Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana buffet ramadhan yang diadakan di sebuah hotel mewah di Putrajaya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ShitaShaiful, kelihatan ramai pelanggan masih menunggu untuk mendapatkan meja meskipun sudah masuk waktu berbuka.
Bukan sahaja susun atur meja yang berselerak sehingga ada meja yang disusun di sebelah eskulator, toilet dan tepi kaunter bayaran malah pihak hotel juga membuat kerja dengan sambil lewa sahaja.
“Bayar harga kayangan tapi dapat Buffet iftar macam ni.. jaga laluan orang naik turun lif..crowded and confirm SOP kelaut dalam.. pihak pengurusan hanya fikir nak kaut untung sahaja..tak serupa hotel berbintang-bintang” ujar nya
Difahamkan, buffet Ramadan yang ditawarkan hotel berkenaan juga agak mahal iaitu sekitar RM188.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 173.8K tontonan, 2303 tanda suka, 533 komen dan 340 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan pengurusan hotel yang tidak bagus sehingga menyusahkan ramai pihak apatah lagi bagi mereka yang berpuasa.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang beranggapan bahawa hotel mewah tersebut seolah-olah tiada ‘kelas’ kerana terlalu crowded seperti kedai biasa.
Sumber @ShitaShaiful
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 14-4-2022 02:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kebanyakan Hotel caj buffet Ramadhan tak, ingat dunia.. Pastu bila booking byk, table jadik rapat.. Tak selesa langsung.. Tu belum yang dorg bukak table kat corridor..
Aku dulu2 suka lah makan buffet ni.. Skang dh tak lalu nk makan byk2.. So, better p mana2 restaurant yg selesa, order ala carte je
Post time 14-4-2022 03:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kebanyakan atau 70% menu masih seperti buffet sejak hotel ni buka berdasarkan video yang byk org share. Antara feberet hotel aku sejak dibuka hinggalah tutup sebb covid. Tahun ni plan jugak nak pergi tapi trngok ramai org jadi aku kiv dulu.
Kaunter tetap mesti ada bahagian masakan india/jepun/seafood.
Post time 14-4-2022 05:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kuaser la serupa pprt nak makan pun beratur, berhimpit bagai.. duk umah lagi aman makan masak sendiri.. nak solat pun senang takde nak beratur tunggu turn amende la org mesia ni memang hidup nak hadap beratur je ke? Takpuas hidup kena hadap jem atas jalan, makan pun serah tengkok beratur lagi aiyaa
Post time 14-4-2022 07:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah tua-tua ni makan tak byk.. walau teringin. Lg la dah ada anak.. leceh berangkut. Apekehel dah mcm tempat low class hotel ni? Kemain dulu harga bilik Bole consider murah. Tapi sejak lepas pkp..neraka betul harga dia. Eh org ckp psl buffet kita ckp psl bilik????