View: 1411|Reply: 12
|
[Tempatan]
Rumah tiada tandas sejak 17 tahun lalu
[Copy link]
|
|
Rumah tiada tandas sejak 17 tahun lalu
MOONEE menunjukkan keadaan rumah yang didiami bersama suami dan empat anak mereka yang tidak mempunyai tandas dan bilik air di Kampung Tupai sejak 17 tahun lalu.FOTO Izad Thaqif Hassan
Sik: Enam sekeluarga di sini, bukan sekadar tidur beralaskan tikar di lantai simen akibat kesempitan hidup malah rumah berkenaan juga tiada kemudahan tandas serta bilik air sejak 17 tahun lalu.
Melihatkan keadaan rumah keluarga itu di Kampung Tupai dekat sini, ia pasti membuatkan sesiapa pun tersentuh kerana kehidupan mereka yang daif.
Tingkat atas rumah berkenaan yang diperbuat daripada papan dan kayu dijadikan dapur manakala ruang bawah yang dibina lantai simen pula dijadikan tempat tidur enam beranak itu.
Rumah didiami pasangan Abdul Razak Man, 60, dan isteri, Moonee Saleh, 33, bersama empat anak lelaki mereka berusia lima hingga 16 tahun itu juga tidak mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk.
Namun, bagi Moonee, dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah sesekali mengeluh dengan kesusahan hidup ditempuh selain memahami situasi itu kerana sudah biasa dengan keadaan yang mereka hadapi.
Menurutnya, memang jika difikirkan, hidup dalam rumah yang tiada mempunyai tandas serta bilik air agak sukar namun apakan daya kerana mereka tidak mampu untuk membinanya dan hanya menumpang tandas di rumah adik ipar.
"Mujur rumah pusaka yang didiami adik ipar bersama keluarganya mempunyai tandas dan kami anak beranak menumpang menggunakannya.
"Kami sekeluarga mandi di kawasan luar rumah yang dijadikan sebagai bilik air terbuka menggunakan air telaga," katanya yang turut menjadikan ia sebagai tempat mencuci baju dan pinggan mangkuk.
Menurutnya, suami hanya mengambil upah menoreh getah dan dia pula bekerja di kedai makan namun pendapatan kedua-duanya yang tidak menentu membuatkan kehidupan mereka dihimpit kemiskinan.
"Saya bersyukur kerana berbanding dahulu, rumah asal kami sebenarnya hanya di tingkat atas dan disitulah tempat memasak, tidur serta bilik buat kami sekeluarga.
"Namun, selepas anak kedua lahir, suami membina lantai simen dan menjadikan ruang bawah yang ada sekarang untuk kami sekeluarga tidur," katanya yang turut bersyukur kerana menerima bantuan bulanan RM800 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lebih setahun lalu.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Moonee di talian 013-4053524.
Menurutnya, anak sulungnya sudah tidak bersekolah serta bekerja sebagai pengimpal di kampung dan wang gaji diperoleh turut diberikan kepadanya untuk menampung kehidupan mereka.
"Sepatutnya, dalam usia ini, anak perlu belajar namun dia enggan meneruskannya walaupun sudah ditegur, mungkin dia mahu bekerja untuk membantu keluarga kerana tahu kesusahan dialami.
"Satu hari nanti saya, harap anak akan terbuka hati untuk meneruskan persekolahannya," katanya.
Keluarga berkenaan ditemui ketika disantuni Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Mohammad Zaini Mohamud pada Program Ziarah Kasih Ramadan (Zikir) baru-baru ini.
Dua tahun lalu, Moonee turut diuji apabila anak bongsu yang juga anak perempuan tunggal berusia dua tahun ditemui lemas dalam sungai berhampiran rumahnya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejak-17-tahun-lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian bini dia..laki nya tua menunggu mati.dah mati nanti. bini kena cari nafkah pulak .anak anak kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah tiada tandas pun nak minta tolong orang sedekah tandas ke?
Saya terfikir orang buat rumah baru terlupa buat tandas! |
|
|
|
|
|
|
|
Jkkkkkkkkk tak dtg tengok bantu ke adun tak turun nak bantu ke macam mana citer sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Para jurujual kondom sekalian! Buat kerja kamu! Lembab! |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 29-4-2022 05:46 PM
Jkkkkkkkkk tak dtg tengok bantu ke adun tak turun nak bantu ke macam mana citer sebenarnya
bantuan bulanan RM 800,suami kerja,bini kerja ,anak sulung kerja.duduk kampung tak payah bayar bil api air.tak tau mana duit pegi |
|
|
|
|
|
|
|
Org indon yg dtg malaysia pun boleh pakai saga.
|
|
|
|
|
|
|
|
angelofish replied at 29-4-2022 05:38 PM
kesian bini dia..laki nya tua menunggu mati.dah mati nanti. bini kena cari nafkah pulak .anak anak k ...
Tu lah..patutnya sblm kawin tu dh siap2 ada rete sikit2 utk bg ke anak bini...
Mesti makpak bini tu jenis kawinkan je anak kat sapa2 janji lepas dh tanggungjawab diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Epf buat apa laki tua kau tu..
Dlm xde bilik n tandas boleh pulak laki kau cret sampai anak 4..
Carik kje malas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kawen ngn orang tua ke? Dia kawen masa belasan tahun kan kalau ikutkan umur anak dia tu dah 16 tahun.
Kiranya sejak mula kawen lagi dah hidup dhoif takde tandas.
Teringat plak cite hindustan kot yg pasal tandas tu.
Weh tandas penting sangat, iols kalau bleh nak ada tandas khas utk iols sorang je.
Takleh bygkan umah takde tandas jenuh laa kalau tetengah malam buta nak memerut kena g umah org plak.
Paling kesian anak2 dia sejak lahir tak penah merasa tandas kat umah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah tok ti kata miskin hina itu satu bakul
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SonicSiLandak at 29-4-2022 07:27 PM
daripada bangsa etis.. ada tandas... ada pili air.. tapi lepas berak dan kenceng etis2 ni malas basuh.... bagi bau yang tidak menyenangkan kepada masyarakat awam....
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|