Korea Utara hargai 'zaman kegemilangan baharu' dengan Rusia[size=14.399999618530273px]BERNAMA
Kim Jong-un. FOTO Reuters
Seoul: Korea Utara pada Isnin menyifatkan hubungan dengan Rusia memasuki "zaman kegemilangan baharu," sempena ulang tahun ketiga sidang kemuncak antara pemimpin kedua-dua negara, menurut Agensi Berita Yonhap.
Pada 2019, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan sidang kemuncak pertamanya dengan Presiden Vladimir Putin di bandar Vladivostok, timur Rusia.
"Hubungan Korea Utara-Rusia akan terus kukuh dan berkembang serta memasuki zaman kegemilangan baharu sejajar perkongsian khusus antara (kami)," kata Kim.
Beliau berkata sokongan antara satu sama lain di pentas antarabangsa juga semakin kuat "berbanding sebelumnya," ketika berdepan cabaran di dalam dan luar negara.
"Pengukuhan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara menjamin keamanan dan keselamatan di Asia Timur Laut dan dunia," katanya.
Korea Utara baru-baru ini mempamerkan hubungannya dengan Rusia di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Moscow dan Washington susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 4:08am
|