View: 2440|Reply: 27
|
Kes Penceraian Tinggi Di Kelantan Dan Selangor Sebab Ramai Wanita Sekarang Mati Putik
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Masalah seksual seperti mati putik yang dialami wanita adalah antara penyumbang tertinggi kepada kes perceraian di Kelantan dan Selangor.
Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad berkata, tiga daripada 10 wanita pernah atau sedang mengalami masalah mati putik bercerai dengan pasangan masing-masing.
Katanya, mati putik atau nama saintifiknya disfungsi seksual wanita mungkin tidak menjadi masalah besar bagi sebahagian wanita, namun ada sebilangannya pula merana dalam diam disebabkan malu untuk mendapatkan bantuan sedangkan ia boleh dirawat.
Gambar Hiasan
"Wanita yang mengalami disfungsi seksual biasanya merasakan seks tidak lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan sedangkan menjaga kesihatan seksual adalah suatu ibadah serta kunci dalam membentuk perhubungan mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga.
"erasaan malu dan tabu terus menghantui dan membatasi mereka sehingga masalah yang dibiarkan itu menjadi parah apabila suami juga tidak mempunyai ilmu untuk membantu," katanya dalam kenyataan, di sini.
Mengulas lanjut, Dr Rosediani berkata, kebanyakan wanita di negara ini yang menghadapi masalah mati putik cuba mencari jalan penyelesaian dengan memilih produk berbentuk jus atau minuman bagi meningkatkan keintiman untuk melakukan hubungan seks.
"Selain itu, ada juga yang memilih kaedah berurut atau bertemu bidan bagi menyelesaikan masalah mereka, walau bagaimanapun, keberkesanan yang diperoleh daripada rawatan itu tetap mengecewakan.
"Terdapat tiga punca utama masalah ini berlaku iaitu masalah dalam diri sendiri seperti kesibukan dengan kerja, tekanan berpanjangan, proses kehidupan yang meletihkan seperti proses mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak, mengambil pil perancang, mempunyai penyakit kronik seperti kanser.
"Selain itu, faktor persekitaran dan didikan keluarga juga antara punca masalah mati putik. Kefahaman mengenai seksualiti yang cetek serta kurangnya komunikasi, toleransi, kefahaman berkaitan seks atau hubungan intim turut menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.
"Dalam hal ini, suami perlu memainkan peranan penting dalam mengemudi rumah tangga dan menjaga perhubungan dengan pasangan.
"Sikap suami yang berang, tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, berat tulang, tidak pandai berkomunikasi, memujuk isteri untuk merasai kenikmatan melakukan hubungan seks juga antara punca masalah ini berlaku," katanya.
Beliau juga berkata, bagi mencegah masalah mati putik, setiap pasangan perlu memperbetulkan niat mereka terhadap hubungan seks dengan menganggap ia sebagai ibadah, meningkatkan komunikasi dan toleransi, mengubah cara hidup yang lebih mesra keluarga dan menzahirkan kasih sayang antara suami isteri.
"Bagi mereka yang mengalami masalah ini, jangan segan atau malu untuk mendapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor di mana-mana Klinik Kesihatan, Klinik Kesejahteraan Wanita dan Klinik Rawatan Keluarga.
"Masalah mati putik juga mampu dirawat dan dicegah dari awal sebelum ianya memudaratkan diri dan pasangan masing-masing. Kongsi masalah anda kerana anda juga layak untuk dapatkan hidup yang lebih bermakna serta keluarga yang bahagia," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Antara sebab lain adalah wanita terlalu letih, sama2 kena cari makan, awal pagi dah redah jem, pergi kerja-balik kerja, malam2 dok harap nak mengangkang mcm robot?
Pak ustaz pi bagitau pak2 suami jgn bagi isteri keluar bekerja kalau nak si isteri
jadi bidadari atas katil sentiasa. |
|
|
|
|
|
|
|
well said!nurshima: Antara sebab lain adalah wanita terlalu letih, sama2 kena cari makan, awal pagi dah redah jem, pergi kerja-balik kerja, malam2 dok harap nak menga ...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu masalah ke mati putik? ok la takde anak bersusun paku tiap tahun keluar yg baru, lagi elok yg laki tu haa mati pucuk. nak miskin ke nak merempat ke, cerai berai suka hati korang la kalau takde anak. ni anak laaa selalu jd mangsa hal makpak! |
|
|
|
|
|
|
|
nurshima: Antara sebab lain adalah wanit ...
btul pompuan busy itu ini tido pun xcukup |
|
|
|
|
|
|
|
Ustazah Kentot faraj tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sbb masalah kewangan? Duit no. 1 lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun penat jugak 2-3 keje tapi bab rehat paling penting. rehat tk cukup bole buat stress dan kualiti keja efekted. tapi kan..masa ada suami mmng penat dia lain mcm sebab utama skli jga suami tu dah makan 50% kt situ..jaga suami mcm hal2 umah tangga kemas masak basuh baju gosok baju dia..anak2 dah 25% lagi 25% urusan lain. sendiri tk sempat nk jaga..skrg dah tak kawen 50% aku rehat. 25% kje 25% jga hal lain2.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kluar pergi keja pagi, balik petang ambil anak, sediakan makan lagi, suap anak makan, kemas rumah, mana tak mati putik.
Gila letih kot.
Sebab tu skarang, kalau orang dok sibuk suruh tambah anak, senyum buat muka JLO je. Nasib baik suami i memahami anak 2 orang dah cukup. Nanti dia tak dapat layanan macam sultan yistana kalau bininya letih jaga anak ???????? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 14-4-2022 02:15 PM
Bukan sbb masalah kewangan? Duit no. 1 lah.
Nk cover salah laki la tu. Klau laki xmmpu, pompuan terpaksa keje, balik rumah eh prempuan lg, mau x mati putik. Cuba once a month laki bawak pegi cuti dkt hotel dkt2, belanja spa, confirm dpt. Kdg2 pelik jgk laki yg kata penat bekerja tp masih mampu nk menutuh. Bukan ke kalau penat sgt, seminggu skali je? |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ni bakal jadi kecaman aja..psl pepatah perempuan tu sentiasa betul
Padahal yg kupas tu Dr perempuan..yg kena maki hamun tu org lelaki..dituduh mcm2..
Kan macam baghal namanya tu |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 14-4-2022 02:15 PM
Bukan sbb masalah kewangan? Duit no. 1 lah.
Benar sekali. Cash is king! Kalaulah aku berpeluang untuk menjadi Qarun dan bersahabat dengan Firaun... |
|
|
|
|
|
|
|
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 14-4-2022 05:36 PM
Thread ni bakal jadi kecaman aja..psl pepatah perempuan tu sentiasa betul
Padahal yg kupas tu Dr pe ...
Aik u pun stereotype perempuan
Bacalah quote ahli bijak pandai
Cikgu bezakan kelas depan vs belakang
Lecturer bezakan B40 vs t2p
Iblis bezakan taraf tanah ngn api
Yg suke bezakn ni hati cm iblis
|
|
|
|
|
|
|
|
Realiti di Malaysia adalah setakat harapkan gaji suami memang tak mampu nak berkeluarga dan ada anak kerana gaji di Malaysia ni rendah. Selepas bayar rumah,kereta,barang dapur dan bil, habis licin gaji.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila ada istilah mati putik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 14-4-2022 07:48 PM
Realiti di Malaysia adalah setakat harapkan gaji suami memang tak mampu nak berkeluarga dan ada an ...
Dalam 100 orang pasti ada seorang yang bijaksana. Akhirnya ada seorang forumer yang berpijak di bumi nyata, bukannya di negeri Antah Berantah. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-4-2022 08:06 PM
Sejak bila ada istilah mati putik ni.
Aku pon pestime dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Dh lama tau istilah utk pompuan mati putik |
|
|
|
|
|
|
| |
|