CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2814|Reply: 27

[Tempatan] Berniaga macam ni? Lauk bazar Ramadan dihurungi lalat, telur pun masih bertaikkkk!

[Copy link]
Post time 23-4-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-4-2022 07:27 PM

Lauk dibiarkan tanpa penutup hingga dihurung lalat selain guna telur ayam yang mempunyai kesan tahi ayam.

Itu antara kesalahan yang dikenal pasti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika melakukan Ops Bazar di bazar Ramadan Sungai Dua di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut itu susulan Menteri Kesihatan meminta pemantauan kerap dilakukan di bazar Ramadan bagi mengelakkan kejadian di bazar Putrajaya berulang di lokasi lain.

Jelas beliau, hasil pemantauan pihaknya mendapati tahap kebersihan yang dipraktikkan pengendali makanan di bazar tersebut berada dalam tahap memuaskan.

Kata beliau, lebih membimbangkan apabila pihaknya mendapati ada peniaga meninggalkan makanan jualan tanpa penutup hingga dihurung lalat.

“Ini adalah kesalahan yang serius kerana sikap itu boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat.

“Dalam operasi itu, kita juga dapati lebih 30 pengendali makanan di bazar tersebut tidak mengambil suntikan tifoid dengan alasan berniaga dalam tempoh sebulan sahaja.

“Selain itu, peniaga dilihat memandang remeh isu pemakaian perlindungan diri (PPE) seperti topi serta apron sedangkan itu adalah perkara asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan,” katanya kepada pemberita sebaik selesai operasi.

Tambah Mohd Wazir, pihaknya mengeluarkan 25 notis atas pelbagai kesalahan terhadap pemilik, pengendali makanan di bazar tersebut yang berjumlah RM12,000.

“Suka saya ingatkan kepada peniaga untuk menjaga tahap kebersihan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan berlaku kerana ia merupaka satu kesalahan serius,” kata beliau. – MalaysiaGazette







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 11:09 AM | Show all posts
Aku pegi bazar tengok lalat bersepah xjadi nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting halal walaupun tak toyyiban.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai aje peniaga yg tak pakai apron tak tutup rambut. Mmg pangkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
patut..tajuknya...Apa dah jadi ngn isle peniaga...yg berniaga di bulan Ramadhan yang MULIA ini..............???
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap nnt tetap wajibkan face mask utk peniaga makanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik takde gambo telur bertahi
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 11:56 AM | Show all posts
tu pun ada menyalak kata pihak berkuasa nk tutup rezeki peniaga
bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt org kata melayu dengki pulakk
Xboleh ke bgtau owner dlu ke bla bla bla bla….
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:46 PM | Show all posts
mmg celaka amar niaga biau lalat bertelur
melayu xbuat mcm tu aih
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 03:42 PM | Show all posts
kebodohan melayu islam yg tak pernah habis
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga cina jual babi haram tersenyum sinis dek!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Chef Palestina tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 06:19 PM | Show all posts
Hari biasa pun..kedai nasi berlauk ..penuh lalat hurung lauk pun selamba jah ummah pi kaut..yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 06:55 PM | Show all posts
kalau dapat elakkan dari ke bazaar ramadhan, elakkan lah..

tapi jika nak juga beli juadah berbuka,  beli di restaurant yang
mmg orang berniaga biasa punya ---  better cuz mereka mmg
dah biasa masak dan mmg kerja mereka tu

yang masak masa ramadhan tu; generally nak keuntungan
bulan ramadhan aje -
bukan specifically nak masak sedap bersih semua tu --  
different concept --
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dexa replied at 23-4-2022 06:55 PM
kalau dapat elakkan dari ke bazaar ramadhan, elakkan lah..

tapi jika nak juga beli juadah berbuka,  ...

Ye kalau restoran dah tentu ada sijil penyediaan mknan lesen majlis lesen bomba pekerja di cucuk bagai. Yg bersepah jual bermusim ni mmg aku tak selera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lah akibatnya apabila tiada sijil halal!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:24 PM | Show all posts
zamzam replied at 23-4-2022 07:00 PM
Ye kalau restoran dah tentu ada sijil penyediaan mknan lesen majlis lesen bomba pekerja di cucuk b ...

the feeling is mutual -

saya tak masuk bazaar dah lebih 10years  - didn't matter where...
kat SA ni -- kat stadium tu --mmg besar la kot -- tapi tak pernah
pun nak pergi - tak ada keperluan la  apa tah lagi dgn situasi sekarang ni
not to mention -- once a month peniaga muncul utk kaut untung dan
akan jual makanan yang tak berapa nak sedap dan harga yang tak
berpatutan langsung -- harga kambeng! -

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 02:05 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu mesti kena sihir telur dan lalat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.143104 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list