View: 678|Reply: 1
|
[Dunia]
Restoran ditutup seminggu kerana cef putus cinta
[Copy link]
|
|
Restoran ditutup seminggu kerana cef putus cinta
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... na-cef-putus-cinta/
Oleh KOSMO!
26 April 2022, 4:30 pm
Restoran Bro’s BBQ mengeluarkan notis bagi memberitahu mengenai penutupan sementara premis itu. – Facebook/Mothership
SINGAPURA – Sebuah restoran di Jurong, Singapura terpaksa ditutup selama seminggu berikutan keadaan tukang masak atau cef yang didakwa baru sahaja putus cinta, lapor laman berita Detik semalam.
Menurut portal berita Mothership, restoran bertemakan barbeku dan makanan laut itu hanya akan dibuka semula selepas keadaan cefnya kembali ‘pulih’.
Menerusi notis yang dilekatkan di hadapan premis, restoran Bro’s BBQ itu menyatakan, cef di restoran tersebut sedang patah hati sehingga tidak dapat memasak untuk pelanggan.
“Cef kami baru sahaja putus cinta. Dia memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikirannya dan menyendiri di tepi laut. Kami akan berehat sebentar selama seminggu dan jangan risau kerana cef kami tidak akan terjun ke dalam laut,” demikian menurut notis tersebut.
Imej notis itu seterusnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook dengan ramai pengguna memberikan pelbagai pendapat.
“Semoga cef tidak terlalu lama kecewa. Pasti rasa patah hati itu terlalu mendalam sampaikan restoran terpaksa ditutup,” kata seorang netizen.
Bagaimanapun, menurut pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Ye, notis tersebut sebenarnya hanyalah satu cara kreatif yang dilakukan bagi memberitahu pelanggan mengenai penutupan sementara premis itu.
Menurut Ye, cef restoran itu sebenarnya bukan kecewa akibat putus cinta, sebaliknya dipindahkan ke cawangan lain kerana kekurangan pekerja.
Tambah lelaki itu, kebanyakan pekerjanya merupakan warganegara Malaysia yang pulang ke negara asal mereka selepas dua tahun tidak dapat melakukan demikian akibat sekatan Covid-19.
“Saya hanya bergurau. Cef kami dalam keadaan baik,” katanya. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Restoran Ditutup Seminggu Sebab Cef Putus Cinta
SINGAPURA – Sebuah restoran di Jurong, Singapura terpaksa ditutup selama seminggu berikutan keadaan tukang masak atau cef yang didakwa baru sahaja putus cinta, lapor laman berita Detik.
Menurut portal berita Mothership, restoran bertemakan barbeku dan makanan laut itu hanya akan dibuka semula selepas keadaan cefnya kembali ‘pulih’.
Menerusi notis yang dilekatkan di hadapan premis, restoran Bro’s BBQ itu menyatakan, cef di restoran tersebut sedang patah hati sehingga tidak dapat memasak untuk pelanggan.
Foto: Detik
“Cef kami baru sahaja putus cinta. Dia memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikirannya dan menyendiri di tepi laut. Kami akan berehat sebentar selama seminggu dan jangan risau kerana cef kami tidak akan terjun ke dalam laut,” demikian menurut notis tersebut.
Imej notis itu seterusnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook dengan ramai pengguna memberikan pelbagai pendapat.
“Semoga cef tidak terlalu lama kecewa. Pasti rasa patah hati itu terlalu mendalam sampaikan restoran terpaksa ditutup,” kata seorang netizen.
Bagaimanapun, menurut pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Ye, notis tersebut sebenarnya hanyalah satu cara kreatif yang dilakukan bagi memberitahu pelanggan mengenai penutupan sementara premis itu.
Menurut Ye, cef restoran itu sebenarnya bukan kecewa akibat putus cinta, sebaliknya dipindahkan ke cawangan lain kerana kekurangan pekerja.
Tambah lelaki itu, kebanyakan pekerjanya merupakan warganegara Malaysia yang pulang ke negara asal mereka selepas dua tahun tidak dapat melakukan demikian akibat sekatan Covid-19.
“Saya hanya bergurau. Cef kami dalam keadaan baik,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|