CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 3

[Tempatan] Menjelang pelaksanaan hukuman mati, ibu banduan saman ketua hakim Singapura

[Copy link]
Post time 25-4-2022 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2022 06:46 AM

Menjelang pelaksanaan hukuman mati, ibu banduan saman ketua hakim SingapuraPredeep Nambiar -

April 25, 2022 8:07 PM





Nagaentharan Dharmalingam dijadualkan dihukum gantung pada Rabu ini. Ibunya, Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan untuk menghentikan hukuman mati itu pada saat-saat terakhir.



GEORGE TOWN: Ibu kepada seorang banduan warganegara Malaysia di Singapura memfailkan permohonan pada saat-saat akhir untuk menghentikan hukuman mati, sementara menunggu pendengaran kesnya terhadap ketua hakim negara republik itu berhubung kemungkinan wujud konflik kepentingan.

Nagaentharan Dharmalingam, 34, dijadualkan dihukum gantung pada Rabu ini. Permohonan yang difailkan ibunya akan didengar esok.

Dalam cubaan saat akhir untuk menghentikan hukuman mati itu, ibunya memfailkan saman itu mendakwa terdapat kemungkinan konflik kepentingan kerana ketua hakim negara adalah peguam negara ketika Nagaentharan didakwa dan disabit bersalah mengedar dadah pada 2011.
Ibunya, Panchalai Supermaniam, 60, akan hadir di Mahkamah Rayuan Singapura esok untuk berhujah kes itu sendiri.

Jurucakap Panchalai berkata, beliau akan mewakili dirinya dan berhujah kes itu tanpa peguam kerana tiada peguam mahu hadir dalam rekod terhadap Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon.

Menon telah menolak beberapa rayuan yang difailkan keluarga itu terhadap hukuman mati berkenaan, menurut laporan berita sebelum ini.

Berdasarkan notis usul yang difailkan hari ini, Panchalai berkata, mahkamah perlu meneliti peranan Menon sebagai peguam negara ketika Nagaentharan didakwa dan disabitkan bersalah. Menon adalah peguam negara antara 2010 dan 2012.

Panchalai berhujah bahawa pertuduhan dan sabitan itu bertentangan jaminan Perlembagaan Singapura mengenai kehidupan dan kebebasan peribadi, serta memohon pengisytiharan bahawa hukuman itu tidak mengikut Perlembagaan.

Nagaenthran menjalani hukuman mati sejak 2010. Dia disabitkan bersalah atas tuduhan menyeludup 42gm heroin ke Singapura.

Dalam perbicaraan, dia diisytiharkan individu yang mengalami kecacatan intelektual dengan IQ 69. Tetapi, mahkamah mendapati dia tidak “cacat dengan ketara” dan dia tahu sepenuhnya sedang melakukan tindakan menyalahi undang-undang, menurut laporan terdahulu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2022 10:48 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2022 06:49 AM

Anjur protes hukuman mati Nagaenthran, 3 wakil LFL dipanggil polisFMT Reporters -

April 25, 2022 6:00 PM





Lawyers for Liberty mengadakan protes di luar Suruhanjaya Tinggi Singapura pada Sabtu lalu bagi membantah pelaksanaan hukuman mati ke atas Nagaenthran K Dharmalingam pada Rabu ini.



PETALING JAYA: Polis memanggil tiga wakil daripada Lawyers for Liberty (LFL) untuk memberi keterangan berhubung protes anjuran kumpulan itu di luar Suruhanjaya Tinggi Singapura pada Sabtu lalu.

Kumpulan itu dalam kenyataan hari ini berkata, ketua penyelaras Zaid Malek bersama sukarelawan Mahajoth Singh dan Nabila Khairuddin dipanggil memberi keterangan berhubung protes terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas warganegara Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam di Singapura pada Rabu ini.

“Mereka akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi pada 11 pagi Selasa.”
Zaid memberitahu FMT, polis tidak menyatakan mereka disiasat mengikut akta mana.

Sebelum ini, LFL dilaporkan berharap protes itu akan mendorong kerajaan Malaysia campur tangan dan membawa Nagaenthran pulang menerusi program pertukaran tahanan antarabangsa untuk menjalani hukumannya di sini.

Rangkaian Anti Hukuman Mati Asia (Adpan) dan Pemuda MIC turut mengadakan perhimpunan di luar Suruhanjaya Tinggi Singapura pada masa sama dengan 150 peserta bersurai sejam selepas protes bermula 4 petang Sabtu lalu.

Nagaenthran, 34, yang juga orang kurang upaya dari segi mental, ditahan pada 2009 atas kesalahan menyeludup 42.72g heroin ke Singapura dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun berikutnya.

Dipercayai mempunyai IQ 69 – tahap yang diiktiraf kurang upaya – Nagaenthran gagal dalam permohonan pengampunan dan kesnya sejak itu mendapat kritikan meluas, dengan Kesatuan Eropah dan jutawan British, Richard Branson antara pihak yang mengutuk pelaksanaan hukuman mati itu.




Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Peh ni baru lah, dia sendiri jd peguam bila tiad peguam sanggup wakil
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam filem Hindustan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053466 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list