CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2325|Reply: 38

Krisis Global- Dunia Bakal Kehabisan Makanan Tahun 2050

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star.  


Berdasarkan kajian dan analisis, mereka menyatakan bahawa krisis makanan global itu diramal berlaku dalam tempoh 27 tahun dan 251 hari lagi, manakala pengiraannya bermula pada 24 April 2022.


Seorang ahli sosiobiologi, Edward Wilson berkata, manusia memerlukan dua planet Bumi untuk memenuhi keperluan makanan semasa.




Foto: AFP




“Bumi mempunyai had kapasiti dalam membekalkan sumber makanan kepada manusia. Walaupun seluruh manusia menukar diet menjadi vegetarian, tanah-tanah ladang di Bumi masih tidak dapat memenuhi keperluan tersebut.


“Populasi  dunia akan menjadi terlalu besar berbanding bekalan makanan. Pada masa itu (2050), terdapat hampir 10 bilion penduduk Bumi dengan permintaan makanan meningkat 70 peratus berbanding tahun 2017.


“Apa yang berlaku adalah sumber makanan di Bumi adalah terhad kepada 10 bilion orang sahaja. Itu angka maksimum. Ia tidak berubah kerana biosfera bersifat malar,’’ jelas Wilson.


Pakar-pakar berkata, jangka masa itu adalah berdasarkan perbandingan kadar pengambilan makanan semasa yang kini berlebihan dan pertumbuhan populasi manusia di Bumi.


Statistik itu menunjukkan bahawa manusia perlu menghasilkan lebih banyak makanan dalam tempoh 40 tahun akan datang berbanding pengeluaran makanan sejak 8,000 tahun lalu.


“Tidak mungkin semua orang bersetuju untuk berhenti makan daging, jadi takat maksimum sebenar adalah lebih rendah daripada 10 bilion. Tambahan pula, pengambilan makanan berlebihan dan pembaziran makanan berlaku setiap hari.


“Sebagai contoh, jika seluruh penduduk dunia memiliki diet yang sama dengan rakyat Amerika Syarikat (AS), Bumi hanya boleh membekalkan makanan kepada 2.5 bilion orang.


“Dunia boleh memberi makan kepada populasi lebih besar jika manusia tidak memakan daging kerana tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan daging jauh lebih banyak berbanding makanan lain. Sebagai contoh, kita memerlukan lebih 75 kali tenaga untuk menghasilkan daging berbanding jagung,’’ tambah Wilson.


Saintis-saintis lain turut sebulat suara menyokong amaran tersebut. Antara mereka ialah Profesor Julian Cribb yang menulis buku mengenai ramalan krisis itu.


“Ini adalah krisis makanan global yang saya tidak fikir ada jalan keluar daripadanya. Ia berlaku lebih pantas berbanding perubahan iklim.


“Kekurangan air, tanah dan tenaga termasuk peningkatan permintaan daripada populasi manusia dan pertumbuhan ekonomi akan mewujudkan krisis kekurangan makanan global sekitar tahun 2050. Perang dunia berpotensi berlaku yang berpunca daripada krisis makanan dan air pada tahun-tahun akan datang,’’ katanya. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 03:19 PM | Show all posts
- tambah production - makanan sintetik makmal

- kurangkan populasi - peperangan wabak penyakit kebuluran vaksinasi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-4-2022 06:53 PM

pantang ada tnh 0....pacak jer mall...ni ha...mkn la batu bata mall tu kang.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:57 PM | Show all posts
ini idea siapa lagi ..punya buduh..

20 thn dulu cakap minyak habis....masih ada pun sekarang
5 thn dulu cakap ikan di laut habis ...sekarang nenek ikan pun masih ada...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:59 PM | Show all posts
saje nak naikkan harga makanan tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 03:59 PM | Show all posts
manusia hanya meramal, tuhan akan tentukan...mana tau masa depan Malaysia akan ada winter pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 04:08 PM | Show all posts
ayuhhh beranak lagi ummah sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Separuh penduduk negara india dan Indonesia   perlu dilupuskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bumi ni bukan main luas lagi. Mesti ada cara untuk tanam makanan di tanah yang tandus tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat penat je stok makanan utk 5 hari
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 03:46 PM | Show all posts
rezeki tu milik ALLAH yg maha kaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Solution paling mujarab = ber doa
Makanan boleh jatuh dari sky
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:32 PM | Show all posts
Anak tu bawa rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:57 PM | Show all posts
mcm biasa bangsa2 etis percaya pada RAMALAN saintis... yang pondan sibuk suruh ngajar orang lain suruh memondan jngn beranak... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 06:59 PM | Show all posts
Simunggu replied at 25-4-2022 03:57 PM
ini idea siapa lagi ..punya buduh..

20 thn dulu cakap minyak habis....masih ada pun sekarang

hanya bangsa etis percaya pada RAMALAN saintis munggu...

teringat 2012 diramalkan oleh saintis planet akan berlaga...

waaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 07:11 PM | Show all posts
Edited by Radzor at 26-4-2022 07:17 PM

Mai dah geng2 iluminasi ni

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/04/947709/rothschild-dilantik-penasihat-penjualan-village-grocer-big

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 07:16 PM | Show all posts
Pakat2 mai ramai2 .. bawak roti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 04:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 05:14 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 26-4-2022 03:50 PM
Solution paling mujarab = ber doa
Makanan boleh jatuh dari sky

[youtube]77adNcCVkSw[/youtube]

Never to dismiss the power of DOA...Suami ada didik bab ini tak?


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 06:15 AM | Show all posts
“Sebagai contoh, jika seluruh penduduk dunia memiliki diet yang sama dengan rakyat Amerika Syarikat (AS), Bumi hanya boleh membekalkan makanan kepada 2.5 bilion orang

-------

okay janganlah ikut diet org US , gitu hahaha
sana sini pembaziran makanan ade je, macam kan moreh moreh bil akhir ramadhan ni , macam jaudah murtabak ke ape ke, i think org dah mula rasa dah makan dah benda ni awal awal maka tak ramai yg ambil muratbak dah gitu...so ntahlah ape jadi ..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.080327 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list