View: 668|Reply: 8
|
[Tempatan]
Petugas khas digerakkan untuk selesai kesesakan Tambak Johor. RTS dan HSR tersenyum sinis.
[Copy link]
|
|
https://www.bharian.com.my/berit ... esakan-tambak-johor
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menggerakkan pasukan Task Force bagi mencari penyelesaian kesesakan di tambak Johor yang kerap berlaku terutama ketika hujung minggu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia adalah penyelesaian jangka pendek sementara Projek Sistem Transit Rapid (RTS) siap menjelang 2026.
Beliau berkata, sistem pengangkutan moden ini yang bakal siap pada tahun 2026 dapat menangani masalah kesesakan yang sering berlaku di tambak Johor.
"Saya turut yakin apabila projek RTS siap kelak ia akan membawa limpahan ekonomi yang besar kepada rakyat dan negeri Johor khususnya di Johor Bahru," katanya.
Beliau berkesempatan melawat tapak projek Rapid Transit System (RTS) Singapura-Johor Bahru Link Woodlands North Terminus bersama-sama Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran.
Terdahulu, Onn Hafiz melakukan kunjungan hormat ke Singapura.
Beliau disambut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Onn Hafiz berkata, banyak perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan, antaranya bagaimana Johor boleh meningkatkan kerjasama dengan Singapura.
"Kami turut berbincang tentang ekonomi, infrastruktur, dan golongan belia.
"Hubungan erat Johor dan Singapura memang terjalin sejak sekian lama, semoga hubungan ini dapat dieratkan lagi demi kebaikan rakyat Johor dan Singapura," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Keghairahan meluap luap dlm menggalas tugas baru.....
Kita tengok siapa yg kena
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan rakyat buang masa, tenaga dan minyak hari-hari redah jem.
Jadi terpaksa cepat buat tindakan.
Menifesto kata nak sediakan sejuta pekerjaan jadi tak perlulah lagi RTS/HSR ni semua kerja di Malaysia lagi best.
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman replied at 20-4-2022 09:14 AM
Kasihan rakyat buang masa, tenaga dan minyak hari-hari redah jem.
Jadi terpaksa cepat buat tindak ...
60 tahun kita merdeka, PM dah berapa kali bertukar ganti? Menteri besar dah berapa kali lompat2?
JEM TETAAAAAAAAAAAAAAAP JEM....
Podahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sempadan antarabangsa ni bawah kuasa persekutuan.
Dan jika nak buat link yang baru kena persetujuan dan komitmen kedua-dua negara baru boleh buka.
Dalam masa 60 tahun baru ada buat link kedua sebagai jalan alternatif.
Sebelum COVID ruang udara KL-Singapura merupakan laluan paling sibuk dalam dunia.
Untuk atasi jem memang tiada penyelesaian yang paling baik iaitu pengangkutan rel.
Sebab itu RTS dan HSR ini dicadangkan dan kedua-dua negara pun dah bersetuju untuk buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman replied at 20-4-2022 09:26 AM
Sempadan antarabangsa ni bawah kuasa persekutuan.
Dan jika nak buat link yang baru kena persetuju ...
Trust me...you will not get to see KELANCARAN in your lifetime.....
Selagi kerajaan kita yg prinsipnya...U TURN, 3 POINT TURN, RIGHT LEFT TURN...
AND ROUNDABOUT....
Ikhtizam besar....perlaksanaan zilch......sibukkheun tembolok sendiri...rakyat can always wait......kata depa |
|
|
|
|
|
|
|
Bermula dengan Pak Lah wujud budaya cancelkan dan u turn projek PM sebelumnya.
Sepatutnya teruskan sahaja projek Landasan Berkembar dan Jambatan Bengkok yang telahpun berjalan.
Ini bila tukar PM baru U turn tak pasal2 kena bayar ganti rugi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman replied at 20-4-2022 09:40 AM
Bermula dengan Pak Lah wujud budaya cancelkan dan u turn projek PM sebelumnya.
Sepatutnya teruska ...
Pasal membazirkheun duit rakyat ...memang tidak ada yg boleh celen kerajaan kita......tapi pada masa yg sama...harta bonus mereka sendiri tak terluak.....perancangan pembanguan serta perlaksanaan utk negara macam tahik
Nak carutkheun bulan posa pulak kheunz? |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada dulu lagi kita dengar. Buat jambatan pulau pinang membazir, buat highway membazir, landasan berkembar membazir. tapi tengok hujung minggu dan musim perayaan, penuh penggunanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|