View: 506|Reply: 0
|
[Dunia]
Lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi digantung sehingga 2 Syawal
[Copy link]
|
|
Lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi digantung sehingga 2 Syawal
Umat Islam menunaikan solat Tarawih di Masjidil Haram di Makkah. - FOTO Reuters
Madinah: Lawatan dan kemasukan ke Raudah Sharif di Masjid Nabawi digantung selama enam hari bermula 28 April (27 Ramadan) hingga 3 Mei (2 Syawal).
Ini diumumkan oleh Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi di bawah Kepresidenan Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.
Agensi itu membuat keputusan berkenaan berikutan jangkaan besar pengunjung dan jemaah ke Masjid Nabawi untuk solat Tarawih dan Qiamullail pada hari-hari terakhir bulan Ramadan serta untuk solat sunat Aidilfitri.
Saudi Press Agency melaporkan, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pengunjung dan jemaah.
Sementara itu, Saudi Gazette melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak perlu mendapatkan permit.
Kementerian itu menyatakan bahawa kunjungan ke Masjidil Haram tidak memerlukan permit, tetapi ia adalah satu kemestian untuk mendapatkan permit bagi menunaikan umrah melalui permohonan Eatmarna.
Arab Saudi juga akan mula melihat hilal Syawal pada petang Sabtu, 29 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan 30 April 2022.
Solat sunat Aidilfitri untuk tahun ini pula akan diadakan di seluruh negara 15 minit selepas matahari terbit.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... g-sehingga-2-syawal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|