View: 2610|Reply: 36
|
Ebit Lew Buka Rumah Gelandangan Di Jakarta, Berjaya Tarbiah 20 Pemuda Punk
[Copy link]
|
|
Ketika Ramadan bakal meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi, umat Islam terus melakukan pecutan terakhir bagi melipatgandakan amalan masing-masing.
Bagi personaliti dakwah, Ebit Lew yang terkenal dengan melakukan kerja-kerja amal, kunjungannya ke Jakarta, Indonesia bagi menyantuni golongan gelandangan membuatkan air matanya gugur.
Perasaan itu diluahkannya selepas berjaya membuka pusat penempatan buat golongan gelandangan di negara jiran itu.
Foto: FB
Lebih manis apabila sekumpulan pemuda berimej punk dan dipenuhi tatu yang ditemui Ebit di sana turut dijadikan sukarelawan membantu golongan gelandangan untuk diberikan perlindungan dan tempat berteduh.
"Hari air mata bahagia. Hadiah Allah pada malam 27 Ramadan. Syukur kami buka rumah singgah untuk gelandangan yang hidup di jalanan di Jakarta Timur.
"Rumah tiga tingkat. 20 anak muda punk bertatu yang ditemui sebelum ini kami jadikan sukarelawan yang akan menguruskan rumah ini.
"Mereka juga akan masak secara percuma untuk makan malam setiap hari kepada gelandangan yang tidur di sini," tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook, pada Jumaat.
Ebit berkata, pusat penempatan itu mengutamakan golongan ibu bersama anak-anak kecil dan orang-orang tua untuk bermalam.
"Kami juga akan aturkan kelas pengajian solat dan al-Quran untuk anak jalanan ini," katanya.
Apa yang membuatkan Ebit lebih sebak adalah melihat anak-anak muda yang dibantunya itu menunjukkan kerajinan mereka.
"aling sebak apabila tengok anak muda punk ini semua rajin dan akhlak mereka baik. Apabila nak balik semua menangis peluk saya.
"Katanya 'kami tak pernah rasa ada orang menyayangi kami begini'. Mereka tak sabar nak berniaga sedikit dan nak ubah cara mencari rezeki.
"Kami juga akan terus membantu mereka," tambahnya.
Air mata Ebit terus mengalir sambil mengucapkan kesyukuran menyaksikan para ibu yang membawa anak-anak kecil untuk tidur di pusat gelandangan itu.
"Ya Allah, apabila tengok ibu bawa anak kecil untuk tidur di sini, mengalir air mata. Syukur malam ini mereka tidak kesejukan di tepi jalan atau tempat sejuk.
"Ramai tak kenal ayah, tak kenal ibu bapa. Allahuakbar. Daripada kecil ada di jalanan. Ya Allah hanya kau yang maha kuasa atas segalanya. Bantulah dan jagakanlah mereka semua.
"Terimalah niat anak punk ini untuk menjadi lebih baik dan berjaya membantu lebih ramai orang. Cita-cita mereka ingin membantu semua anak di jalanan yang tiada tempat tidur dan makan," katanya.
Posting Ebit di Facebook dikongsi lebih 4,000 kali dengan rata-rata netizen dari Malaysia dan Indonesia turut sebak dan terharu.
"Allahuakbar, saya hanya mampu menangis. Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segala urusan ustaz... rezeki ustaz tak pernah putus, tetapi mengalir deras.
"Masya-Allah, tabarakallah. Sebak saya tengok apabila ustaz care sangat dengan mereka. Saya orang Indonesia ucapkan banyak terima kasih dengan ustaz sebab orang-orang macam mereka memang perlukan orang macam ustaz yang berikan kasih sayang," demikian antara komen netizen.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ebit liew tarbiah tanpa bagi apa apa... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak cuci duit senang agak nya, konon2 bawak sekian2 amount pergi oversea lepas tu bukan sapa2 taw pon berapa actual amount yang spent untuk kebajikan, wat wayang skit post dekat sosmed,balance bg pada founder sebenar...sebab tu kena buat wayang tolong orang luar negeri sedang kan dalam negeri bersepah
(ni cuma sketch skrip untuk pile baru jer) |
|
|
|
|
|
|
|
seng_kuseng replied at 29-4-2022 04:19 PM
kalau nak cuci duit senang agak nya, konon2 bawak sekian2 amount pergi oversea lepas tu bukan sapa2 ...
dia bkn 'orng luar'...la..memang ada bau indon. |
|
|
|
|
|
|
|
menangis, terharu, sayu, air mata, sebak... what else is new?
|
|
|
|
|
|
|
|
byk sgt setan dalam perut korang ni, orang buat sedekah jariah pun dicaci |
|
|
|
|
|
|
|
dah yang taip komen cam tu pun bangsa etis berak kenceng tak basuh... nak wat cane.... nak harap ngn puak2 pengotor cam tu bang??
|
|
|
|
|
|
|
|
The next nabi, sisthorrr…. I loikeeee…. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz video zakar membuka rumah zakarta |
|
|
|
|
|
|
|
What else is new.
Mula dengan kisah sebak.
Kisah duka.
Dan ape yang aku buat untuk diorang, dan gambar2 yang aku wajib ade.
Oh, jom tayang aurat orang lain dalam gmbr aku juga |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 09:17 PM
Ustaz video zakar membuka rumah zakarta
kok gitew?-piska |
|
|
|
|
|
|
|
Apa citer kes2 diaa sblm nie? Dah settle ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cukup dah orang susah kat sini Ebit pervet oii? Sila migrate ke yindon, ko pun asal sana |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Indonesia di Indonesia memberi sedekah di mekah dengan menggunakan saluran tertentu kerana mereka mahukan pahala 100 ribu kali ganda daripada bersedekah di luar mekah.
Emmmmmmm…….macam tak adil je. Kata adil! |
|
|
|
|
|
|
|
Prktaan "sebak" tu dh mmg sbati dgn dia dri dlu lgi, iol pun naik boring tngok.
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap kali mula dengan menangis ,,,sayu..sebak |
|
|
|
|
|
|
|
meols ghisauuu sorang gadis gelandangan dapat motor dr yibbit lelew...ehhh ghisauuuu menyambal merah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapaaaaa alaa hensem dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|