CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8257|Reply: 144

[Tempatan] Netizen minta Burger King pecat staff yang sebar video gadis makan di premis demi TikTok' - Netizen

[Copy link]
Post time 21-4-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-4-2022 03:32 PM


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana-mana premis perniagaan adalah sulit dan kakitangan tidak dibenarkan memuat naik video tersebut tanpa sebarang sebab yang kukuh. Tetapi seorang kakitangan di sebuah restoran makanan segera, tidak mengendahkan peraturan itu dan selamba memuat naik video tersebut yang menunjukkan tiga pelanggan wanita sedang makan di premis mereka.


Pengguna TikTok 'Anak Penyu' memuat naik video tersebut yang menunjukkan tiga pelanggan wanita beragama Islam sedang duduk makan di restoran tersebut dan mempertikaikan tindakan mereka yang dikatakan tidak menghormati orang lain yang sedang berpuasa.



"Kepada tiga orang akak yang pakai tudung tadi, datang order nugget 9 pieces, cheezy fries, air mineral dan ice lemon tea, kemudian duduk makan kat situ, nak tanya. Tak ada rasa serba salah ke dengan customer lain yang berpuasa?" demikian kapsyen tertera dalam video tersebut.

Hasrat kakitangan Burger King berkongsi video tersebut untuk membuat teguran secara terbuka dan disokong netizen. Tetapi reaksi yang diterima ternyata berbeza apabila ramai yang mengecam tindakannya yang dikatakan telah mengaibkan tiga pelanggan wanita berkenaan.



"Tiada isu untuk orang yang tidak wajib berpuasa, untuk makan di kedai. Tidak menjadi satu kesalahan dan tidak juga boleh dikategorikan sebagai tidak menghormati Ramadan. Tapi, tahu tak siapa yang tidak menghormati Ramadan? Orang yang menyebarkan video rakaman CCTV ini," kata Leica.

"Bukan privacy ke CCTV company? Lagi satu, makan je kot? Kau macam first time pula puasa, menggelupur nampak orang makan. Lemah!" kata Rable.

"Sebenarnya kan, aku menunggu Burger King mengambil tindakan terhadap staff ini (yang sebar video CCTV). Adakah staff ini memang dibenarkan untuk menyebarkan video rakaman CCTV ini demi content di TikTok?" soal Chubbb.



Sedar dirinya dikecam, pemilik akaun TikTok berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui apa yang dilakukannya itu adalah salah.



"Saya minta maaf dengan video yang blow up baru-baru ini. Saya mengaku salah saya sebab record strangers tanpa izin melalui CCTV macam tu.

"Terima kasih pada yang memberi teguran secara baik. Terima kasih juga kepada yang memaki hamun. Saya menerima semua itu dan jadikannya sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Maafkan saya," katanya.

Bagaimanapun, netizen khususnya golongan wanita mula menyuarakan rasa kurang selamat untuk berkunjung ke restoran tersebut dan menggesa pihak Burger King memecat kakitangan terbabit kerana tindakannya itu bukan sahaja melanggar privacy, malah mengaibkan pelanggannya di media sosial.

"Burger King ni tak malu ke duk viralkan orang macam tu? Function untuk apa? Ambil iktibar gitu? Disgusting!" kata Szmy.

"Tak issue dia, boleh ke rakam survellience CCTV dan exposed to public? Dan selepas ini aku akan rasa tak selamat makan di Burger King. Sebab tiba-tiba kang ada benda yang tak kena, instead of confront, staff dia exposed to public. I think Burger King dah kena take stren action," kata Suhaila.

Sumber: Twitter Amyra Nadya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org pompuan islam mkn di khalayak xkena angkut naik van jenazah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
70an dulu ade cerite.  Depe tangkap pompuan period makan kat restoren.  Sekali tu dia cabut pad kasi tunjok..  Kah2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:34 PM | Show all posts
No!  Bukan sekadar maaf.  Diharap Burger King mengambil tindakan terhadap pekerja yang tidak bermoral tersebut.  Niat tidak menghalalkan cara!

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan diorang mkn tempat terbuka pun. Tempat sembunyi. Yg ko staff sakit hati viralkan kenapa... Takat gitu pun sentap.. Lemahhhh.. Dulu2 aku kalo cuti pun gi tapau kat kedai mkn kat pantry.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:40 PM | Show all posts
kenapa nak serba salah dengan customer yang puasa?
who the hell yang puasa tapi melepak kat restoran time puasa?
kalau nak waktu buka pun apa masalah..
takkan la sejam nak buka air liur boleh menjejer nampak orang makan kat kedai tu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 21-4-2022 03:31 PM
70an dulu ade cerite.  Depe tangkap pompuan period makan kat restoren.  Sekali tu dia cabut pad kasi ...

Isunya bukan sbb dia makan sbb piyed tp makan depan khalayak ramai..hormat la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau tak puasa beli bungkus ja makan sembunyi2. Malulah! Tak kuasa dgn geng natural ka pebenda yg dok kata tak payah malu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 04:10 PM | Show all posts
jenis lemah tengok kucing makan kibble pun ngelupor kot

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skang terlalu ramai yg terlalu acah hijabi feminism tapi x taw ape yg di perjuangkan .. nak kata perjuangkan wanita islam dlam alam pekerjaan x jugak … bila kena tegur menggelupur persoalkan hak .. x taw la hak ape … malu di zaman skang sudah nipis … mmg taw pompuan tu puasa tpi openly makan mcm x mghormati bulan puasa sdgkn puasa ni sebulan setahun je … x ke openly makan bolh dtgkan fitnah dh org fikir bukan2 mcm nie .. tpi bila dh viral nye kata dyrg ade hal dyrg piyed yg lain bolh buat bodoh je
Tu yg iols cakap hijabi fminism ni ape yg dyrg perjuangkan ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:15 PM | Show all posts
so what?

gelabah nenen sgt tgk org makan kenapa?

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:15 PM | Show all posts
Acah2 nak tegur org, ujong2 kau kena buang kerja je lah. Cash!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah la wey..tp aku tak kisah sgt .. tempat keja pun ramai ja operator indon n malay mkn kat kantin. Period kut. dah x ada tempat tersorok nak mkn. Buat x nampak sudahla
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak famous sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu perempuan tak boleh puasa nak makan  kena sembunyi2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:41 PM | Show all posts
pompuan mengandung yg sarat mcm mana? kalau dh gigil2 tak mkn..tk boleh gak mkn kat restaurant tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 04:42 PM | Show all posts
aku ni yg duduk sorang2 dlm ofis pun tak de nak makan2 time tak posa. minun je, tu pun sorok2 segan tiba2 org lalu ternampak ke.

lagi aku malu bila member non muslim tanya aku apsal ramai orang muslim tak puasa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 21-4-2022 04:42 PM
aku ni yg duduk sorang2 dlm ofis pun tak de nak makan2 time tak posa. minun je, tu pun sorok2 segan  ...

Cakap je lah bukan semua muslim sihat.. ada kena mkn obat. Gitew!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:52 PM | Show all posts
engkau yg berpuasa, org lain pulak tak boleh makan. EH !

seriously kt Malaysia ni ada ke ummah yg berpuasa mcm kebulur tak boleh tgok org makan air liur boleh ngencessss bagai ? yiihhh

iols puasa pun kadg dh maghrib pun x rasa lapar... kadg2 minum air jah... dh pukul 10-11 malam cmtu baru ttbe ada selera nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 04:56 PM | Show all posts
pengurusan burger king punya lah rasa bersalah sampai dia buang pekerja tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.045898 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list