CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 6

[Tempatan] Tempoh penjalanan lebih panjang, PLUS Berhad nasihat pengguna 'highway' bersiap siaga

[Copy link]
Post time 26-4-2022 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 27-4-2022 02:34 AM

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya membuat persiapan rapi dengan jangkaan tempoh perjalanan di lebuh raya lebih panjang terutama pada Sabtu dan Ahad ini serta 7 dan 8 Mei depan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, ia berikutan sebahagian besar pengguna lebuh raya dijangka merebut peluang menikmati faedah tol percuma dan menyusun jadual perjalanan balik kampung serta kembali semula ke ibu kota berdasarkan tarikh tol percuma tersebut.

"Bagi menguruskan lonjakan trafik ekoran pengumuman tol percuma oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, PLUS juga menyatakan komitmennya untuk mengambil segala langkah yang munasabah untuk membantu orang ramai ketika berlakunya lonjakan trafik pada keempat-empat hari tersebut.

"Pihak PLUS akan mengambil langkah yang sewajarnya dan kami telah mengatur pelbagai persediaan rapi melibatkan aspek perjalanan di lebuh raya, di plaza tol dan juga kawasan-kawasan rehat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, perdana menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian tol percuma itu adalah pada Sabtu dan Ahad ini serta 7 dan 8 Mei depan untuk perjalanan pulang semula ke kediaman masing-masing, melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Pemberian tol percuma itu akan bermula pada 12 tengah malam pada 30 April hingga 11.59 malam pada 1 Mei kepada semua kelas kenderaan manakala untuk perjalanan pada 7 Mei, ia bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 8 Mei.

Selain itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus juga akan diberikan kepada lebuh raya yang lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

Dalam pada itu, PLUS menjelaskan bahawa pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuh rayanya yang menggunakan sistem tol tertutup dan akan dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch 'n Go masih perlu menyentuh kad mereka di lorong tol namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad tersebut.

"Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja dan sepertimana kad Touch 'n Go serta SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.

"Bagi pengguna kad Touch 'n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum perjalanan dengan Touch 'n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch 'n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Azman turut menasihatkan orang ramai supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini dan merancang perjalanan dengan teliti untuk mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keselesaan ketika memandu dengan berhenti rehat bagi menyegarkan diri serta makan dan minum yang secukupnya.

Pelanggan lebuh raya juga disaran supaya memuat turun aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuh raya menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan selain digalakkan menggunakan Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.
Harian Metro





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 10:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:29 AM | Show all posts
selamat jalan uols...

semoga tabah pada yang akan mengharungi jem nnt..

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 10:06 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan forumer yang bergerak esok lusa. Sediakan bekalan makanan/air/pampers secukupnya untuk yang ada anak anak kecil. Rnr pun komfem sesak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 09:26 AM | Show all posts
selamat pulang semua perantauan...drive secara berhemah, ingat org tersayang.
any update on traffic starting today? mls nk check dlm twitter (pdhal iols bukan pengguna twitter pun).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 09:35 AM | Show all posts
Malam ni gerak 11.59 pm...isi minyak vrommmmm! Jumpa di PLUS!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037807 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list