View: 1614|Reply: 4
|
[Tempatan]
Kenderaan berat dilarang guna lebuh raya lima hari
[Copy link]
|
|
Kenderaan berat dilarang guna lebuh raya lima hari
Foto hiasan - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kementerian Pengangkutan dijangka menetapkan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya selama lima hari sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, larangan itu dijangka bermula 30 April hingga 2 Mei serta 7 Mei hingga 8 Mei.
Katanya, larangan berkenaan dijangka diwartakan dalam tempoh terdekat, bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik yang meningkat ketika sambutan Aidilfitri.
"Saya sudah menandatangani warta sama seperti sebelum ini iaitu tiga hari sebelum dan selepas hari raya.
Aidilfitri
"Sekiranya diwartakan, semua pemegang permit terutama kenderaan perdagangan tertakluk kepada peraturan diwartakan.
"Kita ada sistem hebahan bagi memaklumkan larangan ini dan spesifikasi kenderaan berat yang dilarang adalah seperti sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Forest City Golf Resort di sini hari ini.
From: Mary Victoria
https://www.bharian.com.my/berit ... ebuh-raya-lima-hari
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenderaan ringan tapi bawa macam siput pun sila ban sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
betoi... patot kena perkenalkan kelajuan min & max... depa ni punca sesak gak... sesetengah tu, kereta kaa van kaa dah nak roboh pun ada hati bergerak lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Motorhome dikira kenderaan berat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah laaa menyiput, duduk lorong tengah pulak tu
tapi 3 minggu puasa ni aman sikit laa hiway selatan time wiken. duduk lane 3 pun boleh sampai 120, sesekali kena potong kenderaan berat. duduk lane tengah boleh laa 100, tapi rabak mata aku hahahahhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|