View: 771|Reply: 5
|
[Dunia]
Tular pelajar sekolah makan makanan dari atas lantai
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar memaparkan situasi ketika seorang lelaki menghidangkan makanan di atas lantai sebuah sekolah agama di Indonesia. - Instagram
Tular pelajar sekolah makan makanan dari atas lantai
JAKARTA – Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi seorang lelaki menghidangkan makanan kepada pelajar sebuah sekolah agama dengan cara meletakkannya di atas lantai tanpa berlapik, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @ihsanalkolev09.
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul di sebuah bilik. Mereka dilihat duduk di atas lantai tanpa beralaskan tikar atau apa-apa peralatan.
Pelajar-pelajar itu dilihat memakai kopiah dan berkain pelikat.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju hijau datang membawa besen yang berisi makanan. Lelaki itu dilihat mencedok makanan dan meletakkannya di atas lantai jubin tanpa beralaskan pinggan atau dulang.
Sebaik sahaja lelaki itu selesai, pelajar-pelajar lelaki itu terus menjamah makanan yang disediakan tanpa berasa risau akan kotoran yang ada pada lantai tersebut. Malah, mereka terlihat bersemangat ketika menjamu selera.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Sungguh tidak menunjukkan adab bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman, sia-sia jika tiada adab,’’ tulis seorang netizen.
“Memang menyedihkan kerana menjaga keberishan dan kesihatan adalah perintah agama,’’ komen netizen lain. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... n-dari-atas-lantai/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku terajang kang lebai2 from hell ney sume! Esok luse dengor la pulak cerite dia menyontot bebudak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya perangai...ustaz brand apa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia....mbak.. pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
nie ajaran wali bongok........ |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betullah... takkan ramai2 orang dewasa kat sana seorang pun tak boleh fikir ianya sesuatu yang tak normal. Kumpul duit beli at least talam besar. ... tutup sahaja sekolah mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|