View: 700|Reply: 6
|
[Tempatan]
KPM minta guru-guru jangan buat LIVE guna media sosial ketika sedang mengajar dlm kelas
[Copy link]
|
|
Guru Diminta Elak Buat “Live” Melalui Media Sosial Ketika Sedang Mengajar
Diterbitkan pada 25 Apr 2022. oleh Aman.
Kementerian Pendidikan kini telah mengarahkan para cikgu seluruh negara supaya tidak melakukan dan mengelak daripada membuat siaran langsung ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Hal ini kerana ia turut memberikan kesan terhadap pembelajaran oleh seseorang murid – termasuk segan untuk menjawab dan sebagainya, kerana ia mungkin ditonton oleh orang luar, dan takut tersilap.
Pada masa yang sama, memandangkan apa yang dikongsikan atas talian akan kekal selamanya, maka kesan sesuatu video terhadap seseorang pelajar juga mungkin adalah besar.
Menteri Pendidikan mengatakan mereka telah memaklumkan kepada guru-guru supaya mengelak berbuat demikian, dan akan turut mengeluarkan pemakluman kepada guru berkenaan perincian berkaitan siaran langsung ketika mengajar.
Pada masa yang sama, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) turut mengatakan penggunaan media sosial khususnya membuat siaran langsung ketika waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah.
sumber: amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan ada betina polis jakun buat live time operasi, kpm cepat2 warning staff dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat live ni part of workscope cikgu cikgi ke |
|
|
|
|
|
|
|
KPM baru tahu ke ramai cikgu di aplikasi TikTok |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa click like dan subscribe ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|