terdapat desakan supaya mereka berbuat demikian.




Kredit foto: AFP




Isteri Johnson, Carrie turut didenda dalam pergolakan politik berikutan pendedahan mengenai majlis keramaian di Downing Street ketika perintah berkurung bagi memerangi pandemik COVID-19.


Menurut jurucakap Downing Street, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menerima notis penalti daripada Polis Metropolitan.


Pengumuman itu dibuat selepas Polis Metropolitan memaklumkan akan mengeluarkan lebih 50 denda berhubung majlis yang diadakan tanpa mendedahkan jumlah atau identiti individu yang didenda.


Pemimpin pembangkang dari Parti Labour, Keir Starmer, dengan segera menggesa Johnson dan Sunak meletak jawatan.


"Boris Johnson dan Rishi Sunak melanggar undang-undang dan berulang kali berbohong kepada rakyat British," menurut ciapan di Twitter.


"Kedua-dua mereka perlu meletakkan jawatan. Parti Konservatif tidak layak untuk memerintah. Britain layak mendapatkan yang lebih baik," katanya.


Jurucakap pejabat Johnson, berkata beliau didenda kerana menghadiri kejutan hari jadi untuk meraikannya, di bilik Kabinet di No 10 Downing Street pada 19 Jun 2020.


Carrie Johnson and Sunak dilaporkan turut berada di majlis ini namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka didenda untuk acara sama.


Awal tahun ini, Johnson terpaksa mempertahankan kelangsungan politiknya selepas beberapa ahli parlimen daripada partinya menarik balik sokongan terhadap kepimpinannya berikutan skandal berkenaan.


Beberapa ahli Parlimen Konservatif yang jumlahnya tidak dapat dipastikan, sebelum ini menyerahkan surat menggesa usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Johnson.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu risiko dia spt tak mbekshin kne kibod 91
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Rishi sunak ini kan ada yang kata harta bini dia lebih banyak dari QE
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039432 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list