Sejak belakangan ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan menjadi ‘popular’ di media sosial apabila mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun berhubung kes dera remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Disebabkan itu, tular semula beberapa video membabitkan Nurul Hafidzah termasuk ketika sesi soal jawab bersama pendakwah bebas PU Azman dipercayai pada 2020 yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @denaitv.
Sambil mengupas soal sekiranya duit hasil saman adalah haram, PU Azman turut menyelit berkenaan profesion sebagai peguam yang sering dikatakan membawa ke neraka.
Menerusi perbincangan tersebut, PU Azman memberi contoh situasi apabila peguam mengambil kes dengan berpihak kepada penjenayah atas sejumlah bayaran tertentu.
PU Azman berkata, ‘neraka’ yang dimaksudkan adalah apabila peguam berjaya memenangi kes walaupun anak guamnya jelas melakukan kesalahan.
“Dua orang hakim akan masuk neraka iaitu hakim yang membuat keputusan secara zalim atau jahil. Tiada ilmu kehakiman, jatuhkan hukum.
“Ada satu hakim yang masuk syurga iaitu hakim yang membuat keputusan dengan adil. Peguam lebih kurang sama macam hakim, dia bantu membuat keputusan.
“Boleh kerja peguam ni kalau kita bantu untuk menegakkan kebenaran. Yang masalahnya kalau ada orang tu dia buat jenayah, lepas tu bayar kat seorang peguam. Tolong, aku bayar RM2 juta. Kau selamatkan aku.
“Peguam tu pun ambil… dan dia menang berhujah. Orang yang salah pun jadi betul. Yang ni disebutkan neraka. Tapi kalau peguam tu seorang yang adil dengan memilih kes, tiada masalah,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi enam minit itu 835,000 tontonan dan 2,070 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung perbincangan berkenaan.
Harap dia faham?
Duit adalah segalanya?
Kalau dilema, tukar kerja lain.
Bagus perkongsian ni...
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah berhubung kes pengabaian dan penganiayaan remaja berusia 13 tahun terbabit pada setiap hari, selama hampir empat bulan- TikTok @denaitv @Sumber
Post time 24-4-2022 10:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by pu3_rania at 24-4-2022 10:42 AM
Semalam video ni lah jadi topik hangat WhatsApp keluarga besar aku dan group WhatsApp aku yang lain2
Berjemaah si loyer buruk ni di padankan muka
Attention seeker punya betina
Tabik spring kepada Cik Man
--kalau peguam tu yakin yg client tu tak bersalah tak haram
--kalau peguam tu tahu yg client tu bersalah tapi bela sampai dia terlepas tuduhan tu haram
--kalau peguam tu tahu yg client tu bersalah tapi bela sampai dia diringakan tuduhan tu ok je,
--pesalah perlukan peguam supaya hukuman yg dikenakan setimpal dgn kesalahan dia.
Post time 24-4-2022 10:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia up kat story..dgn caption berikut.. tp kena letak gambar dia... hehehhee..
Kurang2 klu post dia ni viral... blog2 akan screenshot sekali muka kan...
Ye lah kan... blogger2 dok upload muka cengkung dia je setiap kali nak cerita psl dia.. haaa ni dia dah post gambar dia yg lawa sikit. hehehe
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register