Seorang penyewa rumah di kejiranan berdepan tasik di South Lake Tahoe di California, bimbang apabila menerima beberapa 'tetamu' yang tidak dikenali tinggal di bawah rumahnya.
Tetamu yang dimaksudkan adalah sekumpulan beruang sehingga mencetuskan kebimbangan, jika haiwan itu bertukar ganas.
Gambar hiasan
Selama berbulan-bulan tinggal di situ, penyewa yang enggan dikenali itu berkata, dia sesekali mendengar bunyi seperti dengusan di bawah lantai papan.
Mereka ada bertanya kepada jiran sama ada mereka mendengar bunyi yang sama, tetapi semuanya memaklumkan tidak mendengar bunyi dimaksudkan.
Minggu lalu, lebih banyak bunyi bising didengar dan mereka percaya ia dilakukan sekumpulan beruang.
Penyewa kemudian memanggil kumpulan pencinta haiwan, Liga Beruang, untuk memeriksa rumah itu.
Selepas pemeriksaan dibuat, mereka menemui seekor beruang hitam betina bersama empat anaknya.
Pengarah eksekutif Liga Beruang, Ann Bryant berkata kepada CNN, beruang itu berkemungkinan berhibernasi di bawah rumah berkenaan, sejak awal Disember lalu.
Gambar beruang yang sempat dirakam penyewa
Bunyi yang didengari penyewa itu berkemungkinan beruang berdengkur, menyusu atau berguling.
"Beruang tidak berhibernasi sepenuhnya kerana haiwan itu berada dalam keadaan lesu," katanya.
Sumber: Harian Metro |