View: 3405|Reply: 41
|
[Dunia]
Bengang kapal perang karam, media Rusia umum 'Perang Dunia Ke 3' sudah bermula
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 17-4-2022 03:09 PM
MOSCOW – Stesen televisyen tempatan Rusia, Rossiya 1 melaporkan bahawa Perang Dunia Ketiga sudah bermula selepas tentera Ukraine mendakwa menenggelamkan kapal perang utama Kremlin, Moskva, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Penyampai berita Rossiya 1, Olga Skabeyeva yang mempertahankan pendirian Kementerian Pertahanan Rusia bahawa Moskva karam kerana mengalami kebakaran dan bukan terkena bedilan peluru berpandu, sebaliknya menyalahkan Ukraine berhubung insiden tersebut.
Skabeyeva mengeluarkan kenyataan bahawa situasi semasa sudah boleh ‘dianggap’ sebagai permulaan Perang Dunia Ketiga memandangkan peningkatan pertempuran di Ukraine.
“Saya mahu memberi amaran kepada semua rakyat Rusia. Kita sudah mula berperang. Bukan sahaja dengan Ukraine tetapi juga terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ,” katanya.
Skabeyeva disertai oleh beberapa pakar peperangan yang bersetuju dengan pendapatnya bahawa tenggelamnya kapal Moskva menjadi punca untuk memulakan perang pada skala 100 peratus.
“Tiada apa lagi yang perlu dikatakan, Rusia mesti bertindak balas ke atas apa yang berlaku kepada Moskva,” tegas seorang pakar tersebut.
Mereka memberi bayangan menggesa Presiden Vladimir Putin untuk menggunakan bom nuklear ke atas Kiev bagi menamatkan penentangan Ukraine.
Hos rancangan televisyen Rusia lain, Olesya Loseva pula memberitahu penonton bahawa Barat percaya Rusia adalah sebuah negara yang tidak layak berada di peta dunia dan rakyat Rusia perlu dihapuskan dari muka bumi, beberapa jam selepas Moskva disahkan tenggelam .
Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin berjanji untuk meningkatkan serangan peluru berpandu ke atas ibu negara Ukraine itu sebagai tindak balas terhadap kehilangan kapal perang simbolik Moscow di Laut Hitam.
Ancaman serangan lebih intensif ke atas Kiev itu dibuat selepas Rusia menuduh Ukraine mencederakan tujuh orang awam dan merosakkan kira-kira 100 bangunan kediaman dalam serangan udara ke atas Bryansk.
Bryansk adalah rantau Rusia yang terletak dekat sempadan Ukraine.
Pihak berkuasa kawasan sempadan Rusia yang lain juga melaporkan serangan tentera Ukraine.
“Jumlah dan skala serangan peluru berpandu ke atas Kiev akan dipertingkatkan sebagai tindak balas terhadap rejim nasionalis Ukraine yang melakukan serangan keganasan ke wilayah Rusia,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2022/04/17/perang-dunia-ketiga-didakwa-sudah-bermula/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok dek. Bagi akak minum champagne dulu dek. |
|
|
|
|
|
|
|
perang betul2 la serang negara si biden jgn pulak kau serang negara yg tkde kaitan |
|
|
|
|
|
|
|
perang la sekor diri...koser |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni semua bodoh...Russia dan Ukraine saling nk tunjuk sapa kuat ..yg hancur ialah rakyat dan negara sendiri...pedulikanla provokasi dari negara2/ pihak lain..
Negara2 yg bertepuk tangan menyokong / provokasi pada kedua2 negara yg berperang ni juga bodoh...kesan dari perang secara x langsung juga bg kesan economi pada dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuklear. Bila lagi dpt tgok nuklear digunakan. Bila lgi nl tgok abam celoreng beraksi |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 16-4-2022 07:59 PM
Nuklear. Bila lagi dpt tgok nuklear digunakan. Bila lgi nl tgok abam celoreng beraksi
Kenapa tidak join sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak tau beranak jer...ank tak jaga,ank tak didik betul...'asyik nak bunuh orng jer'... |
|
|
|
|
|
|
|
yup... diorang lupa economic domino effect...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 17-4-2022 12:12 PM
Nnoor2 replied at 17-4-2022 11:40 AM
Dalam kes ni semua bodoh...Russia dan Ukraine saling nk tunjuk sapa kuat ..yg hancur ialah rakyat da ...
mak bapak drng ni jenis tau beranak jer....tak jaga,tak didik betul2 ank drng tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak punya pasal. Kalau takde hasil sapa pun tak heran cam Bosnia dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik bukan siputin yang cakap... tapi kenapa tv presenter yang cakap, boleh ker dia cakap mcm tu dalam tv, memang wakil jurucakap kerajaan kah?
...tapi kalau putin yang cakap memang betullah tu akan perang dunia ke 3. perang ni nanti tak ada yang akan rasa selamat sudah kerana ianya melibatkan nato ... dan mungkin selepas itu melibatkan china dan korea utara... aku rasa akan ada kemungkinan india berpihak kepada russia bila keadaan mendesak
Masa perang ini china juga akan ambil kesempatan serang taiwan dan tawan semua kawasan yang dipertikaikan, yang mana ini akan menyebabkan us dan barat campur tangan, bila ini berlaku china akan hancurkan jepun dulu, yang suatu ketika dulu musuh yang banyak bunuh dan buat kekejaman kepada rakyat china... korea utara mungkin akan ambil peluang serang korea selatan yang akan dipertahankan oleh barat...
.. jadi tak ada istilah kita tak susah.. mungkin juga boleh escalate yang mana kita pun terlibat walaupun pada mulanya mengambil pendekatan berkecuali, akan mungkin juga terjadi ada insiden2 yang tak disngka spt tempat kita jadik medan pertempuran atau jadik pengkalan tentera barat..
orang gila saja yang mahu perang ke3 berlaku... cuba tengok ukraine hancur lebur negaranya kerana jadi medan pertempuran,, manusia bergelimpangan mati rumah-rumah kedai bangunan hancur .. akhirnya tak ada guna siapa yang menang pun.. hidup jadik sangat susah selepas itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 17-4-2022 12:06 PM
Kenapa tidak join sekali?
Da perang dunia ketiga mgkin aku boleh join |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 17-4-2022 12:50 PM
nasib baik bukan siputin yang cakap... tapi kenapa tv presenter yang cakap, boleh ker dia cakap mcm ...
Tak sabarnya. Huhu . Nukllear nuklear |
|
|
|
|
|
|
|
Apelah suka sgt perang2 ni… kesannya nti kt penduduk, org awam… yg berkuasa semua tetap senang lenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak melayan org gila Putin sama level ja dgn si North Korea sewel attention seeker tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ke idok perang donia nih
Macik nak buat bajet ekonomi keluarga dan kucing |
|
|
|
|
|
|
|
adoi gilanya sape mengharap ww3...silap2 datang bukak gelanggang kat sini tapi kalau tak perang pon kita semua bakalan mati gak jd takde beza sangat sebenarnya, yg tak mati tu yg merana lepas perang nak bina balik kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
pakai gelang emas ala dato vida la warga felda nanti..harga minyak sawit naik mendadak |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 17-4-2022 01:14 PM
Tak sabarnya. Huhu . Nukllear nuklear
aku nak bunuh jiran2 aku
bekas ran tempat.keja
orang orang obesiti
dan famili yg anak ramai |
|
|
|
|
|
|
| |
|