CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4515|Reply: 47

Dah Terlantar Sakit- Sempat Nikah Di Katil Hospital, Sebelum Isteri Meninggal

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Kisah sayu yang dikongsikan seorang lelaki menjadi tular apabila dia menceritakan perjalanan manis hidupnya bersama arwah isterinya walaupun tempoh perkahwinan mereka hanya sekejap.


Menerusi perkongsian video yang dimuat naik lelaki tersebut, dapat dilihat upacara akad nikah dia dan isterinya dilakukan di dalam sebuah bilik di hospital.


Dapat disaksikan juga, ketika upacara berlangsung, si isteri dalam keadaan terlantar sakit sambil baring di atas katil hospital serta disertai oleh beberapa ahli keluarga mereka yang lain.


Foto: Kosmo




Kapsyen yang ditulis pada video berkenaan turut mengundang sebak orang ramai kerana rata-ratanya melihat bukti kasih sayang lelaki tersebut menerima isterinya seadanya.


“Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi,” tulisnya.


Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya.


Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat untuk lelaki tersebut agar kekal tabah meneruskan kehidupannya walaupun tanpa kasih seorang isteri di sisi.


“Jodohnya seketika di dunia, tapi berkekalan di sana nanti,” ujar seorang pengguna.


“Kuat cinta abang pada arwah isteri, sanggup menggembirakan hatinya sebelum dia pergi meninggal dunia, moga Allah pelihara kasih dan cinta kalian berdua sampai syurga,” kata pengguna yang lain. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ontah.. bg aku tak perlulaa nikah dahh.. dah takde harapan kan..pndgn akulaa.. lain org lain caranya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:10 PM | Show all posts
Tak boleh brain dengan orang sekarang.. Macam-macam perangai
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:11 PM | Show all posts
Edited by SedihPedih at 22-4-2022 12:13 PM

utk apa ek nikah kalau dh mcm ni? jumpa di syurga?
kalau heols kekal bujang sampai akhir hayat baru iols kagum
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:18 PM | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 12:06 PM
Ontah.. bg aku tak perlulaa nikah dahh.. dah takde harapan kan..pndgn akulaa.. lain org lain caranya

aku pun berpandangan camtu gak. walaupun nikah 3 hari, tapi si laki tu layak jah nak tuntut harta pusaka arwah bini tu. harap2 tu bukanle niat sebenar dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xamik duit insurance kematian atau epf bini, ok i bole kagum..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin lelaki tu nak halalkan pegang tangan,cium isteri dia tu.Kalau tak kahwin,macam mana nak peluk cium semua sedangkan dah tenat.Kesian diaorang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 22-4-2022 12:18 PM
aku pun berpandangan camtu gak. walaupun nikah 3 hari, tapi si laki tu layak jah nak tuntut harta  ...

Harap betullla sbb cinta.. kalo nak tuntut reta emmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 01:30 PM | Show all posts
Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya.


bayangkan tahun 90an dulu... ko kematian laki atau bini, ko bawak camcorder merakam semua detik2 menyayat hati hingga dia masuk ke liang lahad, siap diiringi lagu sedih. memandangkan socmed internet bagai belum meluas lg... video tu nak tayang dgn korga dan kawan2 ke mcm mana? bg yg menonton video tape tersebut, kena bg reaksi mcm mana ya? kalau tengok bersama duda/balu kena bg komen? lg pelik duda/balu bg video tu kat ngko, dan ko tengok sorg2 kat rumah? howww?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 22-4-2022 12:18 PM
aku pun berpandangan camtu gak. walaupun nikah 3 hari, tapi si laki tu layak jah nak tuntut harta  ...

Betul ke 3 hari dah boleh claim pusaka?
Bukan ada tempoh perkahwinan yg melayakkan kita dapat pusaka ke tak? Ke tu harta sepencarian?
Konfius pulak
Kalau laki mati tanpa zuriat dengan bini mati tanpa zuriat, sama ke percentage pembahagian harta? Malas nak google, mohon jangan hencap
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
belum ngesek kira tkde solemnization. kalau terbalik, suami tenat mati sblm ngesek tkde hukum apa2 edah pun tkde… harta pun tk dpt la. janda/duda berhias . mana ada hak… nikah disertai ngesek baru namakan suami isteri & dpt hak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 22-4-2022 12:11 PM
utk apa ek nikah kalau dh mcm ni? jumpa di syurga?
kalau heols kekal bujang sampai akhir hayat baru  ...

Dolu dolu ed osmera.. pelakon 60an tuu laa.. kekal bujang sampai akhir hyt.. frust gf kawin lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:43 PM | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 12:06 PM
Ontah.. bg aku tak perlulaa nikah dahh.. dah takde harapan kan..pndgn akulaa.. lain org lain caranya

mungkin niat dia nak jaga gf dia yang sakit. kalau setakat gf macamana nak jaga org sakit yang dah tenat. nak pegang tangan, nak peluk nak cium dia .. kalau setakat bf gf kan tak halal. kira nak menghalalkan perkara2 tu je la. dan bagi gf dia rasa bahagia di hujung2 hayat.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 22-4-2022 05:30 AM
bayangkan tahun 90an dulu... ko kematian laki atau bini, ko bawak camcorder merakam semua detik2 m ...

Kalau dulu buat begini dah kena penampar Jipun.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 22-4-2022 05:45 AM
belum ngesek kira tkde solemnization. kalau terbalik, suami tenat mati sblm ngesek tkde hukum apa2 e ...

Macam...Tak kena aja pendapat kakak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols fefeling Landon (A Walk To Remember).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 02:53 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-4-2022 02:48 PM
Kalau dulu buat begini dah kena penampar Jipun.

hahaha tak pernah terfikir walau secoet pun, satu hari nanti saat2 yg sgt personal mcm ni, org akan share dgn strangers dlm internet.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:01 PM | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 01:46 PM
Dolu dolu ed osmera.. pelakon 60an tuu laa.. kekal bujang sampai akhir hyt.. frust gf kawin lain

hensem sunggulah En Osmera tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cpkay replied at 22-4-2022 03:01 PM
hensem sunggulah En Osmera tu ..

Yeppp.. aku dulu pun terminat kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah isteri tu umur berapa
Dah kerja ke belom sebelum sakit tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061750 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list