CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4616|Reply: 67

[Dunia] Indonesia tetapkan kos haji RM11,710 bagi setiap jemaah

[Copy link]
Post time 14-4-2022 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 16-4-2022 07:23 PM

Indonesia tetapkan kos haji RM11,710 bagi setiap jemaah
Utusan.com.my
14 April 2022, 1:26 pm


CALON jemaah haji tidak perlu menanggung kos tambahan yang dikenakan.


JAKARTA: Kerajaan Jakarta dan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) mencapai persetujuan mengenai Kos Ibadah Haji (Bipih) dan Kos Penyelenggaraan Haji (BPIH) bagi tahun 1443 Hijrah atau 2022.

Lapor Kompas.com, persetujuan itu dicapai antara Suruhanjaya VIII DPR dan Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas semalam.

Berdasarkan rundingan yang dipersetujui, kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini ditetapkan sebanyak 39.8 juta rupiah (RM11,710) bagi setiap jemaah.

Jumlah itu termasuk tiket penerbangan, penempatan di Mekah dan Madinah, perbelanjaan dan visa.

Jumlah kos itu juga dilaporkan bertambah berbanding tahun 2020 yang secara puratanya adalah 35.3 hingga 38.3 juta rupiah (RM10,384 hingga RM11,265).

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara ini bersetuju agar kos tambahan itu dikenakan kepada peruntukan akaun maya milik jemaah haji 2020 yang diuruskan oleh Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH).

Akaun maya adalah akaun bayangan jemaah yang menunggu yang digunakan untuk menampung nilai manfaat hasil pembangunan atau pelaburan dana haji oleh BPKH.

“Tambahan kos haji bagi tahun ini masih tidak ditanggung oleh jemaah, tetapi dialihkan kepada peruntukan akaun maya.

“Maka, calon jemaah haji tidak akan menambah walau satu rupiah pun dalam kos haji mereka,” kata Ketua Suruhanjaya VIII DPR, Yandri Susanto.

Calon jemaah haji yang bakal berangkat ke tanah suci pada tahun ini adalah jemaah 2020 selepas keberangkatan mereka ditangguh susulan pandemik Covid-19.

Selain itu, jemaah haji tahun ini juga terdiri daripada mereka yang berusia di bawah 65 tahun.

Kerajaan juga sepakat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada jemaah haji dengan menambah jumlah hidangan makanan iaitu dari dua kepada tiga kali sehari selama berada di Mekah dan Madinah.

Sementara itu, kerajaan turut bersetuju agar jemaah haji tidak perlu membayar kos ujian calitan Covid-19 di Arab Saudi selepas pulang ke tanah air.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 14-4-2022 12:11 PM

Kenapa sangat murah? Malaysia pun 25k tu pun muassasah je... bukan normal rate 50k above
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2022 12:15 PM | Show all posts

haritu menteri agama ckp kos haji Msia 25K..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 14-4-2022 12:15 PM
haritu menteri agama ckp kos haji Msia 25K..

Yea.. tabung haji ditubuhkan utk mengurangkan kos haji malaysian... indon ade tabung haji ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2022 12:19 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 14-4-2022 12:23 PM
green~tea replied at 14-4-2022 12:17 PM
Yea.. tabung haji ditubuhkan utk mengurangkan kos haji malaysian... indon ade tabung haji ke...

tu lah pelikk.indon yg takde th pun boleh bagi murah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ko pelik. Kereta import pun jauh lagik murah di Ndon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat sana mmg penuh ummah mereka. Seronok tengok dorg berlumba lumba buat amal. Org2 tua dorg takyah ckp lah, semangat lain mcm
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:39 PM | Show all posts
13k ngan 25k lari 8k gak tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 12:54 PM | Show all posts
malaysia mahal tengok la macam mana pengurusannya..
berbuih mulut mereka yang pi haji cakap pengurusan th memang tip top..
hotel dekat, makan semua sedia kena selera, khemah pun aircond..
kalau sakit apa semua ada orang uruskan..
negara lain tak semua ada macam tu..
walaupun total kos berpuluh ribu, still yang pertama kali haji bayar below 10k sebab ada subsidi..
so consider bagi jemaah pertama kali haji, kos korang pergi tetap lagi murah dari indon..
yang dah berkali-kali pergi tu selayaknya kena mahal..
kau tak reti-reti nak bagi peluang kuota pada orang lain ke..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:56 PM | Show all posts
Sini..Asalkan....  bergomen Isleyyyy!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:56 PM | Show all posts
malaysia mahal sebab jarak ...

indon ke mekah tak sama mcm malaysia ke mekah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:58 PM | Show all posts
green~tea replied at 14-4-2022 12:17 PM
Yea.. tabung haji ditubuhkan utk mengurangkan kos haji malaysian... indon ade tabung haji ke...

TH amik upah pengurusan dsbnya kot...

maklum la aku dgr dah 2 tahun hotel2 TH kt arab saudi tu tak beropeasi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:59 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-4-2022 12:54 PM
malaysia mahal tengok la macam mana pengurusannya..
berbuih mulut mereka yang pi haji cakap pengurus ...

betul ke chuols khemah ada ekon? sbb pak mertua citer dia bwk kipas kecil masa tido dalam khemah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 01:06 PM | Show all posts
Nama aje kjaan melayu isle,tapi isle kat Msia makin tunggang langgang.Ni semua salah DAp!!!

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 01:15 PM | Show all posts
mejaputih replied at 14-4-2022 12:59 PM
betul ke chuols khemah ada ekon? sbb pak mertua citer dia bwk kipas kecil masa tido dalam khemah.
...

kenapa tak tanya beliau aircond ada ke tak ada?
but pada i, kalau dah ramai jemaah dalam satu khemah dengan cuaca kat sana, ada masa juga la akan terasa panas..
nak pulak setengah orang jenis tak boleh kalau tak rasa angin..


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 01:37 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-4-2022 01:15 PM
kenapa tak tanya beliau aircond ada ke tak ada?
but pada i, kalau dah ramai jemaah dalam satu khem ...

tu la maybe iols silap kot...sorry2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 01:46 PM | Show all posts
mejaputih replied at 14-4-2022 01:37 PM
tu la maybe iols silap kot...sorry2..

no la.. takde apa pun..pengalaman orang tu lain-lain..macam yang i kenal, memang jenis suam sikit pun tak boleh..
nak kena ada kipas sentiasa..
ikutkan gi cameron pun nak ada kipas..
kalau tak, rasa suffocated


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:30 PM | Show all posts
mejaputih replied at 14-4-2022 12:59 PM
betul ke chuols khemah ada ekon? sbb pak mertua citer dia bwk kipas kecil masa tido dalam khemah.
...

saya pergi 2017, khemah tiada aircon
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-4-2022 12:35 PM
Apa ko pelik. Kereta import pun jauh lagik murah di Ndon.

Kereta kat malaysia mahal sbb puak2 tu nak protect geng AP... its not really about protecting proton pun sbnrnya... dulu i thought its to protect proton, sbb tu cukai dinaikkan... lepas geely take over, nampaknya masih sama.... so obvious laa khuenssssssss nak penuhi tembolok puak2 tamak tu je
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
so rohana..gimana?...msh mau IC nya???(kewarganegaraan Malaysia)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.398531 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list