CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3627|Reply: 40

[Tempatan] Pelitup muka di luar rumah, ruang terbuka harus ditarik balik- Pakar

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-4-2022 11:36 PM

Menurut pakar kesihatan, sudah tiba masanya Malaysia melonggarkan prosuder operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 di tengah cakap-cakap bahawa kerajaan sedang meneliti semula langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Pakar kesihatan awam, Dr Mohammad Farhan Rusli berkata pemakaian pelitup masih perlu dilaksanakan di tempat tertentu kerana membawa lebih banyak kesan positif.

"Pelitup muka perlu diwajibkan di dalam bangunan dan semasa perhimpunan besar di mana penjarakan fizikal tidak boleh dilakukan. Ada banyak kesan positif daripada mandat pelitup muka di tempat yang sesuai.

"Bagaimanapun, (mandat pelitup muka) di ruang terbuka harus dibatalkan kerana dalam keadaan sekarang, ia tiada gunanya - terutamanya kepada mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya dan mendapat dos penggalak," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Farhan, banyak negara telah beralih untuk mewajibkan pelitup muka hanya di dalam bangunan, yang menurutnya selaras dengan data saintifik.

"Ada banyak data saintifik yang membuktikannya. Seperti yang saya katakan berkali-kali sebelum ini, kita mesti guna pendekatan menggunakan ubat berasaskan bukti dan menerapkannya dalam penggubalan dasar, bukannya mengikut langkah populis," tambahnya.

Tambahnya, Malaysia masih perlu mewajibkan penggunaan pelitup muka di dalam bangunan terutamanya berikutan sistem pengudaraan yang lemah.

Banyak bangunan di negara ini, termasuk kemudahan awam, masih belum memenuhi piawaian kualiti udara yang diperlukan.

“Malaysia sentiasa mempunyai rekod prestasi yang buruk dalam penguatkuasaan protokol keselamatan yang baik, terutamanya dari segi kualiti udara.

"Lihat sahaja bangunan kerajaan itu sendiri. Kebanyakannya, walaupun bukan semua pasti akan gagal dalam ujian kualiti udara di dalam bangunan," dakwanya.

Pakar penyakit berjangkit Dr Christopher Lee juga mempunyai pandangan serupa - bahawa pelitup muka di luar rumah harus ditarik balik.

Dia berkata sudah tiba masanya negara ini mengkaji semula SOP berkaitan Covid-19, memandangkan situasi pandemik semasa.

“Sudah tentu dengan penurunan jumlah kemasukan hospital akibat Covid-19, terutamanya di ICU, dan kematian akibat Covid, ditambah dengan kadar vaksinasi kita yang tinggi, sudah tiba masanya untuk menyemak SOP kita.

“Mandat topeng boleh ditarik balik di kawasan lapang, melainkan jika terdapat kesesakan yang ketara, tetapi dalam ruang tertutup terutamanya apabila pengudaraan adalah terhad, pelitup muka masih perlu dikuatkuasakan atau sangat digalakkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada masa yang sama, Lee, yang merupakan bekas timbalan ketua pengarah kesihatan, turut menasihatkan kerajaan untuk menarik balik sekatan secara berperingkat.

Dia berkata langkah itu perlu diambil bersama dengan pemantauan berterusan dan penelitian terhadap situasi Covid-19.



https://www.malaysiakini.com/news/618955







Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 44 Users voted

Poll is finished

34.92% (22)
7.94% (5)
4.76% (3)
36.51% (23)
15.87% (10)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-4-2022 04:51 AM

Btw tajuk misleading.

TT mungkin dah lupa cara buat rumusan SPM dengan melihat kepada isi tersurat dan tersirat. Sebab itu tajuk thread jelas menunjukkan TT gagal memahami kandungan artikel ini sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:54 PM | Show all posts
kluar xpakai mask
kenapa masih xmati lagi?


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 01:37 PM | Show all posts
aku harap ramai mati. kurang jem kat jalan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg blom kena...esp kids..dah pakai dekat 3 thn...biar je lah..bkn masalah besar pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2022 02:07 PM | Show all posts
Di malaysia tak sesuai. Kena maintain pakai mask macam sekarang.. dan mcm biasa denda siapa yang tak pakai.

Sebabnya ialah control akan hilang kerana akan banyak kes terlupa bawa, tersilap, bekas mask yang sesuai... dan serta disebabkan ada kelonggaran tak pakai diluar tapi bila masuk bangunan kena pakai kerana akan ada loophole spt ini dalam bangunan tapi ruang besarlah.. ... tapi kalau nak kerajaan nak duit banyak dengan cepat, selalulah ubah sop supaya ramai yang kena denda . ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:19 PM | Show all posts
setuju..
lemas dh pakai mask..
pakai mask jobian pun..ttp naik jerawat..
rengsa iolss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 23-4-2022 02:19 PM
setuju..
lemas dh pakai mask..
pakai mask jobian pun..ttp naik jerawat..

Mask Joyiang Mendoggy tu N95 ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 02:53 PM | Show all posts
edee_91 replied at 23-4-2022 01:37 PM
aku harap ramai mati. kurang jem kat jalan raya.

dah lama xpkai sis..siap eksyen lagi
tapi masih sa xmati2 lagi kne cubit

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam setahun dua ni masih akan terus pakai ditempat awam since pakai mask ni kuang betul kena selsema dan batuk mungkin kurangnya dapat jangkitan terutama dlm train n office. Dulu kalau ada sorang dua selsema dan batuk kat office sekejapan je berjangkit beramai ramai
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 04:18 PM | Show all posts
Pompuan-Itu replied at 23-4-2022 02:25 PM
Mask Joyiang Mendoggy tu N95 ke sis?

yg k94 tu...
dh laa mahai yakmat..
tp still jerawat naik gak...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 23-4-2022 02:07 PM
ramai yg blom kena...esp kids..dah pakai dekat 3 thn...biar je lah..bkn masalah besar pun

Tak kena atau tak check? Padahal kena je tapi takmo check so ingat tak pernah kena lah tu.
Selain covid dapat gak elak drpd berjangkit selesema.
Kalau tadika tu mesti budak2 mudah kena selesema kalau memasing tak pakai mask.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ttp replied at 23-4-2022 04:17 PM
Dalam setahun dua ni masih akan terus pakai ditempat awam since pakai mask ni kuang betul kena selse ...

Betul..  sesapa yg selesema kalau kuar umah pun seeloknya pakai la mask.
Dulu masa keje kawan iols ni tiap bulan kena selesema. Dah tu taknak MC tau jela selesema yg hari pertama tekak sakit, hidung berair2 tu sampai duk usung kotak tisu sana sini.
Iols bengang tul takut terjangkit.
Dia plak selalu kena sbb berjangkit ngn anak dia. Anak duk ngn pengasuh mmg la mudah kena selesema bagai sbb bercampur ngn budak lain pastu ntah2 guna satu sapu tangan je utk lap hingus semua budak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh selesa pakai mask
.biar je lah...kurg skit bau mulut busuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-4-2022 04:33 PM
Tak kena atau tak check? Padahal kena je tapi takmo check so ingat tak pernah kena lah tu.
Selain  ...

rasanya ramai je x declare..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu apa guna si JM menantu PM & ank zahid tu nak sirim kan mask kalau mask pun dah tak wajib
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iols nak pakai sbb malas beli bedak...pastu ala2 misteri giteww utk yg first time jmp
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:12 PM | Show all posts
Tak pernah pakai mask kat luar rumah sejak 2020, malaysia dengan panas pakai....

Sian tengok bebudak kecil pakai mask kat kuar, lepas tu bukan pakai betul pun, so tak tahu mana fungsi atau sekadar asal pakai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053629 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list