View: 1033|Reply: 7
|
"Sila Yakin Bahawa Baki, Butiran Akaun Anda Tidak Terjejas" - Maybank
[Copy link]
|
|
Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya mula mengalami kelembapan berikutan jumlah trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.
Gambar hiasan/NST
Dalam satu kenyataan pada Isnin, bank itu berkata, ia sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatannya yang menjejaskan penggunaan laman sesawang Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan kad debit bermula Isnin 9 pagi.
Kredit foto: Twitter
"Sila yakin bahawa baki dan butiran akaun anda tidak terjejas dan terjamin dengan kami. Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.
"Kami menghargai sikap bertimbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U," katanya.
Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya orang nak guna duit hari ni juga. Siapa tak sakit kepala tengok baki 0.00. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
MySejahtera tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Dh telefon asyik bz je.....lastnye transfer kat website die je baru boleh...kalau pakai apps tak lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Hari-hari mau tersenyum sinis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
capitalist ni takede nak counter offer kerugian pelanggan ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau x report...xdpt la...if report n fight dpt la kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|