CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 12

[Tempatan] Pfizer hasil vaksin cegah semua varian sebelum akhir 2022

[Copy link]
Post time 15-4-2022 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Pfizer hasil vaksin cegah semua varian sebelum akhir 2022

https://www.utusan.com.my/luar-n ... sebelum-akhir-2022/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
15 April 2022, 9:00 am


PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden menerima dos keempat vaksin Covid-19 keluaran Pfizer di Washington, baru-baru ini. - AFP

GENEVA: Syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengumumkan vaksin Covid-19 yang berkesan terhadap pelbagai varian akan dihasilkan sebelum penghujung tahun ini.

Pengerusinya, Albert Bourla berkata, syarikat itu juga berusaha menghasilkan vaksin yang boleh memberikan perlindungan lengkap sepanjang tahun, menyaksikan orang ramai hanya perlu mendapatkan dos penggalak setahun sekali seperti suntikan influenza.

“Saya berharap menjelang musim luruh ini, Pfizer sudah memiliki vaksin yang berkesan terhadap semua varian Covid-19 yang diketahui,” katanya dalam taklimat bersama media.

Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer merupakan antara vaksin yang berkesan menentang virus maut itu.

Biarpun kesan perlindungan menurun dari semasa ke semasa, vaksin Pfizer masih menawarkan perlindungan kuat terhadap penyakit serius dan mengurangkan kemasukan ke hospital serta kematian akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Bourla menyatakan terdapat risiko berlakunya ‘penolakan vaksin berterusan’ susulan kesan perlindungan vaksin sedia ada yang tidak menyeluruh.

“Apa yang dunia perlukan sebenarnya adalah vaksin yang kesannya boleh bertahan selama setahun dan saya fikir inilah yang bakal menjadi penyelesaian kesihatan awam paling optimum,” ujarnya.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti sebanyak 153 vaksin Covid-19 dalam fasa ujian klinikal, manakala 196 lagi dalam praklinikal. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 09:21 AM | Show all posts
yg cucuk org tua ni, mcm PM new zeland Jacinda Ardern
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk jangan tak cucuk! Taatilah tolol amri!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
So next booster cucuk ke empatlah nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk jangan tak cucuk!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan akak dah cakap… kaji variant itu gini sesambil promote version baru!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kajal tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:10 AM | Show all posts
Entah mengapa aku teringatkan Hitler pula...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Idop lagi babi laknat ney?  Entah2 vax tu dia bancoh dalam bekas cam kawah masjid je..  Lagi ummah isele nak pircaye.  Aku kalo Keri beli ney aku jentik telor dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:28 AM | Show all posts
ialah

sebab vaksin dah tak diperlukan

microchip tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:22 AM | Show all posts
Skrg dh jadi trend lepas buat vaxin tros cucok ke ape... selamat tikus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan walaupun aku bukan antivaksin
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:27 PM | Show all posts
.
Kalau tak silap, CEO Pfizer Bourla pernah cakap pada Jan 2022 yang vaksin Covid mujarab itu akan siap pada Mac 2022, bukan akhir 2022. .......

https://www.cnbc.com/2022/01/10/ ... ready-in-march.html - 2022/01/10 - covid-vaccine: pfizer-ceo-says-omicron-vaccine-will-be-ready-in-march

Narratif BIG Pharma untuk menangani Covid hari2 bertukar macam puak liberal. Asas nya, BIG Pharma nak untung berbilion-bilion US$ dari penjualan vaksin Covid dan mungkin pegawai2 WHO, CDC dan kerajaan diberi "kickbacks" berjuta-juta US$ untuk ikut narratif2 BIG Pharma, spt mandat vaksin Covid  dan paspot vaksin.

Perlu ingat, vaksin2 Covid tak berapa berkesan kerana virus Covid sentiasa bermutasi, sama spt virus Flu dari kurun2 dulu lagi. Nampak macam BIG Pharma dan konco2 nya kuat kelentong kerana gila wang.
.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043865 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list