View: 592|Reply: 4
|
[Dunia]
Shanghai sekat akses bangunan dihuni mangsa COVID-19
[Copy link]
|
|
Shanghai sekat akses bangunan dihuni mangsa COVID-19
Pagar hijau yang dipasang bagi menyekat akses ke bangunan kediaman di Shanghai, China sekiranya terdapat kes positif COVID-19. - Foto REUTERS
SHANGHAI: Pihak berkuasa Shanghai memasang jaring sekatan di luar beberapa bangunan kediaman bagi menghindari penduduk meninggalkannya atau dimasuki orang luar.
Tindakan itu mencetuskan bantahan terhadap perintah berkurung yang sememangnya memaksa 25 juta penduduk bandar itu untuk terus berada di rumah.
Imej pekerja berpakaian perlindungan diri (PPE) putih menutup pintu masuk ke kawasan perumahan dan menyekat jalan dengan pagar hijau setinggi kira-kira dua meter mula tular di laman sosial, sekali gus menimbulkan pertanyaan dan aduan daripada penduduk.
"Bukankah ini satu ancaman keselamatan penduduk, bagaimana kalau berlaku kebakaran," soal pengguna laman sosial Weibo.
"Ini sangat tidak menghormati hak orang yang berada di dalam, menggunakan jaring besi untuk mengurung mereka seperti binatang peliharaan," menurut seorang lagi pengguna.
Kebanyakan halangan diletakkan di luar perkarangan yang ditetapkan sebagai kawasan tertutup dan bangunan di mana sekurang-kurangnya satu kes positif COVID-19, menyebabkan semua penduduk dilarang meninggalkan rumah mereka.
Shanghai kini berdepan penularan terbesar COVID-19 dan melaksanakan dasar 'sifar COVID-19' yang memaksa semua kes positif dimasukkan ke premis kuarantin berpusat.
Perintah berkurung itu, yang berlarutan lebih tiga minggu, mencetuskan kekecewaan berhubung kesukaran mendapatkan akses bekalan makanan manakala harga barangan keperluan asas dikatakan meningkat lima kali ganda.
Selain itu, sektor penjagaan kesihatan lain turut terjejas, orang ramai kehilangan sumber pendapatan manakala keadaan di pusat kuarantin serta paksaan untuk berpisah dengan keluarga juga kurang disenangi penduduk Shanghai. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
|
org china kominis yg terbiasa dgn kominis kuku besi pun memberontak kne lockdown
org malaysia aku rasa aman2 je bergumbia kne mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen kuku besi je yg kurung rakyat dgn pagar besi. |
|
|
|
|
|
|
|
zalim komunis ini...apa lagi cina mau?? |
|
|
|
|
|
|
|
rohingya patut hantar ke sini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|