CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1120|Reply: 6

[Tempatan] Dua peguam terbaik yang juga ahli parlimen jadi peguambela Adun Perak yang didakwa mengambil dadah jenis Meth. Rakyat pelbagai kaum doakan dipermudahkan segala urusan

[Copy link]
Post time 21-4-2022 07:39 AM | Show all posts |Read mode


BUKIT MERTAJAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, VR Terence Naidu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengambil dadah pada Januari lepas.

Terence Naidu, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 39B akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan selepas hukuman harus menjalani pengawasan tidak kurang dua tahun atau tidak lebih tiga tahun yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dia didakwa telah mengambil dadah jenis ‘3,4 - methylenedioxymethamphetamine’, yang ditetapkan di Bahagian III dari Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.

ADUN Pasir Berdamar itu dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah pada kira-kira jam 12.13 pagi, 14 Jan lepas.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim yang mengendalikan pendakwaan, menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Terence Naidu memohon jaminan minimum kerana tertuduh telah memberikan kerjasama kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei untuk sebutan semula kes.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... didakwa-ambil-dadah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress ka loyar?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 08:34 AM | Show all posts
mcm kena perangkap je
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan tuduh dadah meth. Tp dadah MDMA. Die kene tgkp kt club kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahlil parlimen ni takde drug test berkala ke. Mampuih la kalau drug addict adalah salah sorg pembuat dasar
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 54 pun masuk kelab malam lg ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelabul malami tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044309 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list