CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6450|Reply: 119

Kecoh Lagi! Pelanggan Marah Chef Ammar Bagi Keutamaan Pada Ibu Mengandung Beli Nasi

[Copy link]
Post time 15-4-2022 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Saban hari ada saja insiden kekecohan yang berlaku di gerai nasi Arab Cef Ammar yang terletak di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.


Walaupun sebelum ini dikecam netizen kerana menjual makanan dengan harga 'Tel Aviv', tetapi nampaknya ramai yang sanggup beratur panjang untuk membeli juadah tersebut.


Pada Rabu timbul pula kekecohan apabila stafnya dimarahi pembeli gara-gara memberi kemudahan kepada ibu mengandung hingga membuatkan ada yang tidak bersetuju dengan 'peraturan' cef kelahiran Palestin itu.


Susulan kekecohan berkenaan, seorang wanita yang mendakwa dia merupakan pelanggan yang dimaksudkan itu tampil memberi penjelasan.






Bercakap kepada mStar, Nur Aliah Natasha Nasaruddin yang hamil lapan bulan berkata, dia bersama ibu bapanya bertolak dari Melaka dan tiba Shah Alam sekitar pukul 12 tengah hari.


Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, dia pada mulanya menemani ibu bapanya, masing-masing berusia 49 dan 52 tahun untuk gerai Cef Ammar.


"Masa nak beratur dekat pukul 1 petang memang dah ramai orang, sudah berbelas orang.


"Selepas tu, saya masuk ke kereta sekejap sebab masa tu dah penat berdiri tapi dapat order sheet. Saya tunggu di kereta kira-kira 20 minit sementara tunggu gerai dibuka.


"Bila saya datang balik ke gerai untuk beratur, mereka nampak ada wanita mengandung, jadi mereka terus suruh ke depan (priority lane)," katanya ketika dihubungi.


Namun tegas wanita yang hamil anak sulung itu, dia tidak 'memotong' barisan kerana datang lebih awal untuk beratur bagi membeli makanan tersebut.







"Kami tak menyelit, kami beratur, malah kami datang lagi awal. Walaupun kami dapat priority lane, I kat situ sebagai wanita mengandung masih kena tunggu 30 minit. Tapi saya tak nak bising-bising, saya tunggu je.


"Masa I tengah beratur, ada orang call Cef Ammar nak beli ikut 'pintu belakang', dia tak layan. Dia kata kalau nak, mengidam ke, datang," ujarnya yang berasal dari Bukit Katil.


Malah dia yang lebih mesra disapa Aliah berkata, ibu bapanya sendiri beratur seperti biasa tanpa menggunakan kemudahan 'priority lane'.


"Ibu bapa saya tak dapat (priority lane), jadi mereka beratur sampai dapat. Disebabkan hari tu ada had (pembelian), saya termasuk ibu bapa dapat beli 12 pek," katanya sambil menambah bapanya yang memandu kereta dari Melaka ke Shah Alam.


Tambah wanita tersebut, dia yang menggagahkan diri untuk beratur membeli nasi Arab sebenarnya bukanlah penggemar juadah tersebut.


Aliah turut menjelaskan bahawa suaminya sedang bekerja di Melaka ketika itu, menyebabkan dia datang ke gerai Cef Ammar bersama ibu bapanya.


"Saya tak minat pun nasi Arab ni tapi sebab ibu bapa saya nak makan dan ramai lagi famili I yang kirim, jadi kami pun datang seawal pukul 12 tengah hari.


"Bagi saya, tak adil. Kalau nak, datanglah awal-awal. Saya cakap bukan sebab saya mengandung tapi sebab ramai yang datang dan beratur awal.


"Kami yang datang awal pun, masa tu ramai lagi tak dapat. Lepas tu a few yang baru datang dah merengek-rengek. Benda tu kena adil la," tambahnya.


Difahamkan, pihak polis menerima aduan daripada pelanggan kerana bengang wanita mengandung diberi keutamaan untuk membeli makanan dari gerai Cef Ammar.


Menurut Cef Ammar, wanita mengandung perlu diberikan keutamaan kerana keadaan fizikal mereka lebih memerlukan perhatian.


Sejak minggu lalu, Cef Ammar yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank menjadi kecaman netizen kerana harganya mahal.


Minggu ini tular pula seorang pelanggan menegurnya kerana tidak puas hati apabila tidak sempat membeli nasi Arab, kerana kehabisan, sedangkan sudah beratur terlalu lama.


Susulan itu, demi berlaku adil kepada semua pelanggannya, Cef Ammar berkata, setiap individu dihadkan untuk membeli empat set sahaja bermula Rabu. -CARI


Sumber:mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 10:02 AM | Show all posts
rindu nya time pkp aritu..xde citer2 bodow macam ni..ni belum masuk raya lg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 10:13 AM | Show all posts
kiranya dia ni pun salah guna priority gak la
bukan untuk cekik sendiri katanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal nak makan pun melayu nak bising bulan puasa ni.  Anggap je la tak de rezeki...tapi dlm socmed pandai lak ucap semoga dipermudahkan segalanya insyallah la bagai.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tak habis² lagi ke isu nasi arab ni? bosannya lahai
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa cakap kasar dengan police yea...ber gaduh dengan customer... Abam police sekali kena....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2022 10:39 AM | Show all posts
dah2 la pasal citer nasi arab chef ammar ni...malas dah nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh hanet la tak habis citer dia jeerr.. bosan la korang ni mcm takde benda lain nk mkn…
Byk je nasi arab lain sedap sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Priority utk yg hamil boleh paham, but the question is...do the parents too yang datang bersama the pregnant lady dapat tempias priority lane since they are together?

Ini yang mungkin menimbulkheun ketidakpuasan hati...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 11:47 AM | Show all posts
mcm2 isu dah nasi arab chef ammar ni. tp skali pun aku tak penah tringin nak rasa.
klu nak pun tggu je la lepas raya pi makan kat kedai dia. tak kuasa la aku nak beratur2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan ramadan bulan mentekedarah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pak.dolla at 15-4-2022 04:01 AM

Korang pernah makan nasi arab restoran suria dkt chow kit tu tak? Sedap dan murah sgt...tp xtau la nasi arab chef amar rs mcm mana.
Nasi arab restoran suria tu murah sebab dia ada kedai yg jual barang² dari arab jg, kalau laki dia jd cashier kat kedai barangan arab dpt byk discount.
Kalau nasi arab dkt restaurant wadi hadramawt tu mmg mahal dan sedap jg..aku selalu jg mkn kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:01 PM | Show all posts
Boleh buat drama cerita Nasi Arab Chef Ammar.. Dari scene menangis org kata harga mahal sampailah bergaduh demi potong barisan.. Lepas satu, satu hal..

Tak lupa juga kepada batak content, up cerita sanggup beratur 4 jam demi nasi arab ni pastu komen nasi tawar.. Lepas ni isu nasi arab tawar pulakk... Hurrrmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 15-4-2022 10:15 AM
Pasal nak makan pun melayu nak bising bulan puasa ni.  Anggap je la tak de rezeki...tapi dlm socmed  ...

Melayu pelahap.. pantang ada makanan viral berebut nk beli.. that's why melayu ramai gemok..muda2 badan dh mcm tong drum...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:05 PM | Show all posts
Siapa tahu perangai sebenar Cef Arab ni confirm takkan lalu pun nak makan nasi dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:05 PM | Show all posts
kalau KA 30 hari 30 resepi..
chef ammar 30 hari 30 marketing strategy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 12:14 PM | Show all posts
urm, tel aviv tu actually ada dlm diri chef ni jugak tanpa dia sedar? dah jadi macam neelofa hari2 nak keluar berita dia....yih!

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:15 PM | Show all posts
dah di kata..mmg ini antaranya.. kalau ngidam takdenyer beli sampai 4 pek.. cukup 1.. sbb tu ada yg kata ambik kesempatan...

patutnya budak ni xyahlaa kata bukan pengemar..diam aja..lepasni patut limit lagi sikit.. 1 ayam..1 lamb jer..baru pada muka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:22 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 15-4-2022 12:05 PM
Siapa tahu perangai sebenar Cef Arab ni confirm takkan lalu pun nak makan nasi dia ni.

sila spill...




Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 12:30 PM | Show all posts
len kali order grab je dekkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071750 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list