Jam tangan RM1.3j milik Leclerc kena rembat[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
London: Jam tangan mewah berjenama Richard Millie milik pemandu Formula Satu Ferrari, Charles Leclerc yang bernilai £246,000 (RM1.36 juta) dicuri di Itali kelmarin.
Menurut akhbar Itali, Corriere della Sera, insiden berlaku ketika dia didatangi seorang lelaki yang ingin bergambar bersama kira-kira jam 10 malam di bandar Viareggion di Tuscan.
Leclerc kemudiannya dikerumuni peminat lain yang turut mahu bergambar dan meminta tandatangan sebelum jam tersebut direntap daripada pergelangan tangannya oleh seorang daripada mereka yang pantas melarikan diri.
Pendahulu kejohanan dunia itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan Leclerc telah membuat laporan polis. Jurulatihnya, Andrea Ferrari yang ada bersama ketika itu membuat satu hantaran di media sosial mengenai insiden terbabit.
"Keadaan di Via Salvotari sangat gelap sekian lama dan kami telah melaporkannya. Malam tadi mereka merompak kami. Adakah anda terfikir untuk membetulkan lampu jalan? Minta bantuan kawan,"
Leclerc menyaksikan kejohanan tenis Masters MonteCarlo sebelum kejadian samun itu berlaku.
Terdahulu, dia memuat naik gambarnya dalam 'simulator' Ferrari ketika dia bersiap untuk Grand Prix Emilia Romagna hujung minggu ini.
Leclerc akan ke Imola sebagai pendahulu kejuaraan dunia dengan 34 mata selepas meraih kemenangan kedua dalam tiga perlumbaan.
https://api.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/04/833930/jam-tangan-rm13j-milik-leclerc-kena-rembat
|