CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5197|Reply: 47

[Jenayah] 4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa Update #48 Dipenjara 15 tahun, 8 sebatan

[Copy link]
Post time 16-4-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LoveSungmin at 26-4-2022 01:00 PM

4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa

KOTA TINGGI – Empat sekeluarga parah ditetak ketika sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua, 50-an, dan dua adik ipar berusia 16 dan 31 tahun dilaporkan parah.

Difahamkan, kesemua mangsa mengalami kecederaan pada leher, kepala, tangan serta badan dipercayai  dilibas menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan kes tersebut pada pukul 8.22 malam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.11 malam apabila secara tiba-tiba, suspek telah mengamuk dan menetak empat orang mangsa yang berada dalam rumah menggunakan parang.

“Kesemua mangsa iaitu isteri, ibu mertua dan dua adik iparnya parah dan telah mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi dan kini dilaporkan stabil.

“Punca kejadian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bernama Mohd. Adi Hashim, 38, beralamat di Felda Air Tawar 3 sedang diburu bagi membantu siasatan.

▶️KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 04:15 PM | Show all posts
Sakit mental ke penetak tu?
Kenapa bulan puasa jer ada jer kes tetak oleh ahli keluarga sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Saspek tu ahli keluarga ke?
Reporter sekarang sume menulis mcm amik google direct translation  drp akhbar cina or tamil..
Ayat memeningkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 16-4-2022 04:22 PM
Saspek tu ahli keluarga ke?
Reporter sekarang sume menulis mcm amik google direct translation  drp a ...

saspek tu suami wanita yang 30an tu.. dia tetak isteri, mak mertua dengan 2 adik ipar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reporter kelas belakang kut tulis berita ni. Susunan cerita buat org confuse. Tulis la awal2 lelaki amuk tetak 4 ahli keluarga dlm rumah waktu tunggu buka puasa. Pastu baru la cerita details cedera kt bhgn mana etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
elok plak cari masa tetak org tgh beramai-ramai berkumpul nak berbuka. sah2 la org tak expect nak tepis lari pun terkujat.ramai sgguh mental tak stabil skrg ni ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2022 05:33 PM | Show all posts
siap ada gambar plate kereta. nice shot.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tikusmontok at 16-4-2022 05:45 PM
LoveSungmin replied at 16-4-2022 04:58 PM
saspek tu suami wanita yang 30an tu.. dia tetak isteri, mak mertua dengan 2 adik ipar..


Dendam apa la gamaknya, takpun kaki dadah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kampung sedili kecil ni aman2 aje tempat tu…
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Babinyaa dah kena tangkap blum
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 06:14 PM | Show all posts
Ramai lak mental sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 16-4-2022 04:58 PM
saspek tu suami wanita yang 30an tu.. dia tetak isteri, mak mertua dengan 2 adik ipar..

Ok tq.. tp da google td..
Kes lain pun byk reporter menulis buat org lg pusing..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat2 nak berbuka
Terok sangat ke lapaunya
Ke tak dapat beli nasi cep arab tu

Gamak ditetak begitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 08:12 PM | Show all posts
dadah. sanggup tarik report sebab family.
dah kena sekali, tak serik. dah kena sampai mati, baru nak kena tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat fb, ada yg komen kot2 bini ka makmertua ka yg duk bebel2...
Tak kira la org duk bebel2 kt ko, akal.letak kt lutut ke sampai nk tetak family sendiri.. Kalau pompuan kena bebel dgn makmertua, tahan je tak de la sampai nk pi kapak mil tu. Kes2 mcm tu menunjukkn yg lelaki bukanlah penyabar sgt mcm di warwarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat pit ke ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-4-2022 08:20 PM
Kat fb, ada yg komen kot2 bini ka makmertua ka yg duk bebel2...
Tak kira la org duk bebel2 kt ko, ak ...

bini mintak beli pape pkai duit kwsp 10k kot
Tp adik ipar pun kne sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki lelaki begini, semoga dihapuskan dari muka bumi. Sama juga dengan lelaki dan perempuan dewasa yang membuli mental fizikal anak anak kecil. Aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 09:36 PM | Show all posts
Orang waras sgtla susah nak tetak2 orang...kena cukup "gila" baru berani buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 09:41 PM | Show all posts
khayal? taik dadah kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.090786 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list