CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1544|Reply: 13

Nenek Maut Terperosok Bawah MPV Buat Pusingan U

[Copy link]
Post time 22-4-2022 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita warga emas maut ketika melintas jalan di Jalan Wawasan 2/7 Bandar Baru Ampang di sini selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membuat pusingan U pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi.




Add Image Caption Here



Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah MPV yang membuat pusingan U di Jalan Wawasan 2/7 Bandar Baru Ampang pada Jumaat.


Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu MPV yang sedang membuat pusingan U dari Jalan Wawasan 2/4 menuju ke Jalan Wawasan 2/7 sebelum terlanggar mangsa yang sedang melintas di jalan tersebut.


"elanggaran itu telah menyebabkan pejalan kaki tersebut terperosok di bawah MPV.


"Mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu MPV yang gagal memastikan lalu lintas adalah selamat sebelum membuat pusingan U.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.


Jelasnya, saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian.


"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093," katanya.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara je lah pemandu macam ni.. semak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah mokcik buat ghapo ateh jalan raya kul bape entah???Petisyen...mana petisyen???
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang boleh U-turn ke tempat tu? Kalau driver tu U-turn haram, memang mendapatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 22-4-2022 07:37 PM
Memang boleh U-turn ke tempat tu? Kalau driver tu U-turn haram, memang mendapatlah..

Kalu boleh U turn pun kena betul betul pastikan jalan tu kosong, baru boleh pusing
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
driver x mabuk..pakai seat belt kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni confirm lampu jalan pun tak menyala lagi ni. Sbb tu x nmpk ada org dkt tgh2 jalan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:59 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Ngeri pulak tgk mayat terbaring bawah kereta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek sape ni. Ya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Fizikal haluih ja nenek ni nmpak mcm bdk kt bwh kereta tu. takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:56 PM | Show all posts
Tempat bukan u-turn la ramai yg buat. Bukan kira lampu merah ke hijau main pusing je. Aku tengah melintas jalan pun hampir2 kena sodok motor mat grab gara2 dia buat u-turn padahal jalan aku tu lampu hijau. Jalan dia terang2 lampu merah sukati je lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:59 PM | Show all posts
mcm mana bole terlanggar org tua ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
BB Ampang ni ramai Cina..mmg bawa mcm pelesit pun...aku mmg nyampah btol kalau kwn anak aku soh anak aku g situ fetch dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
org yg  buat pusingan u ni  kadang2 main lajak je amek jln sebelah. aku pulak yg terkejut ada hilux memesongkan kereta ke jln aku, ingat dia nk jln lurus masuk lorong kanan, aku pulak yg terover nk elak hilux tu, sebaik jln kiri aku mmg clear xde motor lalu. klu ada motor aku yg salah. menyampah betul ngan org buat u turn tetiba.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042605 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list