CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4739|Reply: 22

[Tempatan] Peguam Team #JusticeForBella Dedah Lapan ‘Serangan’ Team Siti Bainun

[Copy link]
Post time 21-4-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-4-2022 12:27 AM

Hari ini kes perbicaraan adik Bella diteruskan lagi dan majoriti rakyat Malaysia berdoa agar kemenangan berpihak kepada team #justiceforbella.

Hal ini demikian kerana salah seorang peguam daripada team #justiceforbella, Mahmud Jumaat mendedahkan team Siti Bainun banyak membuat ‘serangan’.

Dalam tempoh 10 bulan team #justiceforbella berjuang demi keadilan terhadap adik Bella, diakui banyak dugaan serta cabaran yang terpaksa dihadapi.

“Pihak di sebelah sana (team Siti Bainun) dilihat sangat aggresif dan meneliti setiap tingkah laku team #justiceforbella.

“Pantang ada peluang sikit disaman, pantang sikit surat tuntutan, pantang sikit repot polis dan pantang sikit akan mengadu perkara tersebut kepada pihak mahkamah untuk diambil tindakan,” ujarnya.

Mahmud berkata demikian dalam satu perkongsiannya menerusi Facebook dan pendedahannya mengenai ‘serangan’ daripada team Siti Bainun agak mengejutkan.

(1) Laporan polis pernah dibuat ke atas Aliff Ahmad oleh peguambela tertuduh atas kenyataan beliau berkenaan dengan kes ini. Saya (Mahmud Jumaat) sendiri telah menemani Aliff Ahmad ke Balai Polis untuk memberi keterangan. Alhamdulillah, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berpuas hati dengan keterangan beliau dan bersetuju bahawa laporan polis tersebut adalah tidak berasas dan tiada unsur jenayah.

(2) Laporan polis juga pernah dibuat ke atas Mona Din, Aliff Ahmad (sekali lagi) dan Fdaus Ahmad kerana meviralkan gambar Bella dalam media sosial. Alhamdulillah hingga ke hari ini, tiada pertuduhan dibuat ke atas mereka.

(3) Mona Din dan Zurianty Sudin pernah menerima surat tuntutan daripada peguambela tertuduh akibat perbuatan meviralkan kes Bella dalam media sosial namun perjuangan tetap diteruskan.

(4) Mona Din dan Aliff Ahmad telah menerima surat notis tunjuk sebab dari peguamcara tertuduh mengkehendaki mereka memberi penjelasan mengapa mereka tidak patut dikomitkan ke penjara atau denda kerana tindakan penghinaan terhadap mahkamah;

(5) Mona Din dan Alif Ahmad juga telah dihadapkan ke mahkamah bagi mendengar permohonan komital tertuduh kerana dituduh menghina mahkamah (subjudise) di Mahkamah Sesyen disebabkan kononnya telah membuat terbitan yang mengganggu pentadbiran keadilan dan menghina Mahkamah.


Aliff Ahmad pernah berkata kepada saya, “Mud, aku masuk penjara pun tak ada hal ah kalau ini adalah pengorbanan yang aku perlu bayar kerana berjuang untuk adik Bella.

Jawab saya (Mahmud Jumaat), “Dont worry bro i have your back. Allah SWT bersama orang yang teranaiya. Ko relax jer”.

Alhamdulillah permohonan komital tersebut telah ditolak selepas mendengar hujahan bertulis berlandaskan kepada afidavit jawapan yang difailkan oleh firma guaman saya Tetuan Emir Mahmud & Co mewakili Aliff Ahmad dan Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co mewakili Mona Din, Mahkamah memutuskan kenyataan tersebut tidak dikira sebagai sub-judice atau menghina mahkamah.

(6) Pihak Aliff Ahmad yang diwakili oleh Tetuan Emir Mahmud & Co dan Co-counsel Bani Prakash telah disaman fitnah oleh dua orang peguambela-peguambela tertuduh kerana kononnya telah memfitnah mereka dan kes ini masih dalam perbicaraan.

(7) Dalam tindakan saman fitnah yang sama, pihak peguambela-peguambela tertuduh tersebut juga telah membuat permohonan injunsi antaranya untuk menghalang Aliff Ahmad daripada membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah tentang peguambela mereka.

Alhamdulillah pihak Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah berpuas hati dengan hujahan pihak kami dan menolak permohonan injunsi peguambela tertuduh tersebut dengan kos sebanyak RM8k yang perlu dibayar oleh peguambela-peguambela Tertuduh kepada Aliff Ahmad.

(8) Pada jumaat lepas, sebaik sahaja pihak Mona Din telah secara khilaf menangkap gambar dalam mahkamah sebelum prosiding belum bermula, pihak peguambela-peguambela tertuduh telah dengan pantas membuat aduan kepada mahkamah untuk menegur tindakan Mona Din.

Dengan lapan tindakan peguambela-peguambela Tertuduh, saya percaya, pihak peguambela-peguambela tertuduh telah menjalankan amanah mereka dengan cemerlang dalam melindungi kepentingan anakguamnya (walaupun dikatakan perkhidmatan guaman tersebut diberikan dengan percuma!).

Besar harapan team #justiceforbella agar pihak pendakwaraya untuk melakukan perkara yang sama dalam melindungi kepentingan saksi-saksi dan juga mangsa dalam kes ini.

Kami rakyat Malaysia ingin melihat apakah tindakan pendakwaraya terhadap tindakan peguambela Tertuduh yang memviralkan soal jawab ketika sesi pemeriksaan balas dalam mahkamah memandangkan ianya jelas adalah satu tindakan subjudice dan menghina mahkamah.

Sumber suaramerdeka




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
aku cuba cari penulisan dari kedua2 pihak (pihak adik bella dan juga bainun) berkenaan apa sebenarnya yg terjadi, bagaimana cara utk mencegah daripada jadi lagi masalah seumpama ni, bagaimana cara utk selesaikan kemelut isu ni dari awal, dan lain-lain... tapi tak jumpa lagi jawapan yg betul2 memuaskan

haihhh laaa ... nak tak nak... kena tunggu habis soal jawab kesemua saksi pihak pendakwa dan pembela la nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 01:16 AM | Show all posts
... siapa yg lantik peguam #justiceforbella ni? probono ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
padan ler sampai 10 lawyer..
bkn setakat dlm mahkamah je.
saman menyaman kat luar perbicaraan jugek
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 21-4-2022 01:16 AM
... siapa yg lantik peguam #justiceforbella ni? probono ke?

sis boleh baca bhgn komen dlm fb post ni





Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Mahmud ni tgh riding popularity Kes ni

Kes vaksin dlu ko senyap plk walhal Kes tu ko in charge kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually kan… maaf la I komen begini. Tapi I jadi confuse nak follow benang masa pasal kes ni, every new development akan ada benang baru ke? Kenapa tak just update dalam satu benang, whoever the author is.. Sekian.. ku ikhlaskan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk perkara 1-5 takleh ke korek angle vexatious litigation utk hentam balik team loyar benun yg 10 ekor Tu?

Utk perkara terakhir, Bodo apa si Mona din tangkap gambar dlm mahkamah. Tu bukan khilaf. Tu mmg saja tadah muka nak kene lempang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 10:31 PM | Show all posts
kasibiman replied at 21-4-2022 06:15 AM
Utk perkara 1-5 takleh ke korek angle vexatious litigation utk hentam balik team loyar benun yg 10 e ...

nak buat content le


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup Puteri Umno

Lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakan betul aminahtul mardiah ni eh
@ifanonline tolongggggg lah tarbiyah sat minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik x de camel toe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 21-4-2022 01:10 AM
aku cuba cari penulisan dari kedua2 pihak (pihak adik bella dan juga bainun) berkenaan apa sebenarny ...


Follow x telegrup bella n bainun story?

Skrg aku tgh follow telegrup tersebut.

Dan nak komen lebih2 x berani
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kiri sekali tu cekta ratu kokdiang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 24-4-2022 10:45 PM
Follow x telegrup bella n bainun story?

Skrg aku tgh follow telegrup tersebut.

ada tengok hari tu, tapi belum join lagi

setakat yg aku tengok hari tu, masih banyak lagi persoalan2 dlm kepala otak aku ni yg masih belum terjawab

sekarang ni masalah dah jadi sangat rumit sbb berkait dgn isu2 lain.. dgn mainan sentimennya.. dgn taktik2 manipulasi proses undang2nya... dgn misinformation di kalangan org awam lagi, samada sengaja atau tak sengaja.. sedangkan segala isu berkaitan penjagaan adik bella, bagi aku, boleh diselesaikan dari awal lagi...

aku tak pasti samada isu ni meleret2 berpunca daripada pihak pembela atau pihak pendakwa... masing2 ada naratif tersendiri

so, nak tak nak, kena tunggu habis proses perbicaraan di mahkamah baru la kita boleh buat kesimpulan berkenaan dua pertuduhan ke atas siti bainun tu

tapi nanti bila dah selesai pasal siti bainun pun, masih ada lagi isu2 lain berkenaan pertubuhan kebajikan rumah bonda tu yg perlu diambil tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 21-4-2022 06:15 AM
Utk perkara 1-5 takleh ke korek angle vexatious litigation utk hentam balik team loyar benun yg 10 e ...

Puan mona din tu ambik gmbr masa perbicaraan x jln lg, dimana dia igt boleh, dan dia igt  yg x blh masa perbicaraan sdg berjalan...dia mengaku dpn hakim yg dia bersalah ttg hal ni..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 25-4-2022 07:14 AM
ada tengok hari tu, tapi belum join lagi

setakat yg aku tengok hari tu, masih banyak lagi persoal ...

Skrg nampak pihak pembela.. sedang tumpu pada mommy Zurianty..
Dikaitkan dgn statement zurianty pada benon berkaitan dengan baby Adam... dari stalking aku pada post2 fb 2020 Zu ni psl babyAdam ... masa tu dia tag team lagi dgn benon... n buat karangan puji benon lagi.  Tp lps kejadian benon Zu ni dikatakan buat report psl kes babyAdam?

Zu ni jugak dikatakan selalu htr anak dia yg ramai2 tu ke rumah benon.. utk tido disitu.. tanpa bayaran.  Benon jugak dikatakan sayang anak2 zu mcm anak2 sendiri.

Lps kejadian.. benon dikatakan ada message n call zu utk menjelaskan keadaan sebenar. Tp dibolayankan zu.  Dan alif ahmad n lain2.. semua ambik statement dari zu sahaja. Tanpa merujuk kepada benon.  

Itu lah yg aku baca dari telegrup tu. Apapun pengabaian tetap terjadi. Dan siapa yg patut dipertanggungjawablan dgn pengabaian ini? Haruslah org yg diamanahkan menjaga kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm gambar ni aku cam mona din n Dr Malar je.

Jap, knp tiba2 ada Dr Malar pulak dlm ni,?

Dan mommy Zuriyantu yg mana satu? Yg pakai baju brown tu ke? Hari tu tgk kt fb mcm lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:56 AM | Show all posts
matjerk replied at 24-4-2022 10:45 PM
Follow x telegrup bella n bainun story?

Skrg aku tgh follow telegrup tersebut.

boleh bagi dua2 link tak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 21-4-2022 01:16 AM
... siapa yg lantik peguam #justiceforbella ni? probono ke?

dalam sistem perundangan, mana mana pihak yang dituduh melakukan kesalahan jenayah adalah melakukan kesalahan jenayah againts state.jadi yang akan mendakwa bagi pihak mangsa atau pengadu adalah timbalan pendakwaraya yang mana kita panggi sebagai pihak pendakwaan. yang kena tuduh pula boleh melantik mana mana peguam bagi mewakili dirinya terhadap pertuduhan oleh pihak pendakwaan (state) yang mana kita panggil sebagai pihak pembelaan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.094365 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list