CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2182|Reply: 28

[Tempatan] 'Ringgit' mencorot, terburuk dalam tempoh 5 tahun!

[Copy link]
Post time 28-4-2022 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-4-2022 01:00 PM

KUALA LUMPUR – Ringgit Malaysia menghampiri kerugian bulanan terbesarnya dalam tempoh lebih lima tahun kerana kejatuhan harga minyak dan sokongan kadar faedah yang rendah oleh bank pusat telah menjejaskan mata wang pengeksport minyak itu.

Dengan kejatuhan harga minyak yang ‘melenyapkan’ sebahagian besar keuntungan  dibuat susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari, ringgit, turun 3.6% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat bulan ini, bersedia menyaksikan lebih banyak penyusutan ekoran kelembapan ekonomi China.

”Penurunan ringgit sudah tentu jauh lebih tinggi daripada jangkaan saya,” kata Alvin Tan, Ketua Strategi Mata wang Asia di RBC Capital Markets di Hong Kong.

Ramal beliau, mata wang ringgit akan terus lemah selagi selagi risiko pertumbuhan China terus meningkat.

Pendedahan ekonomi Malaysia kepada China ternyata menjadi ancaman kepada ringgit.

China, yang ekonominya semakin terjejas oleh beberapa siri sekatan akibat Covid-19 merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia pada 2021.

RBC Capital meramalkan ringgit, yang didagangkan pada paras terendah sejak Mei 2020 pada hari Rabu, berisiko menyusut kepada  4.40 berbanding dolar AS pada penghujung suku kedua, tahap terakhir dilihat pada April 2020.

Ringgit yang pernah menyusut paling ketara sejak November 2016, merupakan mata wang Asia sedang pesat membangun yang merekodkan prestasi kedua terburuk bulan ini.

Jurang yang semakin meluas dalam dasar monetari antara bank pusat Malaysia dan Rizab Persekutuan juga akan menghalang sebarang keuntungan bermakna dalam ringgit tidak lama lagi.

Walaupun Rizab Persekutuan menyokong kenaikan kadar faedah yang agresif tahun ini, Bank Negara Malaysia pula menahan dan berkemungkinan akan terus berbuat demikian.

Kawalan ketat dasar monetari apabila inflasi disebabkan oleh kejutan bekalan mempunyai keberkesanan yang terhad, kata Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Yunus minggu lalu, walaupun ketika inflasi makanan Mac mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.

”Penurunan harga minyak dan perbezaan dasar bank pusat tidak menguntungkan ringgit. Bank Negara Malaysia hanya akan menaikkan sekali sahaja menjelang akhir tahun, yang akan menjadi sangat lemah berbanding jangkaan kenaikan kadar AS tahun ini.

”Itulah sebabnya terdapat banyak kepentingan perlindungan jangka pendek dalam USD/MYR,” kata Jeff Ng, penganalisis mata wang kanan di MUFG di Singapura.

MUFG meramalkan bahawa ringgit mungkin mencecah 4.16 setiap dolar AS menjelang akhir tahun, manakala DBS melihatnya pada 4.28.

“Ia kebanyakannya pandangan dolar,” kata Philip Wee, pakar strategi FX kanan di DBS di Singapura yang menjangkakan dolar akan memuncak pada suku ketiga apabila perhatian beralih kepada bank pusat lain yang melaksanakan dalam dasar normalisasi.

Tambahnya, perkembangan itu akan menguntungkan ringgit. – Bloomberg

https://malaysiagazette.com/2022/04/27/ringgit-hampiri-penyusutan-bulanan-paling-ketara-dalam-tempoh-lima-tahun/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 09:21 AM | Show all posts
adakah yg peduli?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 28-4-2022 09:21 AM
adakah yg peduli?

takde..duit takde nanti mintak keluar lagi kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kemungkinan tak rega emas pun akan turun nti?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 28-4-2022 09:21 AM
adakah yg peduli?


saiya misti sini mari malezia..jugok-abangla
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:38 AM | Show all posts
so ? apo plan piyem penyu utk tangani permasalahan ini ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2022 10:41 AM | Show all posts
kurang kesedaran rakyat pasal ni
yela skang kn tgh kaya 10k masing2
bape kerat je amik peduli pasal inflasi ni sume
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:51 AM | Show all posts
10k tu xbsr mane pn..kena jimat2 lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 10:57 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 28-4-2022 10:31 AM
Ada kemungkinan tak rega emas pun akan turun nti?

Turun sekarang sbb China lockdown/US interest rates hike. Investors concerntrate on bonds vs gold. Bear market sekarang...masa untuk menambah pelaburan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:28 AM | Show all posts
jadi klu ada cash dlm rm...dr terperuk dlm asb yg thn ni xtau la brape div...apa yg blh dibuat utk jd tambah 20%?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 28-4-2022 11:28 AM
jadi klu ada cash dlm rm...dr terperuk dlm asb yg thn ni xtau la brape div...apa yg blh dibuat utk j ...

Zakat harta dah bayar tahun ini?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:59 AM | Show all posts
Keuntungan besar utk yang bergaji dlm Usd.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:03 PM | Show all posts
Orix replied at 28-4-2022 10:38 AM
so ? apo plan piyem penyu utk tangani permasalahan ini ???

pm penyu sibuk fikir nk buat jamuan raya extravaganza tahun ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat kita yg bekerja dinegara sebelah sinun.....senyum sampai ketelinga...

SIN 1 = RM 3.15
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:15 PM | Show all posts
katanya BN lg pandai urus ekonomi negara berbanding pakatan hancheng...penah la dengar kat forum ni dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 28-4-2022 11:28 AM
jadi klu ada cash dlm rm...dr terperuk dlm asb yg thn ni xtau la brape div...apa yg blh dibuat utk j ...

Hamboi ROI nk 20 persen!Ko main saham je la dek. Kalau berani ada ilmu la. X pun jual ketom!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 12:32 PM | Show all posts
Ramai yang masih tak sedar sebab sibuk nak beraya dan balik kampung.  Lepas seminggu nanti pasti ramai mula sedarinya tapi sedikit terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-4-2022 12:32 PM
Ramai yang masih tak sedar sebab sibuk nak beraya dan balik kampung.  Lepas seminggu nanti pasti ram ...

Kannnn.. cer gomen ckp tahun ni takde bonus, tak kwsp pengeluaran khas, no more bantuan raya bagai..mesti ramai dah bising. Sebab ada payung tu yg masih mabuk heran apa hyperinflation. Msia kan negara kayaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:42 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 28-4-2022 12:18 PM
Hamboi ROI nk 20 persen!Ko main saham je la dek. Kalau berani ada ilmu la. X pun jual ketom!

hahahha..kot ado sis...tlg la ajarin gue...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 12:44 PM | Show all posts
Najib Turun, Ringgit Naik - Tun M
Sabtu, 03 Oktober 2015 7:02 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyusutan nilai Ringgit yang dihadapi Malaysia pada masa ini mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat berkenaan sekali lagi menggesa Najib berundur daripada kedudukannya demi memulihkan ekonomi Malaysia.

"Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berucap ketika menghadiri Majlis Hi-Tea bicara politik bertajuk 'Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa' anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan.

Ketika sidang media selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata, beliau turut bersetuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mengaitkan kejatuhan nilai Ringgit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih.

"Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam tu.

"Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain, saya kaji jugak itu (kaitan isu 1MDB)," katanya.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.074173 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list