View: 2120|Reply: 8
|
[Tempatan]
Peguam 'gila publisiti' rompak selebriti 900 ribu. Kenal tak?
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 18-4-2022 11:30 PM
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial perihal ‘peguam’ yang dikatakan mengeluarkan beberapa info berkenaan ‘isu dalaman’ tentang salah satu kes yang sedang hebat diperkataan.
Peguam tersebut juga telah menjadi salah seorang wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman ramai lebih-lebih lagi tindakannya mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial serta dipercayai ‘koyak’ setelah dihentam netizen.
Nak saman sampai RM900k?
Disebabkan wajahnya kerap ‘lalu lalang’ di hampir semua media sosial ketika ini, selebriti terkenal, Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra disapa Abil telah membuka cerita perihal dirinya yang pernah mempunyai ‘urusan’ dengan peguam wanita terbabit.
Dalam luahannya di Twitter, pengacara Melodi itu mendakwa peguam tersebut adalah individu yang mahu menyamannya sehingga mencecah RM900,000 beberapa bulan lepas.
Tak tahu kena saman, tapi media dah tahu. Rupa-rupanya…
Tambah Abil lagi, ketika itu dia sama sekali tidak mengenali peguam berkenaan dan tidak tahu dirinya akan disaman kerana kenyataan tersebut hanya diketahui menerusi media.
Menurutnya, dia pelik mengapa pihak media mengetahui terlebih dahulu berbanding dirinya kerana dia adalah individu yang ingin disaman.
Rupanya, peguam berkenaan dipercayai menghantar kenyataan bahawa selebriti itu akan disaman kepada media terlebih dahulu daripada mengirimkan surat saman itu kepadanya.
Anak kepada rocker terkenal Amy Search itu juga turut mendedahkan bukti mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapakah yang memberikan kenyataan berhubung isu saman menyaman ini kerana dia sendiri tidak mengetahui perkara berkenaan.
Terus tanya pihak media
Anak kepada rocker terkenal Amy Search itu juga turut mendedahkan bukti mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapakah yang memberikan kenyataan berhubung isu saman menyaman ini kerana dia sendiri tidak mengetahui perkara berkenaan.
Bukan nak burukkan keadaan, cuma rimas balik2 muka dia
Walau bagaimanapun, Abil sama sekali tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan namun sekadar meluahkan rasa ‘rimas’ apabila wajah peguam tersebut kerap kali muncul di timeline media sosialnya.
Tambahnya, dia berasa trauma dengan episod hitam yang dilalui tempoh hari kerana merasakan individu tersebut cuba menabur pasir ke periuk nasinya serta mahu ‘merompak’ hasil kerja kerasnya dengan melayangkan saman secara tiba-tiba.
Dah2 la cari publisiti
Justeru itu, Nabila Huda sempat menitipkan pesan supaya berhentilah mencari populariti dengan cara murah kerana menjadi terkenal bukan sesuatu yang mudah.
Dia turut menegaskan sekali lagi yang pendedahan tersebut bukan berniat untuk menambah beban ke atas peguam tersebut tetapi memintanya untuk muhasabah diri supaya tidak mengejar hidup mewah dengan cara mudah.
Dia memang suka publisiti kot
Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet mengakui perasan akan sosok peguam terbabit. Mereka juga turut mengeluarkan pendapat masing-masing dan kebanyakan daripada mereka menyedari yang peguam itu memang selalu mengambil kes berkaitan selebriti serta kontroversi.
Dia juga aktif di media sosial berkongsi perihal-perihal kes yang sedang dikendali dan baru-baru ini dilihat sedikit ‘koyak’ selepas tindakannya bergambar bersama OKT mendapat kecaman ramai.
Kes terdahulu Nabila Huda..
Nabila Huda dituntut bayar RM900,000 serta mohon maaf, aktivis tanggung malu gara-gara dituduh rembat barang mangsa banjir tindakan pelakon Nabil Huda mendakwa seorang wanita menyalah guna barang-barang mangsa banjir, aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap aktres itu.
Pada 25 Disember lalu, Nabila berkongsi hantaran di media sosial mendakwa Fatimah mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai.
https://khabar24media.com/2022/04/18/peguam-tu-mmg-nak-publlll/?fbclid=IwAR2-nbbnMXL72ZwWqelhuDGNlBLVN_sPh8GGwFbyWv189Dy2UiEC-f95feU
|
|
|
|
|
|
|
|
so, dia proceed saman ke tak? tu je skarang netizen nak tau, ye la alang-alang Abil dah bukak cerita kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Style dia mmg mcm tu panggil berita dulu..
Dgn kes awal n nz carpenter tu pun sama..
Mungkin dia nak bg korg rasa intimidated kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Scammer menyamar LHDN tersenyum sinis…. |
|
|
|
|
|
|
|
BateriKOng replied at 18-4-2022 02:01 PM
abil tu sape
Soalan serius ke ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Serious la??? Dah baca karangan kat atas pon still tanya Abil tu siapa
|
|
|
|
|
|
|
|
Closed...bukan Isu Semasa....boleh post di Gosip Tempatan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|