CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2845|Reply: 30

[Tempatan] Ke manakah kak Teh menghilang selama 47 tahun, pulang lah untuk menyambut 1 swayal bersama

[Copy link]
Post time 26-4-2022 06:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2022 03:33 PM

Pulanglah Kak Teh...[size=14.399999618530273px]Ainal Marhaton Abd Ghani
[email protected]




BATLIYAH mengimbau kenangan bersama kakaknya, Che Putih yang sudah hampir 47 tahun tidak ditemui. FOTO AINAL MARHATON ABD GHANI




Jerantut: "Sudah-sudahlah merajuk Kak Teh. Lupakan semua yang berlaku, rindu sangat berpuluh tahun tidak bertemu, kalau dapat jumpa sekejap pun jadilah. Raya dah dekat sangat."

Begitu luahan hati Batliyah Din, 62, apabila amat mengharapkan kepulangan kakaknya Che Putih, 70-an, pada 1 Syawal ini selepas menghilangkan diri sejak 47 tahun lalu.

Batliyah berkata, kakaknya seharusnya melupakan kisah-kisah lama kerana masing-masing sudah berusia dan bila-bila masa akan kembali menghadap Allah SWT.

"Saya tidak pernah berhenti berdoa untuk dipertemukan kembali dengan kakak, lebih-lebih lagi ketika berada di hujung Ramadan dan 1 Syawal akan menjelang tidak lama lagi.

"Sejak kehilangannya, setiap kali tiba bulan puasa terutama waktu berbuka dan menjelang Aidilfitri, air mata pasti mengalir terkenangkan Kak Teh (panggilan bagi Cik Putih)," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, kehilangan Che Putih begitu dirasai terutama ketika bapa, Din Mohamad meninggal dunia pada 2002, diikuti ibunya, Bashah Hassan (2007) dan adik keempatnya, Mohd Noor (1980), apabila kakaknya itu langsung tidak muncul.

Katanya, Che Putih anak ketiga daripada tujuh beradik itu bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang, tiba-tiba keluar meninggalkan keluarga kerana 'merajuk' apabila ibu bapa mereka tidak bersetuju permintaannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri.

"Dua kali kakak bawa balik lelaki itu bertemu mak dan ayah mohon restu untuk berkahwin, tetapi permintaannya ditolak.

"Kali terakhir kami bertemu pada 1975 dan dua hari selepas kejadian itu, kakak terus menghilangkan diri tanpa khabar berita sehingga hari ini," katanya yang menetap di Felda Padang Piol, di sini.

Batliyah berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga menetap di Kampung Pantai Perai, Kedah selepas bapanya bersara sebagai anggota polis di Balai Polis Penang Road, Pulau Pinang sekitar awal 70-an.

"Ketika Kak Teh meninggalkan kami, saya baharu berusia 15 tahun, manakala dia dalam lingkungan 20-an," katanya.

Batliyah yakin kakaknya kini sama ada di Pahang atau Pulau Pinang berdasarkan maklumat yang diterima daripada ahli keluarga yang lain.

"Saya pernah mencarinya di Balik Pulau, Pulau Pinang tetapi hampa dan tidak tahu lagi di mana Kak Teh tinggal sebenarnya walaupun kini dia dipercayai berada di Pahang," katanya.

Batliyah berkata, Che Putih adalah seorang kakak yang penyayang kerana banyak berbelanja untuk keluarga apabila menjelang Aidilfitri.

"Kenangan ini membuatkan saya amat sedih setiap kali berpuasa dan menyambut hari raya. Saya harap Kak Teh dapat datang ke rumah saya di Felda Padang Piol.

"Kami boleh mengatur pertemuan untuk berjumpa dengan adik-beradik yang menetap di Kedah dan Perlis," katanya.

Batliyah berharap orang ramai terutama anak Che Putih yang membaca kisah ini dapat menghubunginya di talian 014-6389428.
"Jika dia uzur, saya sanggup pergi berjumpanya tidak kira walau di mana dia berada," katanya.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut diselubungi kebimbangan sekiranya tidak dapat bertemu Che Putih buat selama-lamanya kerana faktor usia mereka yang meningkat.

"Pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat hantaran menerusi media sosial Facebook dengan harapan Kak Teh dapat ditemui lebih-lebih lagi ketika umat Islam akan menyambut lebaran.

"Andai kata dia sudah tiada, saya mahu bertemu waris dan mengetahui perjalanan hidupnya selama ini.

"Semoga Syawal yang bakal tiba ini memberi sinar kepada saya sekeluarga untuk bertemu Kak Teh bagi melepaskan rindu yang terpendam lama," katanya.


Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 12:05am




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 07:20 AM | Show all posts
sedihnya lahai.. sampai dah meninggal orang tua pun, masih tak balik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Merajuk betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
I fear the worst
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rindu sangat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kepingin utk merajuk begini. Pergi ke somewhere tanpa jejak... meninggalkan semuanya. Semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 dia dah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 26-4-2022 07:58 AM
Aku kepingin utk merajuk begini. Pergi ke somewhere tanpa jejak... meninggalkan semuanya. Semua.

Apa yg ko ada untuk ditinggalkan? Care to share
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 08:13 AM | Show all posts
offer money always can lor
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:19 AM | Show all posts
dah 47 tahun kot...
dulu tak nak cari
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:49 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan la urusan acik ni untuk mencari Kak Teh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm story kt iium confession td
Tp versi 47 years later la
Kt iium tu kkk dia baru lari dgn bf nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 09:58 AM | Show all posts

Ke dah migrate ke overseas
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:10 AM | Show all posts
wirazam replied at 26-4-2022 09:58 AM
Ke dah migrate ke overseas

sheols dah 70s... ntah lah...

actually iols ada nenek saudara (adik nenek i belah penang) yang melarikan diri masa umur 20s... punca nya, sbb dia dirogol oleh abang ipar nya sendiri (husband kepada kakak nombor 2, nenek i sulung)... mmg dia tak kembali sampai sudah.. nenek i meninggal, adik beradik meninggal, mmg dia tak muncul dah.. kitorang pun anggap dia dah takde... arwah nenek i kadang2 meluah dia sedih sbb rindu adik dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup adik beradek ni paling indah masa zaman masih kecil bersama ibu bapa je...bila dah besar mcm2 perangai..
dah kawen masalah lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:42 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan akak ni mencari kakak dia tp mungkinkah kakak dia dah meninggal, Wallahu A'lam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 11:09 AM | Show all posts
ooo.. ni la yang i dengar kat radio pagi tadi..
berair juga la air mata dengar dia merayu kakak dia balik..
acik ni tak minta bantuan JPN ke untuk kesan kakak tu?
JPN mesti ada rekod hidup mati penduduk malaysia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:25 AM | Show all posts
zehra2 replied at 26-4-2022 08:19 AM
dah 47 tahun kot...
dulu tak nak cari

tak baca habis le ni kan. dia org dah merata la cari kakak dia tu. belum jodoh tuk jumpa.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat bertemu kembali jika kakaknya masih hidup atau dapat bertemu waris dia ke apa.
Penah tgk dlm cenel CI tu, anak gadis dia merajuk gak masa gaduh ngan ayah dia so lari dr rumah.
Pastu mmg tak balik2 taktau la mana pi.Dah berpuluh tahun baru ayah dia tau apa jadi kat dia.
Rupanya dia dh lama mati tapi kuburnya tak bernama dikira kes jane doe.
Polis jumpa mayat dia kat kawasan paya, muka tak dapat dikenali lagi.Mangsa rogol dan bunuh.
Rupanya dia berjalan sorang2 atas jalan raya pastu terserempak dgn polis peronda.
Kekdahnya polis tu jahat yakmat, rogol dan bunuh dia pastu acah2 mcm taktau apa berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm famili aku ada pengalaman mencari sedara yg hilang..puas la kita menjejak dia. ..dah jumpa alhamdulillah..tapi hubungan jadi buruk sbb dia ni rupanya perangai suka pinjam duit taknak bayar..hujung2 bergaduh jugak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050260 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list