CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1517|Reply: 5

[Tempatan] Hadir kes bicara adik Bella, Dr. Malar pelik- “Anak2 peguam memang tak pernah nangis ke?”

[Copy link]
Post time 18-4-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-4-2022 06:19 PM

Jika semalam, penyanyi Fynn Jamal hadir untuk mendengar prosiding kes adik Bella, hari ini tiba giliran Dr Malar Santhi Santherasegapan.

Dr. Malar memaklumkan di laman Facebook miliknya, sejak kes tersebut tular, dia tidak pernah komen malah melihat video penderaan yang dilakukan oleh Siti Bainun kepada Bella.

Namun, pada hari ini dia sendiri mengambil inisiatif untuk hadir dan dengar sendiri sebelum berkongsi sinopsis perbicaraan mengikut versi Celoteh Dr. Malar.

Sejak kes ni viral, sy tak pernah komen/cakap/post apa apa pasal isu ini…tak pernah langsung. Malah sy tak pernah pun tgk video Bella yg viral ketika ditemui itu, sy tak boleh, tak sanggup…

Namun, saya amek inisiatif untuk hadir sendiri ke perbicaraan dan dengar sendiri. Dan ni sy kongsikan sinopsis perbicaraan versi Celoteh Dr Malar

Peguam Asiah Jalil : Bilik laundry tu ada tingkap kan?

Saksi : Ye ada

Peguam : Kalau bukak tingkap, boleh lah dengar anak jiran menangis kan?


Saksi : Iya

Peguam : Tapi 4 bulan Bella didera, takde sorang pun jiran dengar Bella menangis

Saksi : Tak pasti

Peguam : 4 bulan Bella didera, takde sorang pun jiran buat report polis

Saksi : Saya tak pasti

**Malar dalam hati : Kalau setiap kali anak jiran menangis, si jiran pi buat report polis, semua mak kat Malaysia ni akan meringkuk dalam penjara, tau takk??

Rumah yg ada kanak², mmg lah akan dengar bunyi menangis hampir hari hari. Lagipun rumah bonda tu mmg ramai budak kan, banyak baby, macam mana jiran nak kenal yg mana satu menangis sbb lapar, sbb bergaduh, sbb didera… Isshhh.. jiran sy buat report polis tak nih, anak² sy memang menangis setiap hari pun..hadooiii

Peguam No 2 : Saksi, awak ingat tak waktu awak mula mula tinggal di rumah bonda, SB ada bibik

Saksi : Iya

Peguam : Bibik ni lah yang jaga anak² SB kan?

Saksi : Iya

Peguam : Maksudnya awak menipu lah bila awak kata awak jaga anak² SB? Sebab sebenarnya Bibik lah yg jaga kan?

Saksi : Tak setuju

**Malar dalam hati : Hoooiii!! Kalau ada bibik, maksudnya dia tak jaga ke? Saya pun ada bibik, maksudnya saya tak jaga anak² sy ke??

Saya ada bibik fulltime,tapi yang menjaga anak² sy adalah mak saya, adik saya, suami dan saya sendiri. Bibik tu tolong tolong tengokkan je.. Ehh peguam ni tahu tak apa maksud “jaga anak”? Suka suka hati dia je label saksi tu penipu atas sebab yang tak munasabah langsung(pada pendapat saya).

*****
Banyak lagi yang diperkatakan dan dipersoalkan dalam ruang mahkamah tu yang saya rasa sangaaaaattt ridiculous.

Mungkin sebagai rakyat biasa, yang kurang arif tentang selok belok perundangan, saya tak faham motif peguam yang bertanyakan soalan soalan sebegitu.

Namun sebagai seorang ibu, hati saya luluh, pilu tak terkata!!

Mewakili ibu ibu di Malaysia yang sangat terkesan dengan kes ini, sy memohon team pendakwaraya, peguambela dan hakim kes ini untuk bukak pintu hati dan tolonglah tegakkan kebenaran dan keadilan

Coretan ikhlas oleh,
Malar Santhi Santherasegapan,
Ibu kepada 2 orang anak.

#justiceforbella
#celotehdrmalar

Sumber fb DR Malar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko tak jilat bontot muntri & jadi spokeperson faaksin aku sokong je ape cakap ko.  Itu tamby mati lepas cucok lu ade pigi tengok ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Camtu la perbicaraan. Sapa paling terer twist, dia menang. Korang tengok la, kes Bella ni macam kes Zulfarhan dan Adib ja nanti keputusannya. Bikin sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bila rasa 'tak adil' kang..buat la PETISYEN.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh menyirapnye la aku.  Lawyer tu pun ada 10 anak. Anak2 dia xmenangis la kot kan smpi jiran2 xdgr? Puiii. Ishk aku mls nak marah bln2 puasa ni. Ya Allah sabarkan lah hatiku ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 18-4-2022 08:14 PM
Eh menyirapnye la aku.  Lawyer tu pun ada 10 anak. Anak2 dia xmenangis la kot kan smpi jiran2 xdgr?  ...

udah dia kat mahkamah tu jd...lawyer...kok jd..ibu...'rosak la sistem'...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055125 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list