CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1351|Reply: 6

[Dunia] Pulak dah, 'zombie tanpa kepala' dikesan pengguna Google Maps

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:40 AM | Show all posts |Read mode
BANDAR RAYA NEW YORK – Beberapa pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan melihat imej aneh yang kelihatan seperti seorang manusia memakai sut perlindungan diri tetapi semua anggota badannya termasuk kepala kelihatan halimunan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Imej digelar ‘manusia halimunan’ itu dilihat berdiri di tengah jalan dan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn,  Bandar Raya New York.

Gambar itu dirakam pada Mei 2021, namun baru sahaja dikesan oleh pengguna-pengguna Google Maps baru-baru ini.  

Beberapa imej lain menunjukkan manusia tanpa kepala itu kelihatan seronok menari dan bermain di sekitar kawasan tersebut.

Tiada petunjuk mengenai bagaimana perkara itu boleh berlaku atau identiti individu misteri tersebut, namun satu imej lain memaparkan dia sedang bersandar pada pokok walaupun tangan dan kakinya tidak kelihatan.

Setelah dia hilang dari kawasan itu, seekor camar pula dirakam betul-betul di hadapan kereta Google Maps yang sedang melakukan operasi pemetaan, namun apabila kamera mendekati kawasan itu, imejnya mulai kabur.

Imej-imej itu dimuat naik di laman perkongsian Reddit dengan netizen menggelarnya sebagai watak Hollow Man versi Covid-19. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/04/16/pengguna-google-maps-temui-manusia-halimunan/





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 03:06 PM | Show all posts
apa ingat ni zaman orang masih guna Paint untuk edit2 gambar pelbagai?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu wali-wali Allah tu, sebab tu tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:45 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-4-2022 06:49 PM

Zombi tu tipu sahaja!
Ini baru real punya..hantu pocong di telanjangkan ataupun tengok disini untuk gambar 1080P HD  https://m.youtube.com/watch?v=voJDr9GFpCU

Terus ke minit 16


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:17 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-4-2022 10:45 AM
Zombi tu tipu sahaja!
Ini baru real punya..hantu pocong di telanjangkan ataupun tengok disini u ...

karut ja indon ni...tengok boleh percaya jangan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Zombie kejadah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 11:36 AM | Show all posts
lady gaga kot tu... walk walk fashion baby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.118974 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list