CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

Hanya Maut Dapat Memisahkan, Wanita Kahwini Pembunuh Yang Tunggu Masa Nak Dihukum Mati

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode
New York: Seorang wanita Britain sanggup terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk berkahwin dengan seorang pembunuh yang kini menanti untuk menjalani hukuman mati.


Rebecca Short, 26, menyembunyikan hubungan dengan penjenayah, Manuel Ovante Jr daripada keluarganya.


Ovante, 35, kini menjalani hukuman penjara di Penjara Eyman di Arizona kerana membunuh seorang lelaki dan wanita dalam rompakan dadah pada 2018.


Foto: Agensi




Short yang juga seorang jururawat pergigian pelatih dari Chipping Norton di Oxfordshire menyiarkan gambar di Disney World di Florida dan Jambatan Golden Gate di San Francisco selepas dilaporkan memberitahu keluarganya dia pergi ke AS untuk bercuti.


Namun, saudaranya terkejut apabila dia memuat naik gambar dan mengumumkan perkahwinan pada 14 April lalu.


Wanita itu memakai busana berwarna hitam manakala Ovanre memakai pakaian penjara berwarna oren.


Dia turut membawa kek perkahwinan yang tertulis 'hanya maut yang dapat memisahkan kita', lapor The Sun.


Ovante memperkenalkan dirinya di aplikasi dalam talian sebagai seorang yang sangat setia.


Dalam profilnya juga, dia turut mencari seseorang yang memiliki sifat humor dan menikmati hidup dengan gembira.


"Saya seorang yang mudah didekati dan sangat setia.


"Saya juga setia pada mereka yang mengambil berat dan sedar tiada sesiapa sempurna dan berharap tidak menilai masa silam," kata banduan hukuman mati itu.


Dia juga ada menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat suka membaca dan mendengar muzik.


Lelaki itu turut mendedahkan dia memiliki seorang anak perempuan bernama Bonnie.


Ovante disabitkan bersalah kerana membunuh Jordan Trujillo dan Damien Vickers selepas dia dan tiga rakan pergi ke rumah Trujillo, pada Jun 2008. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.086798 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list