CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 3

PU Syed Kena 'Blok' Sebab Scammer Tak Tahan Kena Bahan

[Copy link]
Post time 18-4-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Scammer semakin giat beroperasi mencari mangsa seterusnya untuk kesenangan diri dengan cara pintas, kali ini giliran pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menjadi sasaran scammer.




Kredit foto: IG PU Syed




Menerusi perkongsian di Instagramnya, PU Syed memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama scammer.


Pendakwah bebas yang mendapat mesej dari nombor tidak dikenali itu pada mulanya menyangkakan nombor yang tertera pada mesej tersebut adalah rakannya berdasarkan gambar profil yang terpampang di WhatsApp.


Namun, setelah berinteraksi, pendakwah ini pasti individu tersebut bukan rakannya, tetapi scammer.


Untuk 'mengenakan' semula scammer tersebut, PU Syed menghantar foto resit bank dengan tulisan tangan sebagai bukti sudah membuat transaksi wang ke dalam akaun scammer tersebut.

“Ya pres. Tukaq nombor ka.” – Tanya PU Syed



“Ya Syed. Sibuk tak?” – Jawab scammer



“Awat.” Tanya PU Syed



“Ada nak minta tolong dekat hang ni.” Jawab scammer



“Apa tu. Boleh saja ustaz. Ambe di luar ni.” Jawab PU Syed



“Urgent sangat.” Jawab scammer



“Boleh.” Jawab PU Syed



“600520020101019 ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL. ALLIANCE BANK.” Mesej scammer



“Ok ustaz.” Jawab PU Syed



“In sha Allah malam ni bayar balik Syed.” Mesej scammer



“Ni akaun siapa ni ustaz.” Tanya PU Syed



“Maaf menyusahkan Syed.” Mesej scammer



“Ustaz Abdul Rahman tu ke.” Tanya PU Syed



“Ya, hari tu ada guna duit dia. Tolong ya Syed.” Mesej scammer



“Baik-baik nanti kirim salam dekat dia ustaz ya. Sekejap.. Ambe parking kereta kejap.. Tengah memandu..” Jawab PU Syed



“In sha allah Syed. Allahu Syed. Maaf menyusahkan” Mesej scammer



“Kejap ustaz.” Jawab PU Syed



“Ya Syed.” Mesej scammer



“Ramai lah pula orang di bank ni.. Bagi masa kejap ya. Maybank silibin. Ok comfirm ya.” Mesej PU Syed



“Ya syed.” Mesej scammer



“Kejap.. Seorang lagi depan ambe ni.” Jawab PU Syed



“Baik Syed. Terima kasih sangat-sangat Syed.” Mesej scammer



“Tak ada masalah ustaz.. Kali ni ambe tolong. (Gambar resit tulisan tangan)” Mesej PU Syed.











Setelah memuat naik tangkap layar perbualan mesej tersebut, pendakwah ini berpesan kepada orang ramai agar menyimpan nombor telefon scammer yang terdapat pada mesej perbualan tersebut bagi mengelak dari menjadi mangsa sindiket wang seterusnya.


Melihat perkongsian pendakwah terkenal ini, ramai terhibur dengan caranya mengenakan semula scammer tersebut.








Melihat ada yang bertanya apa yang berlaku setelah pendakwah ini menghantar gambar resit tersebut, PU Syed mengatakan scammer tersebut block nombor telefonnya.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 04:34 PM | Show all posts
ni ostak yg menyetankan org tu ke ? bts tak silap ? iols igt2 lupa lah byak lobai2 dan lobainita jadian tak bertauliah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix: ni ostak yg menyetankan org tu ...

Bukan..itu PU..yang ni dai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Terhibur apa nye?
Membuang masa adalah..
Kalau i block je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047034 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list