View: 861|Reply: 9
|
[Tempatan]
Tukang rumah mengaku salah rogol anak tiri
[Copy link]
|
|
Tukang rumah mengaku salah rogol anak tiri
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ah-rogol-anak-tiri/
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
29 April 2022, 12:58 pm
Bapa tiri dan ibu kandung kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun 8 bulan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini. Foto IQBAL HAMDAN
SEBERANG PERAI – Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya antara Januari 2020 hingga minggu lalu.
Mengikut tiga pertuduhan di hadapan Hakim Norhayati Mohd. Yunus, tertuduh berusia 35 tahun didakwa melakukan persetubuhan terhadap kanak-kanak perempuan iaitu anak tirinya berusia 11 tahun 8 bulan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Perai Jaya di sini antara Januari 2020 hingga 23 April tahun ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.
Sementara itu, menerusi tiga lagi pertuduhan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes akan disebut semula pada 30 Mei depan sementara menunggu laporan perubatan, laporan psikiatri dan laporan pusat temubual kanak-kanak (CIC).
Dalam pada itu, di hadapan Hakim Noorhayati, isteri tertuduh berusia 40 tahun mengaku bersalah mengabaikan mangsa sama yang merupakan anak kandungnya sehingga menyebabkan kecederaan emosi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah ya Tuhanku... Kesiannya bdk tu |
|
|
|
|
|
|
|
cepat la raya.. i tak sabar nak mencarut ni |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar, apalah yg difikir dalam kepala jantan mcm ni.. bini ada ja nk dipuaskan nafsu tu sebenarnya, budak kecik jugak yg di minatnya... dosa la kau..
macam mana ye polis boleh buktikan yg mmg ayah tiri dia tu mmg rogol dia eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih baca ni
Mak kandung tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Harus dihukum seberat hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Cibai punyer laki tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup mak dia biarkan husband kasi penis dengan anak dia..
Harap mak dia dihukum mati sebab ibu pun tak dapat lindungi anak sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Babi hutan pun tak buat perangai macam ni, harap di bobbit mapley ni dalam jail |
|
|
|
|
|
|
| |
|