Siapa sangka Ketua Negara yang sangat disegani dan dihormati rakyat Malaysia ini memiliki sikap yang sangat merendah diri dalam bab pemakanan.
Kredit foto: IG House Of Pahang
Menjengah ke Instagram House Of Pahang, media negeri Pahang ini berkongsi satu pendedahan yang cukup menarik perhatian di mata rakyat.
Memetik dari House Of Pahang, Yang Di-Pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sangat tidak suka membazir makanan dan mendedahkan baginda tidak kekok santap kuah kari yang dipanaskan semula untuk disantap bersama capati atau roti canai.
Perkongsian dari Instagram media Pahang itu mendapat perhatian orang ramai, dan rata-rata memuji amalan yang disantuni Yang Di-Pertuan Agong dalam mengurus rezeki.
Rasanya, mungkin jarang di kalangan rakyat Malaysia tak panaskan semula lauk kan?
Sumber: Murai
|