CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5983|Reply: 100

[Dunia] Penduduk Shanghai menjerit, derita ‘dikurung’ lebih seminggu

[Copy link]
Post time 12-4-2022 09:12 AM | Show all posts |Read mode

Bekalan makanan di Shanghai dilaporkan semakin berkurangan. – Alamy

Penduduk Shanghai menjerit, derita ‘dikurung’ lebih seminggu

BEIJING – Sebilangan klip video yang tersebar di internet menunjukkan warga kota  Shanghai menjerit dari tingkap apartmen mereka selepas dilarang keluar rumah selama lebih seminggu, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu dengan bekalan makanan dilaporkan semakin kehabisan.

Rakaman video yang dikongsikan di media sosial China itu  pada awalnya menunjukkan keadaan waktu malam di Shanghai yang tertera blok-blok  pangsapuri.

Tidak lama kemudian, berpuluh-puluh suara jeritan meminta makan dan ubat kedengaran  kedengaran dari blok-blok bangunan tersebut. Turut dilihat adalah cahaya lampu sorot yang dinyalakan dari salah sebuah bangunan pangsapuri.

Menurut laporan, sesetengah penduduk  kota raya itu dilarang keluar rumah selama lebih dua minggu walaupun untuk mendapatkan bekalan makanan.

Aplikasi-aplikasi penghantaran makanan turut menunjukkan bahawa kebanyakan kedai telah kehabisan stok sekali gus membuatkan penduduk semakin tertekan dan menderita.

Pada Sabtu lepas, sekumpulan penduduk yang kelaparan dirakam cuba merompak sebuah pasar raya selepas makanan mereka dicatu oleh pemerintah.

Pemerintah China sebelum ini merancang untuk melaksanakan perintah berkurung secara berfasa di  timur dan barat Shanghai bermula 28 Mac lalu.

Namun, pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh bandar raya  itu dan tidak berakhir seperti yang dijualkan pada 5 April lepas ekoran kes yang semakin meningkat.

Sebanyak 26,087 jangkitan Covid-19 dilaporkan di bandar hab kewangan China itu kelmarin sekali gus angka tertinggi yang pernah direkodkan. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ung-lebih-seminggu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 09:14 AM | Show all posts
nk suh berkurung pn biarlah bekalan mkanan ubt2 tu ckup
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:19 AM | Show all posts
gagal rancang, rancangan untuk gagal.

tapi itu la gambaran semasa darurat. harap dijauhkan dari malaysia istilah lockdown lockdown ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
TT dgn @EJALTI tu orang yang sama ke? Bergigihan buat thread sama-sama...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:30 AM | Show all posts
semoga cpt lepas kurungan la semua kt sana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:31 AM | Show all posts
negara lain dah mula aman2 hidup dengan covid  tp depa tak abih2 lockdown...itulah suka sangat makan binatang yg tak tentu hala..penyakit mcm2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sedangkan masa banjir kat sri muda dulu..kat flat masing masing menjerit menangis lapar katanya.sedang kan baru satu malam kena banjir
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:54 AM | Show all posts
ingtkan kat sana dah settle, rupenye ade lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:16 AM | Show all posts
sampai bila ko nak kurung Rakyat ko cam dalam reban ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:30 AM | Show all posts
lama lagi la parcel i sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah bala terlalu taat kepada tolol amri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi.virus baru lagi ke sampai lokdown ni...uiiiii seremmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 lagi dorang dgn polisi zero covid tu. Memang takkan kosong laa
Umah iols je dah 3 kali covid mai ni hah
Takleh nak wat paa dahhh kena hidup gak ngn depa. Letih nak hadap kuarantin jelaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-4-2022 10:30 AM
lama lagi la parcel i sangkut

Iols dah stop order brg dr china sejak shenzen kena lockdown bulan 2 aritu. Tanya dorang still buat penghantaran tp tak berani amik risiko so troli penuh kat shopee tu dibiarkan jelaa tak bawak2 ke cashier lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 12-4-2022 09:54 AM
ingtkan kat sana dah settle, rupenye ade lagi

Kes kat sana tak sebanyak malaysia pun tp dorang punya polisi zero covid tu mmg sampai2 sudah la kena hadap lockdown.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:01 AM | Show all posts
Suchi replied at 12-4-2022 10:54 AM
Kes kat sana tak sebanyak malaysia pun tp dorang punya polisi zero covid tu mmg sampai2 sudah la k ...

kalau buat kat malaysia ni,jgn kata rakyat aje yg lapar, mau negara pun tumbang...
diorg sane xpelah rakyat ramai,negara kaya ape dehal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 12-4-2022 11:01 AM
kalau buat kat malaysia ni,jgn kata rakyat aje yg lapar, mau negara pun tumbang...
diorg sane xpel ...

Masalahnya ketat sgt sampai takleh g kedai, takleh order on9.
Bekalan makanan pun dah makin takde. Tu yg dengarnya sampai ada bunuh diri bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:10 AM | Show all posts
Suchi replied at 12-4-2022 11:06 AM
Masalahnya ketat sgt sampai takleh g kedai, takleh order on9.
Bekalan makanan pun dah makin takde. ...

dah polisi diorg mcm tu kot,
nak bagi zero covid, pasal bekalan makanan dan perubatan tiada masalah kat sana, kalau habis cuma mati je,

kata pendukung teori konspirasi, itu cuma alasan kerajaan mereka nak mengurangkan populasi rakyat mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-4-2022 10:53 AM
Iols dah stop order brg dr china sejak shenzen kena lockdown bulan 2 aritu. Tanya dorang still bua ...

Uols beli apo je?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 12:13 PM | Show all posts
Suchi replied at 12-4-2022 10:53 AM
Iols dah stop order brg dr china sejak shenzen kena lockdown bulan 2 aritu. Tanya dorang still bua ...

i yang sebelum ni ok je..
yang order minggu lepas sangkut sampai hari ni..
shopee bagi notice cakap warehouse closed sebab lockdown..
tapi dari lazada ok pulak..
barang order date yang sama dah sampai sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078613 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list