CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2206|Reply: 30

[Tempatan] NUTP ulangi statement 10,000 guru mohon bersara awal suatu yg membimbangkan

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode
‘Trend mengejut’ guru bersara awal membimbangkan, kata NUTP
K. Parkaran 18 hrs ago


PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bimbang sekiranya tiada tindakan diambil bagi membendung masalah guru bersara awal yang dilihat semakin meningkat.

Kesatuan itu memaklumkan, dianggarkan lebih 10,000 guru menghantar permohonan bersara awal setiap tahun sejak beberapa tahun lalu. Jumlah berkenaan menyamai kadar guru bersara wajib.

“Kita tidak pasti dengan angka sebenarnya, tetapi kami telah memintanya daripada Kementerian Pendidikan. Berdasarkan laporan dari seluruh negara, sebahagiannya berusia awal atau pertengahan usia 50-an. Ini adalah trend membimbangkan kerana negara kehilangan guru berpengalaman,” kata Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan kepada FMT.

Beliau mengakui bahawa pandemik Covid-19 mungkin menyumbang kepada trend itu, selain keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang meningkat, ditambah dengan tanggungjawab bukan mengajar yang membebankan guru.

“Mereka sukar untuk menghadapinya,” katanya.

Wang berkata, sambungan internet lemah juga menyumbang kepada masalah lalu memberi tekanan kepada guru kerana ia bukan sahaja mengganggu pengajaran, malah menyebabkan banyak kerungsingan memandangkan sesetengah ibu bapa juga mencetuskan tekanan.

“Ramai mengatakan mereka bimbang dengan kesihatan mental dan fizikal dan lebih rela mengadakan kelas tuisyen kerana ia dapat mengurangkan beban bukan mengajar dan memberikan banyak masa untuk bersama keluarga,” katanya.

Menurutnya, langkah menggantikan guru terbabit dengan graduan baharu tidak akan menyelesaikan masalah itu dengan segera memandangkan mereka perlu menyesuaikan diri dalam sistem terlebih dulu sebelum mampu menggalas tanggungjawab sebagai guru yang memiliki kecekapan.

Katanya, satu-satunya penyelesaiannya ialah dengan menempatkan pembantu guru di sekolah bagi mengurangkan beban guru sekali gus membolehkan mereka terus kekal dalam perkhidmatan.

“Kementerian Pendidikan telah mencubanya pada 2019 dengan mengambil kira-kira 10,000 (pembantu guru) secara kontrak menerusi projek perintis di Kedah, Sabah dan Melaka. Berdasarkan maklum balas ahli, ia amat berjaya. Saya percaya ia diberhentikan kerana kurangnya dana,” katanya.

Katanya, kementerian harus mempertimbangkan untuk melaksanakannya semula.

Bulan lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, kementerian meneliti punca ramai guru memilih untuk bersara awal.

“Kita akan melihat perkara ini dengan teliti, bukan hanya berdasarkan jumlah (guru), tetapi perincian lain juga. Kita akan kongsikan keputusan mengenai perkara ini nanti,” katanya.

sumber: Free Malaysia Today

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 12:52 PM | Show all posts
Apa yg bimbang sgt ehh...cikgu2 yg pilih bersara awal tu memasing duk kira duit gratuity plus pencen.siap plan nak berbisnes kee nak ajar tuisyen.bukan gile sebab keje pun.Nutp amiklahh graduan pendidikan yg belonggok tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Helokla bersara awal.. Bagi peluang pada cikgu2x muda belia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:00 PM | Show all posts
tkde duit nak byr gratuti ke.. atau mcm tak berbaloi baloi nk byr pencen bulan2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 19-4-2022 12:52 PM
Apa yg bimbang sgt ehh...cikgu2 yg pilih bersara awal tu memasing duk kira duit gratuity plus pencen ...

My fren sampai skrg tak dipanggil..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni dari sblom msok kjer. Da dipanggil kjer. Nk bersara pon ada seribu satu masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
@Buritan salah sorang . Tapi kan katanya byk anak muda dah grad tkde keje. Panggil interview selesai masalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu-cikgu tu dah ade income lain. Cer tgk cikgu mcm cikgu fadhil la,cikgu tiktok la,cikgu jual kosmetik timbang kilo tak bayar cukai tu. Lgpun pencen cuma akan dpt umur 55thn,bagus gak diorg ni pencen awal,kurang skit duit pencen nk dibayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 03:20 PM | Show all posts
patutnya kerjaya cikgu , umo 50 tahun bersara wajib je lar
bagi yg muda masuk plak

ni keje betahun, graduan cikgu baru nganggur

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh biorla dioeang pencen awal.. dr menyusahkan org.. ramai anak2 muda perlu kerja...

For me kalau dh berpengalaman baik buat private teaching aja.. flexible la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 19-4-2022 03:20 PM
patutnya kerjaya cikgu , umo 50 tahun bersara wajib je lar
bagi yg muda masuk plak


kannnn..i pun rasa jawatan cikgu ni elok la setakat umo 50-53 je..dahlah jenuh nak mengadap perangai budak2 n parents zaman skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sbg cgu senior, aku rasa cgu muda yg baru posting sama ada one off atau interim ni mcm kurang jiwa lah.
kursus tk cukup ke knapa ya..
contoh mudah. tk dtg ngajar sbb kuarantin kontak rapat. tp boleh pulak balik kampung nun di kelantan.
payah nk tegur jd kita pun malas nk amik tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:28 PM | Show all posts
Meiizu replied at 19-4-2022 12:52 PM
Apa yg bimbang sgt ehh...cikgu2 yg pilih bersara awal tu memasing duk kira duit gratuity plus pencen ...

Itulah maybe dorg dah ada plan kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 19-4-2022 02:22 PM
@Buritan salah sorang . Tapi kan katanya byk anak muda dah grad tkde keje. Panggil interview selesai ...

Bg ajelaaa pencen.. amik ckgu baru.. masa aku pencen hari tuu pengetua siap sound jgn tulis reason sbb terbeban.. tuliss benda lain.. kalo tulihh terbeban dia tak mo sign..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 19-4-2022 04:49 PM
kannnn..i pun rasa jawatan cikgu ni elok la setakat umo 50-53 je..dahlah jenuh nak mengadap perang ...

Kak ipar aku ckgu pakar pun pencen umo 50.. tak larat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni sekolah penuh la dgn cikgu2 generasi tiktok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
@chazey @dua_chzy tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cousin aku & hubby dua2 amik pencen awal tak silap mid year ni kira last mengajar. Both umur dlm mid 50s. Both ada partnership dgn family depa in food biz & doing quite well. Depa bersara awal sbb nak rest & focus on other things after 30 yrs++ of teaching.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-4-2022 09:16 PM
@chazey @dua_chzy tersenyum sinis

Brsepah je staff gomen brhenti tk amek pencen tkde pon bsing2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 10:44 PM | Show all posts
Adik kaka antara nak pencen awal ni
banyak kali tolak jawatan dia ni, last sekali dengan surat tunjuk sebab
terpaksa lah terima jawatan pkhem, dalam minggu pertama masuk icu sebab tekanan darah  naik mendadak
stress katanya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076353 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list