CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 19

[Tempatan] Buluh mahal, lemang naik harga

[Copy link]
Post time 21-4-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

DUA pekerja sedang memasukkan beras pulut dan santan ke dalam batang buluh lemang di Shah Alam semalam.

Buluh mahal, lemang naik harga

PETALING JAYA – Kenaikan harga buluh lemang antara 50 sen sehingga RM1 sebatang membuatkan terdapat peniaga lemang terpaksa menaikkan harga jualan juadah tersebut.

Di Shah Alam, seorang peniaga, Mohd. Saiful Baharin Yahaya, 33, berkata, batang buluh me­ngalami kenaikan antara 50 sen hingga RM1 pada tahun ini bergantung kepada pembekalnya.

Katanya, dia sendiri mendapat bekalan pada harga RM1.50 berbanding RM1 pada tahun lalu.

“Jadi, tahun ini lemang biasa dan jagung dijual pada harga RM17 dan RM19 dengan peningkatan masing-masing sebanyak RM2. Kami hanya menjual satu saiz sahaja.

“Kalau boleh memang nak kekal harga sama, namun kos tinggi pada batang buluh dan itu belum termasuk santan dan beras pulut lagi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Manakala bagi seorang lagi peniaga, Amin Nouvo Azwa, 38, dia masih bertahan pada harga lama iaitu antara RM15 hingga RM22 mengikut saiz.

Ujarnya, dia memperoleh sebatang buluh pada harga murah iaitu RM1.20 dan ada beberapa pembekal di Lembah Klang menjualnya RM2.20 sebatang.

“Kami masih kekalkan kuantiti dan kualiti yang sama selepas berniaga empat tahun,” jelasnya.

Di Sungai Petani, seorang peniaga, Saiful Aisha, 43, me­ngaku terpaksa menjual lemang pada harga lebih tinggi berban­ding tahun lalu berikutan ke­naikan harga bahan utama se­perti beras pulut dan buluh.

“Kenaikan mendadak bahan asas itu termasuk kelapa serta daun pisang menyebabkan saya tidak boleh ambil risiko rugi jika masih menjual pada harga lama.

“Beras pulut dibeli pada harga RM180 seguni dengan berat 50 kilogram (kg) berbanding tahun lalu kira-kira RM165.

“Kenaikan harga buluh berukuran 60 sentimeter sebatang sebanyak 50 sen juga meningkatkan kos jualan,” katanya.

Di Ipoh, penjual lemang, ­Azrie Atan, 40, berkata, para peniaga tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga jualan pada Aidilfitri kali ini.

“Kebiasaannya sebatang lemang dijual pada harga RM12 hingga RM15 mengikut saiz, manakala RM15 hingga RM18 untuk lemang jagung.

“Sebelum ini saya ambil bekalan buluh daripada penduduk kampung atau masyarakat Orang Asli sekitar Chemor,” katanya.

Ujarnya, buluh lemang itu dibeli pada harga RM1.20 bagi satu ruas tanpa daun pisang dan RM2 jika disiapkan bersama daun pisang.

“Tahun ini mungkin harga buluh naik atas alasan sukar untuk dicari selain kenaikan harga petrol sebab kos penghantaran.

“Semua penjual lemang pun tengah berkira-kira tentang kos, tapi berdasarkan pengalaman lalu kenaikan RM1 hingga RM2 tidak terlalu tinggi pada pembeli,” ujarnya.

Seorang lagi penjual lemang, Syed Aminuddin Syed Harun berkata, sejak mula puasa ada pembekal buluh mula menaikkan harga antara 20 sen hingga 50 sen sebatang.

Katanya, harga sebatang buluh lemang disiapkan bersama daun pisang adalah RM2.50, malah ada yang menjual RM3.

“Lemang yang sedap mesti nak diisi pulut dan santan yang banyak, kalau kedekut santan pula itu bukan lemang,” katanya.

Di Kuala Terengganu, pengusaha lemang di Terengganu termasuk lemang Kijal, Kemaman memberi jaminan tidak akan menaikkan harga juadah itu pada Aidilfitri nanti.

Seorang peniaga, Ismail Bakar, 56, berkata, dia dan penjual-penjual lemang lain di Terengganu dapat menyerap kos kerana kenaikan harga buluh dan beras pulut di negeri ini tidak setinggi tempat-tempat lain.

“Sebelum ini, 10 ruas buluh didapati daripada pembekal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu dijual pada harga RM4 tetapi tahun ini telah melonjak kepada RM10.

“Begitu pun, saya tidak sampai hati untuk menaikkan harga dan mengekalkan sebatang lemang pada harga antara RM6 hingga RM9 mengikut saiz,” katanya ketika ditemui.

Ismail berkata, pengekalan harga itu bagi menghargai pe­langgannya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan terutama sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -lemang-naik-harga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepuk yem, lemang yem tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:34 AM | Show all posts
alah apa susah, beli je yg instant, ketupat palas, lemang smua dah ada dah

meols baru nak try buat raya ni.. kena rebus dgn santan serbuk tu baca kat instruction
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemang bandar dah tak pakai buluh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:21 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 28-4-2022 10:22 AM
“Sebelum ini, 10 ruas buluh didapati daripada pembekal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu dijual pada harga RM4 tetapi tahun ini telah melonjak kepada RM10.

ni baru la nama nya melayu yahudi  

harga macam buluh import dari amerika

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:25 AM | Show all posts
maksud di sini ekzos buluh pun naik harga la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 10:30 AM | Show all posts
kos buluh naik rm 1..peniaga naikkn jadi rm2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols beli buluh lemang dgn daun rm1.5 sebatang..

Santan rm13/kg

Beras pulut.. x ingat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 11:19 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 28-4-2022 08:34 AM
alah apa susah, beli je yg instant, ketupat palas, lemang smua dah ada dah

meols baru nak try bu ...

iols dah try..sedap jugak
takde la terdesak sangat nak kena ada lemang buluh

dorang2 ni kalo org pakat tak beli agak2 harga turun tak?



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:28 AM | Show all posts
beli jer dr shoppee..sedap n murah pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:48 PM | Show all posts
dekat NSK 2.50 sebatang
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 01:42 PM | Show all posts
bottombikini replied at 28-4-2022 11:19 AM
iols dah try..sedap jugak
takde la terdesak sangat nak kena ada lemang buluh

uh ye ke? naseb meols last week beli one packet each , takut abes kn borong minggu ni.. smlm round supermarket jumpa kari kambeng adabi, beli 6 tin teros , hajat nak buat nasik arab viral yg campo2 kurma and kari dalam peyok nasik tu.. menu raya ke 2

ntah, pakat deme le anak beranak makan sampai kembung perut if tak laku.. .
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:06 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 28-4-2022 01:42 PM
uh ye ke? naseb meols last week beli one packet each , takut abes kn borong minggu ni..  smlm ro ...

weh iols pun plan nak buat nasi arab tu raya
tapi tak jumpa lagi kari adabi tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:35 PM | Show all posts
tak suka lemang, tapi kalau lemang ada letak jagung tu sedap jua lah makan dengan rendang daging omnomnom
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ada gout.. lemang laa ubat mujarab menambah gout nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg supply buluh pun ambik free aje dlm hutan.
Ke malaysia ni ada ladang buluh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
lemang kukus je haku wat taun nie...dap nyer
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:40 PM | Show all posts
tak mati kalo tak makan lemang... siapa rasa2 miskin, tak payah beli.. makan ja apa yang mampu..

Makin sikit makan kaa tak makan rendang kaa benda2 bergula & berminyak kaa apa kaa.. lagi bagus untuk kesihatan poket & diri... asal naik sikit menyalak2 mcm anjing kelaparan sambil2 KERAjaan zalim ke hulu ke hilir..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lemang....laki kata nk pi cari kat Melaka/ n9...sampai kesana cari...subang ni pun ada lemang bonda....tapi jenuh beratur la ...rendang pun sedapp
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 08:43 AM | Show all posts
bottombikini replied at 28-4-2022 02:06 PM
weh iols pun plan nak buat nasi arab tu raya
tapi tak jumpa lagi kari adabi tu

pi round jaya.. meols jumpa kat jaya, mula2 amek 4 tin, then my friend ckp sikit je isinya,,, satu tin tu mcm utk sorang mkn.. terus pusing amek lg 2 tin , tinggal sikit utk orang belakang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045099 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list